Tuesday, September 27, 2011

BERHENTI. LAMPU ISYARAT WARNA MERAH.

.


"Wooosshhh wooosshhhh".

Aku berbasikal kencang. Rambut aku terselak. Selendang aku terkibar. Melawan angin dingin pagi dan berselipar Puma warna biru di sebelah kanan dan berkasut sarung berwarna biru di sebelah kiri. Selipar itu lusuh. Kasut itu kecil sediki. Kurang lebar. Ada bekas tanah yang degil tak mahu tanggal di bahagian ibu jari selipar. Aku pasti itu tanah kerana dia tak ada bau yang berbau seperti najis-najis haiwan. Selipar itu aku beli setelah selipar aku putus akibat banyak berjalan kaki juga. Pada awalnya, aku merasakan selipar Puma baru itu tidak kena pada kaki aku kerana terasa ketat dan menyakitkan celah ibu jari. Tapi sehingga hari ini, aku merasakan, dia yang terbaik. Begitu juga kasut sarung. Dia ada calit-calit kotor habuk kerana berjalan jauh. Tapi itu tidak mengapa. Aku tidak memandang kotor habuk. Aku memandang akan tapaknya yang gagah.

Jalan Santan yang lurus dan tidak berkereta, berlori dan bermotor banyak pada pagi itu, meringankan penglihatan aku dan meredakan stress yang berkumpul di setiap sendi yang dikit-dikit bertukar menjadi asid laktik. Sebagai menunjukkan apresiasi aku kepada ketenangan yang tidak dibuat-buat dan tidak berbelah bahagi, aku mengayuh secara zig-zag memotong garis putus-putus di tengah jalan. Aku melawan angin yang semakin deras. Sekejap-sekejap, aku memandang ke belakang melihat motor dan kereta yang sayup-sayup. Motor dan kereta di belakang pasti merasakan aku ini tidak waras dan bagi aku, itu tiada masalah. Katalah pada aku yang aku ini tidak waras. Oh sungguh pathetic akan aku.

Aku begini laju dan tenang kerana aku tahu, jikalau aku perlahan, basikal ini akan makin perlahan dan berhenti. Berat seratus dua puluh kilo lebih ini, memerlukan momentum yang kuat dalam sekali kayuhan. Dan ketenangan ini, hasil daripada ciptaan 'aku' sendiri.

"Wooosshhh wooosshhhh".


.





2 comments:

Afe Oth said...

:')

dahaga? aku ada air coca cola.

fatah85 said...

nak. tapi bukan coke.