Sunday, January 15, 2012

DIA COOL SEAKAN-AKAN...

.


Dia cool seakan-akan.. Ahh. Dia minat lagu yang melembut, menghentak, memuji dan dia cool. Teratai merah kembang jam 7.40 pagi di tasik yang airnya tidak jernih tidak keruh. Kelihatan masin airnya. Tidak perlu rasa, cukup dengan melihat dan mendengar. Dia cool. Berita semalam khabar, ikan ikan mula demam kerana cuaca makin tidak sehat. Ada yang tidak pergi kerja kerana demam. Yang tidak berniaga kerana demam. Yang tidak be
raya kerana demam. Yang tidak membaiki kerana demam. Yang tidak mengajar kerana demam. Ada juga yang buat buat demam kerana ingin meneruskan rehat bersama pasangan yang baru dikahwini pada bulan bulan lalu. Macam macam. Jadi, apabila demam, air jadi tidak berkocak. Tenang seperti ada kematian. Padahal semua ikan berehat. Duduk dan rileks.

Aku turun dari basikal hitam dan duduk rileks juga di atas timbunan tilam rumput empuk yang kebasahan kerana embun dan hujan. Basah punggungku. Tiada siapa siapa di sekeliling. Tiada mata yang memandang. Jadi tiada masalah jikalau aku ingin bernafas kuat kuat atau bersyair lembut lembut. Aku pun mula bersyair dengan gembira.

Ayat gembira pertama aku berbunyi, "Andai aku seorang artis, dot dot dot ..."

Usai bersyair, aku tarik nafas panjang panjang dan mulai meniup kuat pada setiap teratai merah yang kembang, lalu mereka kuncup dan bertukar menjadi huruf-huruf berdakwat merah. Mereka terawang-awang dan terus laju ke tempat arahan aku tadi.

Lihat. Aku hebat. Dan dia pula cool seakan-akan, artis. Dan lebih dari itu.

Aku bangun. Punggung aku kebasahan. Teratai merah hilang. Yang ada cuma dia yang baru tiba dengan helikopternya turr turr turr. Mendarat di perut aku yang ada tulis huruf H besar besar. Dia itulah yang dari tadi, tidak putus putus berpesan dalam Viber dan Line, "Sila mandi selepas hujan menjamah". Sambil tangannya menunjukkan buku lima setelah aku memuncungkan bibir se seksi seksi nya. Dia cool.


.




2 komen:

Afe Oth said...

ooooooooo helikopter ya.

puding roti said...

sy tak cool. tp sy hot. hahaha tipu sgt ;p