Aku jadi keliru antara waktu malam atau waktu makan sebelum aku terlelap dan jaga kembali pada esok hari (jika Tuhan merahmati) yang menjanjikan kekeliruan yang abadi, antara aku lelaki atau aku perempuan.
(Kalau begini malam ini) ;
Selamat malam laki-laki.
Cinta aku tidak hebat seperti cinta Tuhan pada hamba.
Selamat malam laki-laki.
Aku cintakan kau selebar ini (mendepakan tangan).
(Maka esok, aku laki-laki).
(Kalau begini malam ini) ;
Selamat malam perempuan.
Cinta aku tidak hebat seperti cinta Tuhan pada hamba.
Selamat malam perempuan.
Aku cintakan kau setinggi ini (mengangkat tangan ke langit).
(Maka esok, aku masih laki-laki).
Yang bertukarnya cuma satu, iaitu keseragaman turun naik nafas yang prejudis. Kerana mengah. Kerana penat. Kerana sakit. Kerana alahan. Dan kerana . . . tidurlah.
Aku (laki-laki) ingin turun makan.
Aku (laki-laki) ingin tidur malam.
.
No comments:
Post a Comment