| "S" RicohCX3 |
Mengelilingi Kuala Lumpur dan jalan jalan yang beribu lubang di sana sini dan di kepala orang, kau jangan mudah mengah dan berpeluh. Kau pacu 's' merun tak laju tak juga pelan. Yakin kau aku senang berani kau aku sayang lebih daripada semalam. Dandelion terbang apabila angin tiup lembut lembut kasih sekali hidup sekali tidak mahu semput reput tidak kira siang atau malam. Kau hulurkan air dan kau tanya aku, 'kau dahaga?' Aku pandang kau sehingga dasar dan aku jawab 'menarilah lagi sekali.'
Kau diam. Yang dengar cuma bunyi ekon dan hon pinpon.
Sebelum pulang kita bertukar mata mahu tidak? Aku ambil mata kau dan kau ambil mata aku.
No comments:
Post a Comment