2.25 petang-
Tiba di klcc setelah berpusing pusing di kotaraya akibat kekeliruan jalan.
Terus pergi mencari surau berdekatan melalui susur ke Aquaria (rancangan akan datang). Abg ajim telah ditugaskan untuk membeli tiket untuk mereka yg girang2 ini.
Rm 9++ sekeping tiket. Orang orang yg berlegar tidaklah ramai, cuma gelabah seorang ahli lawatan membuatkan kami jadi kecoh2. Lebih lebih lagi salah yg banyak sangatlah buah mulutnya. Wan pun tak kurang nya. Salah konon jadi guider kami semua.
0hh..tidak mengapa.
Dia tahu semua..
Aktiviti pertama telah membuatkan kami melompat lompat. ajim nampak gembira kerana boleh melompat semahu mahunya. motif utama aktivit ini adalah untuk
mengira jumlah tenaga yg digunakan semasa melakukan lompatan. ahh, bab mengira, lupakan saja, janji dapat lompat2..
perjalanan diteruskan hingga ketemu beribu ribu lagi permainan menarik dan mungkin mengasah minda yg sedikit tumpul akan pengetahuan sains ini.
picit, susun, ketuk, hembus, bau, pijak, tekan, pukul, geotime diorama, menggelongsor, sentuh, tengok, baling, pandu, conteng, koyak, eksperimen . .
semua faktor faktor ini berupaya menaikkan semangat kami untuk terus menjelajah ke ruang masa lebih dalam dan panjang.
ohh, seronok. andailah kamu ikut sekali, mesti lagi seronok kan.. ;)
dinosor sudah kami jumpa dua tiga ekor. gemuk2 belaka. mungkin kerna makan dedak cap dacing.
haha.. seterusnya,
pertunjukan "eksperimentasi surat khabar lama" menunjukkan satu lagi benda yg kami tak tahu di muka bumi nih. tahukah kamu, surat khabar, jika dikoyak
mengikut urat urat pulpa kertasnya, kamu akan mendapat satu koyakan yg lurus garisnya?. ha. Menarik bukan? Bernoulli Principle pun ada disentuh sedikit oleh
abang yg "conduct" eksperimen itu. Seronok sungguh ajim dan salah dan wan dan fatah. ish3x. Jiwa kecil dalam satu jasad yg besar.
andailah angkaSawan yg sawan sawan ini dibawa ke angkasa, mungkin boleh jadi berlaku perlanggaran antara kapal angkasa di atas sana. ha ha ha ha
Aku pula, sunguh seronok memandu sebuah pesawat. dengan angin yg menderu di hadapan kepala, ahh, pesawat diterbangkan dengan lancar (setelah berlatih
beberapa kali dan diajar ajim bagaimana untuk mnghidupkan suisnya) . ;)
Simulasi "go kart".
WAN - looser
AJIM - sama saja
FATAH - pun sama
SALAH - nasib menyebelahinya, tempat pertama
untuk mencuba simulasi itu, rm2 perlu dikorbankan. apa yg ku dapat ialah. sakit kepala dan pening2 sedikit. simulasi itu sungguh "real" hinggakan jika
terlanggar dinding dalam permainan, badan akan termelayang sekali ke sebelah tepi dan setelah melayang, dilanggar pula pelumba2 lain. ohh, seksa.
wan dan ajim juga mungkin mengalami pening2, tapi mereka kool saja. salah apatah lagi, keluar dengan gaya juara. cehh.
Simulasi "F1"
WAN - tidak cuba kerna sakit kepala ( akibat go-kart )
AJIM - looser
FATAH - tidak cuba kerna sakit kepala juga ( akibat go-kart )
SALAH - nasib menyebelahinya, tempat pertama lagi. mengalahkan 'alonso' de'alburqueque'.
"celakak kamu salah"
Simulasi "heli" ke pelantar minyak.
Kami mengambil tempat duduk belakang sekali.
ohh, videonya masih sama seperti 5 atau 4 atau 3 atau 2 atau 1 tahun lepas. sedikit membosankan, tapi menarik dikala heli merempuh ribut.
kami cuma gelak gelak terbahak bahak. hahaha.
kalaulah video ke pelantar minyak itu ditukar ke pengembaraan mengejar seekor t-rex, mesti lagi seronok kan?
setuju?
seribu satu benda lagi kami jumpa - - -
pada "booth" yg ada akak dan abang petro, kami suka dan gemar berkunjung dan bertanya. akaknya cantik2 dan manis. org kelantan barangkali.
ohh, sudah2 ini bukan perihal akak itu, ini tentang benda yg kami mahu kongsi lagi.
BAGAIMANA UNTUK MENGHILANGKAN BAU KASUT YG TAJAM MENUSUK OESOPHAGUS?
BAGAIMANA JUGA UNTUK MENGUKUR STOKIN TANPA MEMAKAINYA?
bolehkah diteka jawabnya?
ingin tahu jawabnya?
jawapannya akan ditulis dalam komen saya jika anda bertanya nanti. hal ini akan menunjukkan sejauh mana anda membaca "posting" ini. ;)
setelah merentas rentasan pelantar dan dinosor dan perjalanan "sekilas masa" dan segala aktiviti2 yg membuatkan kami gelak2, kami menuju pula ke gelongsor
yg ditengah tengahnya ada satu pintalan yg mampu mengecutkan perut dan ginjal. sebelum menggelongsor, guni perlu disarung untuk melancarkan
pergerakannya dan mengurangkan geseran. ahh, seronok. andainya kami kaya, kami mahu buat gelongsor yg lebih panjang dan lebih berpintal pintal.
ohh, seronok.
ARIFOTO mencetak foto secara percuma. mesin cetak pada awalnya meragam, tapi setelah wan membaca sedikit jampi serapah, ia menjadi elok kembali,
sedangkan mesin cetak org lain masih juga 'stuck'. ohh, syukur. cetakan gambar sedikit kabur itu mencetak sekali segala kenangan, seronok, gelak ketawa dan segala2nya.
kami sungguh seronok.
kesimpulan di dalam petrosains yg telah kami cerna dan boleh dibawa balik sebagai iktibar ialah,
1) Sains itu seronok.
2) Dinosor itu besar.
3) Bumi itu kompleks.
4) Tuhan Maha Bijak, tidak boleh lari kami dari berfikir dan kembali fikir pada kuasaNya.
5) Petrol itu mahal.
6) Ajim berjiwa budak2.
7) Wan berjiwa kanak2.
8) Salah berjiwa anak2.
9) Fatah berjiwa ____________________ ( saya punya, kamu isikan )
dan kesimpulan terakhir,
10) Rakan itulah teman untuk dibawa ke masa lampau dan juga teman untuk mengharungi hari muka. Hargainya.
tamat kami dalam petrosains, sebelum balik, sempat lagi menyuruh seorang pakcik / uncle untuk menekan picu kamera.
gambar diambil lagi.
keluar dari petrosains pada pukul 7.20.
kaki sudah lembik..
ohh....
LAWATLAH PETROSAINS.
SEGALA GALANYA ADA DI SINI, kecuali tempat makan.
MENUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE NEGER CHINA ( HADIS ).
untuk sambungan penutup dan acara makan-makan, sila lah lawati blog salah.
klik pada namanya untuk ke blognya.
blog yg senantiasa salah.. ;)
banyak lagi untuk diterokai di sana ..
-------------------sekian---------------------
gambar yg selebihnya akan dimuat turun nanti.
purata kepantasan internet yg mencapai negatif membuatkan saya menyampah.
harap maklum..
14 comments:
Aku x pernah terfikir pun untk menjejakkan kakiku di petrosains.
Selepas membaca peosting ni, barangkali aku akan ke sana.
Tahniah la Fatah kerana melawat tempat itu...
weyh hujung minggu ni...jom p melawat
RG18.
laporan yg lengkap~
penah pegi sne
best
=)
wah panjang lebar post ni.. ku pon penah g sne dlu..mmg best:)
tahniah kerana melawat petrosains.. tahniah kerana salah eja.. hahahaha...
haha. ter'flashback' balek time ak keje kt situ dlu. haha
girangnye kanak2 ribena ini
fatah berjiwa nek nak kot...
eh.
hahahahahaha..
=p
sronok baca...:D
pehal aku sorg je xnh g lg?
wah...
sume x bace sampai abes tuh..
ahaha,so, mcm mane nak ilangkan bau stokin bucuk ngan ukur tanpa pakai??
wah2, beshnyer gi petrosains..
weekend nih g melaka plak ker??
isi tempat kosong, fatah berjiwa journalist..
ehehe..
:D
macam2 jiwa aku dengar.
tidak kiralah nek nak ke, ribena ke, ape ke...hahaha..
apa sajalah kamu ni.
tapi, yg baca sampai habis posting ni cuma sueray. mungkin juga alia dah baca sampai habis.
disebabkan dah ada org bertanya soalan itu, haa.
ini jawabnya,
soalan 1-
macam mana nak hilangkan bau kasut yg busuk?
jawabnya-
ambik segenggam baking powder, letak dalam stokin. lepas itu, letak dalam kasut. baking powder akan serap kelembapan, bau dan macam2 lagi lah. baking powder dalam stokin itu akan bertukar menjadi keras selang beberapa hari kerana kelembapan yg telah diserap. konsep ini digunapakai dalam "thirsty hippo" (badak dahaga). tapi, thirsty hippo tidak dapat bertahan lama berbanding "thirsty socks" yg kamu akan buat sendiri ini..
soalan 2-
bagaimana untuk mengukur stokin tanpa menyarungkannya ke kaki kamu yg busuk tadi itu?
jawabnya-
ambil stokin, letak genggaman tangan atas stokin, dan cuba lilitkan stokin dari bahagian jari ke bahagian tumit pada genggaman tangan kamu. jika saiz stokin itu sesuai, bahagian jari di stokin akan bertemu dengan bahagian tumit (visual demonstrasi lebih senang difahami). konsep ini boleh kata sama seperti konsep mengukur seluar dengan melilit bahagian pinggang seluar pada leher kamu. dan juga konsep mengukur kasut dengan menggunakan bahagian antara pergelangan tangan ke siku kamu.
DIY. selamat mencuba.
;).
fatah journalist..
h m m.
tidaklah journalist pun.
gemar "meluahkan rasa ke kata"
;)
fatah racist
aku ajk gi xmau
xpe2
Fattah si Senak...
poSt yg agak best ar..
Post a Comment