Tuesday, March 18, 2014

MIMPI PETANG

"Dosa"
Smena 8M
Ketika sejuk mula menyelubungi sedikit kawasan di dalam rumah kerana hujan di luar garang garang, aku sudah bersiap siap untuk menjadi lebih manja berbanding semalam. Semalam panas, aku kering dan keras seperti ikan masin yang dijemur di tepi pantai . Hari ini hujan, aku mahu menjadi lebih lembut. Dan manja. Jadi aku mengambil bantal dan sebiji epal hijau. Aku berbaring di atas lantai. Betul betul di sebelah Jenny yang berbaring sama. Saat aku terlelap, aku bermimpi yang rumit rumit. Terus aku terjaga. Nyata aku tidak boleh lebih lebih bermanja. Nanti aku bermimpi yang rumit rumit. Bila aku terjaga, Jenny sudah tiada di sebelah. Cuma telefon yang berdecit decit.

No comments: