Abang Jay jahat. Dia pakai spek hitam. Jaket hitam. Rambut hitam. Bibir hitam. Mata hitam. Kuku hitam. Gigi hitam. Dia hitam. Badan hitam. Kaki hitam. Perut hitam. Hati hitam. Ginjal hitam. Lidah hitam. Dia hitam. Penuh dengan semangat-semangat kehitaman. Membencikan dan tidak mampu kami menghalang dia. Dia jahat. Dia toreh dada kita tanpa belas kasihan. Lepas toreh, dia perah asam limau. Dia buat macam ikan bakar sumbat sambal. Dia perah banyak-banyak. Lagi lah kan. Sakit. Betul sakit. Saya tak tipu. Dada kami sakit. Saya menangis. Tak ada penawar yang spesifik. Semuanya sampingan. Tiada yang betul-betul boleh menembusi luka, merawat daging dan mencantumkan kembali isi-isi yang ditoreh. Yang tinggal nanti, cuma parut. Saya tak kisah akan parut kerana itu tanda yang menunjukkan, kami mampu melawan dan hidup. Saya lelaki mampu melawan. Saya perempuan mampu melawan. Melawan dan hidup. Melawan dan hidup.
.
1 comment:
Sebenarnya bukan salah Abang Jay.
Kita kuat. Dan apalah sangat yang lain lain kecuali Tuhan.
Post a Comment