Ibu suruh Amin beli peluntur untuk dilunturkan warna coklat daripada getah pisang yang melekat pada baju putih bagian dada. Amin dikerah untuk pergi beli. Ibu beri rm 10. Amin kata tak cukup. Ibu tambah rm 5 menjadikan wang di tangan Amin rm 15. Amin kata tak cukup lagi. Ibu kata, beli peluntur sahaja. Santan dan garam dan bawang (seperti kebiasaan) tak usah beli. Amin kata, iyalah tidak cukup lagi ni. Ibu turuti hendak Amin. Ibu beri lagi rm 5. Rm 20 sekarang jumlah dalam tapak tangan Amin. Amin genggam wang. Amin berpaling pada ibu.
Amin mengeluh. Nafas dia panjang. Seperti dalam kesusahan.
"Ibu, rm 20 sekarang boleh beli apa sangat? Ibu bila last pergi kedai?"
Kerana terkedu, kening ibu Amin berkerut. Otot mukanya kejang. Mulutnya jadi kecil kecil ingin marah. Tangannya jadi panas panas ingin kelepap bontot Amin. Memikirkan Amin masih di dalam darjah dua dan bersekolah di kawasan yang padat dengan orang yang kurang ajar, ibu cuba sabar.
"Amin, rm 20 tu boleh beli beras tau. Amin tak baik cakap dengan ibu macam ni lain kali. Tuhan marah."
Berhemah dan kemas. Matanya dibiar berkelip banyak kali supaya Amin tidak dapat menangkap getar bibirnya dan gigil tangannya yang geram tadi. Kolar baju Amin ibu betulkan supaya tampak lebih tidak marah dan sabar. Sup daging di dapur semakin berbau kerana masak. Wap-wapnya memenuhi udara dapur dan melekat di langsir dan rambut ibu. Sedikit sebanyak Amin tersentuh bauan sup daging.
"Ibu, apa ni masak daging. Amin tak suka. Ibu tahu tak Amin tak suka bau daging? Ibu tahu tak Amin tak suka sup. Ibu ngerti takkk?"
Sunyi menjadi sunyi kawasan ruang tamu. Trrrr cuma bunyi kipas. Amin dan ibu masing masing berpandangan. Mata mereka tidak bergerak. Senyap.
"Amin, siapa ajar Amin cakap macam ni?"
"Tivi."
"Cerita apa Amin tengok lepas Amin pasang CD Benten The Movie semalam?"
"Cerita Indon."
"Tajuknya apa sayang?"
"Cincang Lumat Ibumu."
*
Usai ibu menelefon ayah, ayah lekas pulang. Ibu ikat Amin di kaki sofa. Amin tidak menghalang malah membiarkan dia diperlakukan. Ibu bercerita pada ayah mula dari A dan habis di Zi. Ayah mengangguk tanda faham. Dia memandang tepat pada wajah Amin dan mendekat.
"Amin ingin perlakukan apa pada ibu tadi?"
"Cincang Lumat Ibumu."
Ayah pengsan.
*
Sedar-sedar ayah sedar dia dalam umur belasan tahun. Ayah sedang merokok. Ayah seorang tanpa kawan lain. Di tangan kanannya ada botol kaca coke. Dia hisap dia teguk. Nikmat dia seorang yang tahu. Dia baru lepas ponteng sekolah setelah tadi dia menipu ibu dengan berkata yang dia nak ke kelas tambahan.
*
Bomoh sudah sampai di rumah. Mulut Amin berbuih. Mulut ayah berbuih. Mata mereka terjojol tapi masih hidup. Tangan mereka sejuk. Ibu menangis. Risau dan tak tahu apa akan terjadi sebentar lagi. Dalam otaknya cuma mati.
Bomoh akhirnya bersuara.
"Anakmu hasil daripada perangai jelik suamimu yang dulunya derhaka dan tidak mendengar kata. Maaflah, aku tiada ubatnya kecuali ibunya yang dahulu. Tentang rancangan dalam tivi, jangan risau. Akan aku bomohkan setiap produser dan pelakon-pelakon tidak kira cantik atau tidak."
.
1 komen:
Konten tiptop. :)
Post a Comment