Showing posts with label sedikit hadis2. Show all posts
Showing posts with label sedikit hadis2. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

jenguk selalu . .


Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud,

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT,....
WALLAHUALLAM. ..

Tuesday, September 02, 2008

apabila.zaman.telah.dekat..

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Apabila zaman telah dekat, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan tidak ada rasa kasih sayang kepada anak-anak yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai sehingga laki-laki menyentap perempan dia jalan. Mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala"

Hadith riwayat Tabrani dan al-Hakim . .