Kali ini, brodben keluar warna hijau pada lampunya. Dingg. Maknanya, saya mampu baca berita untuk mereka yang cool, periksa emel yang sarat dengan spam daripada siapa-siapa (mungkin virus), buka fesbuk yang penuh dengan orang sakit jiwa, baca blog yang sedap, periksa resepi yang menarik dan meneliti satu wajah yang bertuah. Selalunya begitulah. Ada juga masa saya rasa hendak berpuisi, saya cari lah lirik lirik lagu yang seronok dan saya nyanyikannya mengikut rentak saya. Seingat saya, lagu terakhir yang saya dengar tadi ialah lagu daripada William de Vaughn. Tajuknya, "Be thankful for what you've got". Oh la la.
Sekejap lagi saya nak ke situ. Siapa siapa pun tak boleh ikut. Ha ha ha. Saya kedekut. Lantaklah apa tikus dan musang dan keldai mahu kata. Saya kedekut. Saya menulis, saya takkan beri orang walaupun menjeling. Saya menonton, saya takkan beri orang walaupun menjeling. Saya berjoging, saya takkan beri orang walaupun menjeling. Saya menebas rumput di laman, saya takkan beri orang walaupun menjeling. Akhir akhir ini, saya rasa seronok bersendiri tanpa teman teman di tepi. Alahai, sekali sekala apa lah salahnya kalau kita kata pergi jauh daripada mereka yang membebankan. Tidak semua membebankan, dan tidak semua memudahkan. Majornya, beban.
.
No comments:
Post a Comment