.
.
jiwa satu.
mati dibunuh bayang bayang.
buat keberapa kali.
jentaka.
bangsat kau bayang.
masih adakah Tuhan yang Maha Penyelamat.
jika putus asa di alun alun kan.
bangsat kau bayang.
masih adakah Tuhan yang Maha Penyayang.
jika keluhan jadi ulam ulam seharian.
masihkah..
jiwa dua.
percayalah akan hari esok.
masih ghaib.
bersembanglah dengan Tuhan.
yang selalu menjeling dan menimbang tara.
jiwa tiga.
mati dibunuh bayang bayang.
yang legapnya berasal.
dari jasad sendiri.
jiwa satu dua tiga.
kembali pada jasadmu.
lipat janjimu.
sematkan di celah celah hati.
dan tunggu malaikat mengambilnya.
tentang Tuhan,
Tiada yang lebih mengetahui.
Tiada yang lebih mengampuni.
selain zat nan agung Nya.
.
.
Showing posts with label koleksi spirit spirit dan roh. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009
Monday, December 28, 2009
DOKUMEN TEKS BARU.
.
.
papan kekunci menjerit marahkan aku ketika aku sedang anggun mengunyah mentos. ouh, aku anggun.
"kenapa hari hari kau tekan tekan aku separuh mati?"
"kerana aku tahu, kau bukan hanya papan kunci."
"apa lagi kau mahu merapu ha. apa maksud kau hah? heuh.", mendengus seperti naga.
"maksud aku, di badan kau, punya huruf huruf yang bisa membunuh nadi manusia dan menghidupkan jiwa manusia."
"maksud kau?"
"kau beremosi."
"maksud kau?"
"kau bernyawa."
"maksud kau?"
"kau berhati."
"apa itu hati?"
"ahh. shh. diam sebelum aku menidurkan kau."
dan ketak ketak bunyinya pun diam.
dan aku pun diam bila papan kekunci bertanya tentang hati.
*tamat*

Sunday, December 27, 2009
JANGAN BERHENTI BILA TERNAMPAK POHON YANG MATI..
.
.

Bila ternampak pohon yang mati. Jangan kau berhenti dari berjalan untuk melihatkannya, sepatutnya, bertanya tanya pada diri tentang mengapa dia mati, kering, layu, dan akhirnya gugur daun daun cokulat dan kulit kulit kayu akhirnya merekah digigit anai anai dan kutu. Mengapa tanah sekeliling merah garang. Dan cuma tanah tempat kau berpijak cuma masih bugar hijau basah. Dan teruskan berjalan.
Sesekali, pergilah bercinta. Kau duduk di jeti di tepian, kau bersembanglah dengan ombak. Selesai bersembang, kau bercinta lah. Kau tanyakan kenapa dia dilahirkan sebagai ombak. Mengapa bentuknya bergulung. Siapa yang menjadi permulaan satu ombak. Apa hubungannya dengan angin. Siapa waris terdekatnya. Dan akhir sekali, kau tanyalah, bila lagi tarikh dan jam kita boleh berjumpa.
"Ombak tiada masalah, hari hari ombak ada di sini. kamu?"
"Ohh, aku tidak boleh berjanji kerana aku manusia."
Esok, pergi kembali kepada pohon mati. Kau tanyakan kepadanya, kalau diberi peluang untuk hidup, apa yang dia mahukan. Kalau dia mahukan, sebaldi air segar dari hujan pergunungan dan segenggam baja bervitamin untuk terus sihat, kau tinggalkan sahaja dia tanpa menoleh. Tapi, jika dia berkata,
"Aku mahu bercinta dengan ombak."
maka ketika itu, kau perlu jeda. Jeda sebentar sambil mengorak langkah untuk mengaturkan cara tentang bagaimana mahu membawa pohon yang mati ke arah ombak yang bergulung hari hari.
Kerana dengan itu, pohon yang mati akan segar dan ombak yang kesepian akan berteman walaupun pada awalnya, kau (manusia) seperti berjanji untuk berjumpa lagi pada waktu yang sama di lain hari.
Akhir akhinya, pohon yang mati pada awalnya akan punya nafas muda setelah hari hari mencium bau damai ombak yang bergulung dan ombak yang pada awalnya sepi dan berulang, akan hilang sepinya dan terus bergulung dengan gulungan yang berbeza tiap tiap hari tanpa ulangan.
Bila melihatkan pohon mati dan ombak nan bergulung,
bayangkanlah, tentang cinta.
Dan bayangkanlah tentang Tuhan.
Dan satukanlah dengan perasaan.
Dan nyawakanlah bersama spiritual insan.

Subscribe to:
Posts (Atom)