Mahuku menjadi seorang patuh,
Mahuku menjadi seorang taat,
Mahuku menjadi seorang setia,
Mahuku menjadi hamba mulia,
Mahuku ini dan mahuku itu,
Terlalu banyak mahuku hingga terbeban pundakku,
Hingga tidak termakbul segala mahuku,
Lalu terzalim diriku kerana pesongnya jalan mengejar mahuku,
Itu semua mahuku yang dulu,
Kini aku mahu menjadi baru,
Lebih matang mencari mahuku,
Lebih matang dari dahulu,
Kubah langit lazuardi selalu,
Tandanya masih berpeluang aku mengotakan mahuku,
Mahuku ini dan mahuku itu,
Terima kasih kepada yang Maha Satu itu,
Insya-Allah,
Akan kukota mahuku,
Sebagaimana Kau kota segala janjimu kepadaku..
amin,,ya Robbi
3 comments:
Pandai ko nulis sajak erk...
sedap ar..
nanti aku nak letak sajak ko dlm blog aku leh??
hehe,, saje menulis dikala bulan mengambang,,eheheh, dikala boring2.haha..bukan pandai mane pon..letak dlm blog??,,huhu,,teharu aku..buleh2
gile r ayat2 kaw
fullamak
Post a Comment