Saya tidak pernah berdoa untuk ditukar menjadi sampul surat elektronik. Tetapi saya mahu. Sumpah saya mahu. Biar saya tidak menjadi orang sekali sekala. Saya bosan juga kadang-kadang jadi orang. Apa salahnya saya jadi tiang lampu, daun kering, kunci, pencuci bilik air, kotak air, asap bas dan sebagainyalah. Apa saja yang di senaraikan.
Nanti kalau saya jadi bukan orang, saya tidak boleh mengaji, saya tidak boleh berfikir, saya tidak boleh solat, saya tidak boleh bersyair, saya tidak boleh berdoa seperti biasa. Jadi, biarlah. Biar macam ni. Apa pun jadi, biar begini. Biar kuat.
.
3 komen:
Janganlah jadi orang lain atau apa apa yang lain.
hai hensem.
afe oth nombor satu. :')
Post a Comment