Showing posts with label hidup ber-Inti-kan . . .. Show all posts
Showing posts with label hidup ber-Inti-kan . . .. Show all posts

Monday, January 25, 2010

WANITA DAN EKSPLOIT DALAM REALITI.

.

Cukup dengan segala percambahan media dari segenap segi dan arus teknologi perdana yang semakin menekan, hari hari yang kita lalui amat penuh dengan selekoh tajam malah duri duri atau mungkin jerat yang boleh melukakan tanpa kita sedari. Jika diperhatikan di tivi dan radio, kita dapat tahu yang, jiwa jiwa kita sebagai manusia semakin hari semakin kontang sekering tekak pelarian Syatila yang mahukan setitis air.

Untuk yang pertama, biar saya mencambahkan idea kamu dengan sedikit definisi yang ratanya sudah mengetahui tapi ingin saya tekan lagi dan lagi.

"Wanita" sungguh umum dan wajib diketahui maknanya. Dalam erti kata lain, wanita ialah Hawa, bidadari dunia, rusuk Adam, dan ciptaan terindah Rabb. "Eksploit" pula membawa makna, menggunakan sesuatu (orang dan lain lain) untuk kepentingan diri sendiri. Dan selalunya, eksploit itu negatif dan jarang jarang ia positif.

Golongan Hawa hari ini tidak lemah. Kerana mereka dididik untuk menjadi kuat oleh ibu dan bapa. Ibu bapa yang awal dahulu kebanyakannya berasa lemah kerana kemiskinan dan tiada medan untuk membawa masalah telah mendidik anak dengan bijak pada hari ini. Mereka bukan lagi berpesan supaya jangan berjalan seorang, tapi mereka berpesan supaya cubalah melawan seseorang untuk terus hidup.

Maksud melawan di sini bukanlah hanya dengan beradu tenaga atau bertinju, tetapi, dengan melawan dari segenap bidang seperti berdebat (lawan cakap) tentang ilmu, tentang penjelasan hak mereka yang teraniaya dan tentang realiti dunia hari ini. Dari pemerhatian saya, lengan mereka (wanita) rata ratanya tidak lagi hanya berisi sekadar cukup makan, tapi, sudah berotot dan mungkin mampu menumbuk laki laki hingga pengsan.

Eksploit seperti permainan papan monopoli. Idea asalnya, kamu kena beli semua tempat, kamu kena kaya dengan wang kertas dan kamu akan menang. Dalam realiti ekonomi, eksploit selalunya berkaitan dengan bahan mentah seperti minyak, gas, arang batu, getah dan lain lain. Tapi, dalam realiti sosial, eksploit membawa banyak makna. Lihat kedai mamak. Itu eksploit. Lihat papan tanda. Itu eksploit. Lihat piring astro. Itu eksploit. Lihat doktrin yang tersebar. Itu eksploit. Lihat tivi, dan nampak wanita di dalamnya, itu juga eksploit. Dan itulah eksploit terbesar. Eksploitasi terhadap wanita.

Wanita tidak murah. Tidak juga mahal. Mereka bukan seperti barang kaca dari China di kedai rm 2 yang boleh dibeli ketika cantik dan boleh dipecahkan dan dibuang bila hodoh. Mereka bukan seperti tempe yang laku ketika panas dan dikeji busuk bila sejuk. Mereka tidak boleh disamatarafkan dengan apa apa benda sekalipun. Eksploitasi terhadap wanita sudah berlaku kala zaman raja firaun. Dan untuk pengetahuan, cucu cucu firaun masih lagi berkeliaran dan ada juga mereka dalam kalangan kita.

Mereka ini selalunya laki laki yang ambil enteng akan perihal maruah seorang wanita. Laki laki jelik (sampah) seperti sampah ini akan berlagak 'cool' dan 'macho' seperti asap rokok yang berkepul. Mulut mereka lagi manis dari gula melaka. Perlakuan mereka tidak ubah seperti, musang hitam atau dubuk dalam bulu bebiri putih. Dan untuk pengetahuan, cucu cucu firaun ini, mungkin boleh juga jadi kamu, jika kamu seorang laki laki.

Wanita dan eksploit dalam realiti, seperti dunia separa coklat yang awannya dari asap sigar. Gelap dan tidak menjamin masa hadapan yang indah untuk anak anak yang galak berlari di taman permainan. Wanita hari ini perlu gagah melawan tentang apa juga yang bertentangan. Untuk mendapat satu buah kebenaran yang manis, wanita perlu berdiri sama kukuh antara satu sama lain. Dinasihatkan juga kepada wanita untuk selalu bersenam dan mendapatkan otot yang gagah supaya dapat melawan laki laki jelik dan dubuk yang berbulu bebiri.

Akhir sekali, sebagai laki laki, saya mengaku, wanita itu indah dari mata dan tidak salah sekali sekala saya menulis panjang hanya untuk wanita. Ingat, cucu firaun di mana mana. Laki laki, cerminkan dada bidangmu yang ada hati di dalamnya.



*menulis ketika bibir belah kiri masih ber air liur basi hanya kerana berfikir tentang laki laki"



25 januari.
0650 pagi.



*tamat*

.

Tuesday, January 05, 2010

SELAMAT DATANG..

.
.

hari ini,
tidak menjadi beberapa minit,
seperti minit minit sebelum ini,
kerana sesungguhnya,
aku dinodai,
sebuah fb..

Ouch.


;)



*kepada ahmad syafiq akbar ali yang bekerja keras hingga titik peluh terakhir*




*fuh*

Thursday, July 09, 2009

BANGSA KINI BUKAN BANGSA ANAKRONISME.



Bangsa kini bukan kepalanya masih terlilit tulah sakti,
Bangsa kini jiwanya mahu fikir lebih kepada perkara abadi,
Bangsa kini mahu suara pekik hilainya didengar sampai ke singgahsana tertinggi.

Buka jendela masa wahai bangsa,
Jenguk sekeliling yang makin meronta,
Tegur apa yang lalu,
Sedarkan jiwa-jiwa lesu seteru,
Basuh yang celaru dan berbau,
Biar hilang telingkah yang buat lompong.

Dongak awan masa wahai bangsa,
Lihat hitam-hitam tompok berarak laju,
Tolak ia ketepi,
Ganti dengan mentari,
Biar awan terus lazuardi,
Jangan biar ia pekat dengan ludah sendiri.

Bangsa kini bukan bangsa anakronisme,
Bangsa kini bukan bukan bangsa anakronisme.

---------------------------------------------------------------

*anakronisme - ketinggalan zaman.

--------------------------------------------------------------

merujuk kepada PPSMI, tahniah kerana akan dimansuh. untuk belajar bahasa, bukan pada istilah saintifiknya, tapi pada istilah bahasa sasteranya. untuk membuat satu perkara, lihat pada seluruh isinya, bukan hanya apa yang nampak di mata.

----------------------------------------------------------------


Ini petang ujian kalkulus.
Kepada yang ambil, harap maklum dengan Pertolongan Tuhan.
Moga berjaya belaka.


affah
9julai09.

Tuesday, July 07, 2009

Ini hari hari lahir. -selamat- .



7 julai 2009.
genap 17 tahun.
cukup 17 tahun bernyawa.
lepas 17 tahun hidup.
moga makin bermutu hidup-hidup di hari muka.
moga makin lekas dalam mencari hala.
moga makin kenal siapa Pencipta.
spm bila?
main kurang, lebihkan buku sejarah, doa lagi lebih
.
ikhlas kepada Ming [Abdul Fatah Najmi Bin Abu Hanipah].
adik kepada Ngah [Abdul Fatah Firdaus Bin Abu Hanipah].

;)

ucap tanda sayang.
sayang itu cinta.
kasih itu rindu.
rindu itu seksa.


ini satu catatan.
dan ini catatan bermakna saya.


affah.
7.7.2009.

Monday, July 06, 2009

Saya suka saya.



Saya suka saya kerana saya suka dia.
Sayangi golongan muda kerana anda akan tua dan mati.
Bila itu, bukan urusan saya, bukan urusan kita.


siapa nama ini bayi?
tolong jawab.


ADIB ZAKWAN namanya.
kalau jumpa, kirim salam saya padanya.
tolong ya.

Sunday, July 05, 2009

Malam Seni Rakyat. [2].



4 Julai 2009
Berkeretakan syazwan.
Bertempat di dewan cempaka, kajang.

Antara sebuah kemahuan dan minat, tiada satu aral yang dapat menghalang kecuali kuasa Tuhan. Maka dengan itu, tergerak hati untuk ketemu sama Pyanhabib, Pak Samad dan lain-lain. Kajang panas dengan puisi sinis. Biar terang itu langit bagi buka mata si pemimpin catakserukin ( cakap tak serupa bikin ). Siapa? Entah.


rahmat haron


bayangnya

Anak-anak kecil, baya darjah satu dan kurang dari itu, terlopong melihat Rahmat Haron. Bukan yang kecil-kecil sahaja, yang tua mencapai umur penghabisan juga terlopong. Gaya rambut, gaya pakai, gaya jalan, memberikan ekspresi awal kepada penonton Malam Seni Rakyat. Selipar jepun bertali biru, berseluar jeans lusuh, berambut 'dreadlock' sekerat badan. Apa kau fikir? Sajaknya panjang. Mengkhayalakan. Jauh dibawa aku dan penonton lain ke tengah jalan selirat dengan kenderaan. Sesak.


Nik, meor, black, pengerusi majlis, rahmat haron menyanyikan lagu "tragedi memali".


Ajim, wafi, meor, mei chern.

Meor petik gitar. Black petik gitar. Nik petik gitar. Mei Chern petik gitar. Lagu-lagu lirik rakyat. Bukan lirik cinta sama arjuna, bukan lirik putus sama kekasih, bukan lirik cintan, bukan lirik jiwang, bukan lirik leleh, bukan lirik hitam, tapi lirik kesedaran. Lirik golongan-golongan pemikir. Lirik golongan-golongan yang jiwanya mahu bebas dari kuku besi. Kagum.


pyanhabib


hishamuddin rais

Pyanhabib, Pak Samad, Hishamuddin Rais ( tukartiub ). Layan sajak sama jenaka Tukartiub depan mata. Kah kah kah. Pyanhabib bertenaga dalam dahaga. Mendengar sajaknya buat kali kedua selepas malam puisi utusan minggu-minggu yang lepas. Masih berbisa, kejap terasa. Dahaga. Aku kagum buat kali kedua melihat pyan. YB cikgu Lee (adun kajang) juga bersajak. Ideanya dari janggut putih dan rambut panjang pak samad. Bunyi kelakar. Maksudnya mendalam. Pak samad dengan "pemimpin catakserukin"nya dan "peludah bahasa". Dalam. Sampai ke teras. Jauh. Pak samad bercerita sedikit tentang PPSMI. Di mana halanya? Dia dengar cerita, PPSMI akan mansuh. Tapi itu cuma cerita yang didengar katanya. Entahkan benar entahkan tidak. Bila ramai menepuk, aku lihat tangannya menyapu matanya. Manakan tidak, harta perjuangannya dari tahun 52 sudah diperkosa sama bangsa sama bangsa.."JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA".




fokus pada budak kecil bertinggung.


pak samad bersama YB cikgu lee.

--------------------------------------------------------------------------


Terang Bulan.
Nik.


terang bulan bersatu dalam hijaunya langit,
harum kesucianmu,
dicemar penyalahgunaan kuasa,
aku bukanlah tuhan mutlak yg paling muktamad,
DIA sesungguhnya tahu,

agama sudah dijual ketangan-tangan jahanam,
agama hanya menjadi pekakas,
jual beli laba niaga,

pembunuhan demi pembunuhan,
memutarbalikkan fakta,
yang selalu mereka dengungkan,
haruskah kita hanya diam,

marilah kita bertindak balas,
bereaksi atas keadaan,
yang mendesak penciptaan,
meninjau-ninjau sekeliling,
dan benarlah pohon yg berzikir....

--------------------------------------------------------------

habis semua,
usai belaka,
dewan masih panas,
sepanas sate kajang,
sepanas enjin-enjin kereta dan motor warga,
sepanas semangat gergasi bukan ilusi,
angin malam meniup semangat-semangat ke ceruk-ceruk pelusuk,
terus ke kepala-kepala dan akal-akal fakir yang memikir,
hakikat sebuah penciptaan untuk mencari kebenaran,
itu yang sebenarnya realiti kehidupan..

affah.
kajang.
4julai09.


---------------------------------------------------------------

Friday, July 03, 2009

Thursday, July 02, 2009

senja sekeping syiling



aku melihat.
aku terdiam.
aku tersenyum.
senja sekeping syiling.
mengajar diri melihat sendiri.
memaksa diri mengubah sendiri.

Wednesday, June 03, 2009

horlicks ais satu. tosei dua.

Melihat dari sudut pandangan burung,
perjalanan seharian ini begitu berliku.
Bukan perjalananku, tapi perjalanan kita.

-------------------------------------------------

Sedang seronok-seronok kiai berserban hijau bercerita tentang Tuhan yang Agung, datang seorang 'guard' berbaju kuning, bertopi. Melayu Islam latarnya. Pintu surau diketuk, jemaah tidak dengar dan tidak berpaling. Dia meninggikan suara, memberi salam pula kali ini. Semua berpaling. Dia memberi arahan supaya mengurangkan tahap bunyi pembesar suara surau. Katanya buyi itu mengganggu. Kiai berserban hijau menutup suis mikrofon, terus bercakap dan bercakap tentang Tuhan yang Agung. Loghat Australianya membuatkan jemaah khusyuk menumpukan semua pancaindera. Gangguan makhluk bertopi tidak mematahkan semangat. Aku kadang-kadang malu sebagai Melayu. Malu kerana ada orang sebegitu. Parti ronggeng yang memecah sunyi hingga pagi tidak pula disuruh senyap. Mungkin jika cengkerik boleh berkata-kata, pasti akan dicerca juga makhluk sedemikian.

------------------------------------------------

Panas Nilai mencucuk hingga betul-betul dalam kepala. Peluh diseka. Jalan ke kedai makan di luar amat memeritkan kaki. Dalam khusyuk memikirkan tentang apa entah, terpaku melihat mat saleh berambut oren. Bukan kerana cantik, bukan kerana kacak, tapi kerana dia joging di tengah panas pukul 12 tengah hari. Aku kagum sedikit. Mungkin jika mentari boleh berkata-kata, pasti akan dia suka melihatnya.

------------------------------------------------

Minggu Penghayatan Islam ( Islamic awareness week ), berlangsung selama 4 hari. Bertujuan membangkitkan dan menyedarkan peri-pentingnya beragama dan mengetahui agama. Seronok-seronok bersembang sama kawan cina, seorang pemuda india dijerit dari belakang oleh seorang pemuda afghan. Pemuda afghan sedikit mengejar dan menyuruh pemuda india itu tuju padanya. Pemuda afghan sedikit marah, pemuda india minta maaf. Sungguh celaka bila dicabut poster-poster yang penat dipasang. Bodoh.

-----------------------------------------------

Andai burung di angkasa boleh bicara sama kita, mungkin banyak komen yang pasti dicerca kepada manusia. Perjalanan kita berliku. Sunguh tidak tipu.

Bila dipanggil Tuhan nanti, akan ditanya,
"Apakah sumbangan kau kepada agamaku?"


Punya jawapankah tika itu?

----------------------------------------------




-Sejenak bersama Horlicks ais dan tosei-

Thursday, May 28, 2009

Ketam ibu dan along dan manusia .



"Ibu, kenapa kita jalan senget-senget? Kita cacat ke?", suara tanda tanya anak ketam batu warna coklat kepada ibunya. Ibunya buat tak tahu dan terus menggentel pasir-pasir pantai putih mulus itu. Sejak dari generasi awal lagi, masa lapang mereka diisi dengan menggentel butir-butir pasir halus itu. Di mana rasionalnya tidaklah ibu ketam itu tahu.

Dia terus menggentel. Hanyir bau pantai menusuk celah-celah hidungnya. Perut masih lapar tidak berisi. Sepitnya yang luka semalam kerana terhantuk batu akibat hempasan ombak masih tidak surut rasa sakitnya. Luka tidak dalam, tetapi hantukan kuat itu sedikit sebanyak memberi kesan calar. Ohh, sakit..

"Along, lihat itu, itu manusia namanya." Ibu ketam menghalakan sepitnnya ke arah sekumpulan manusia jantan dan betina yang galak bermain bola di pantai. Anak ketam yang khusyuk menggentel pula memalingkan muka ke arah manusia.

"Ohh, itu rupanya manusia. Along tak pernah tengok." Membahasakan dirinya along, anak ketam itu kelihatan teruja melihat manusia. Air masin menghempas mukanya. Terkedip-kedip matanya menahan masin.

"Cikgu umang-umang di sekolah ada beritahu, jangan dekat dengan manusia. Along lupa pula nak tanya kenapa. Tapi, setahu along, manusia ni jahat kan ibu?", seraya anak ketam batu warna coklat itu menyambung.

Ibu ketam berhenti menggentel. Ibu ketam tukar pandangan. Tidak dia pandang ke manusia galak itu lagi. Dia pandang ke laut. Dia pimpin tangan alongnya. Bergerak mengiring mereka berjalan hingga betul-betul berdiri di atas pasir basah. Sambil berjalan, ibu ketam bersuara ;

"Along, manusia tidak jahat, tapi, mereka sombong. Kata mereka, merekalah yang bagus dan lengkap sempurna. Mereka rasa mereka raja di dunia. Padahal, laut tidaklah mereka habis teroka. Mereka selalu sombong dengan Tuhan kita. Kita punya Tuhan sama dengan mereka, tapi apakan daya, kita cuma ketam. Kita tidak seistimewa mereka, tapi kita lah yang selalu berzikir mengharmonikan laut ini. Kalau diikutkan, siapalah kita di mata mereka. Kita cuma ketam batu yang kecil tidak berdaya ".... ibu ketam bersuara sedikit sayu. Entah mengapa nadanya begitu melankolik. Mungkin ibu ketam ada sejarah hitam kerana manusia. Mungkin. Boleh jadi pasti dan tidak.

Anak ketam dengar dan masih cuba memahami butir-butir falsafah ibunya. Dia rasa seperti mahu mengabaikan kata ibunya. Terlalu panjang untuk usianya. Pada sangkaannya sajalah. Berjalan dan berjalan, anak ketam terpijak satu garisan. Banyak garisan. Dia berlari jauh untuk melihat garisan dari sudut lain. Tidak nampak kerana terlalu besar. Dia berlari naik ke atas batu. Dia lihat satu lukisan. Rupa lukisan seperti rupa paras wajah manusia, tetapi lebih cantik padanya. Along suka lukisan cantik-cantik. Along kagum. Dia tidak merasakan manusia sombong kerana manusia mampu melukis benda cantik-cantik. Pada firasatnya, jikalau manusia sombong, sudah pasti dia tidak melukis dia atas pasir-pasir tempat pijak-pijak. Dia kagum. Terus berlari Along ke arah manusia yang galak bermain bola itu. Along mahu kenal lebih rapat sama manusia.



Ibu tidak menghalang. Ibu tidak menjerit. Ibu tidak risau. Kerana ibu yakin, manusia susah untuk mengejar Along yang berjalan mengiring. Sombong mana pun manusia, dia susah untuk mengejar ketam sekecil Along yang berjalan mengiring. Along masih muda. Kecil. Lincah.

Along pasti pulang untuk makan tengah hari. Ibu ketam berjalan ke laut, siap-siaga sama sepitnya, mahu cari makan. Along pasti pulang dengan jawapannya sendiri tentang mengapa ketam berjalan mengiring. Ibu pasti.


-------------------tamat-----------------------



nota kaki =

* seronok-seronok memang seronok, Tuhan ingat?
* ketam cherating banyak buah fikir,
mereka yang melawat cherating pernah berfikir?
* terima kasih amalina atas lukisan kamu ;)
* cherating indah nian.

Friday, May 22, 2009

Bicara Pembesar-Pembesar Melayu . (1)

Maka terjadilah satu perbincangan antara pembesar-pembesar Melayu yang bergeliga lagi mantap pemikirannya. Berkumpul mereka di bawah satu bumbung lalu berkatalah seorang demi seorang. Ilmu-ilmu dan zat-zat Tuhan mereka puji-puji. Desir-desir angin yang meniup daun-daun kering di jalan turut berzikir mengingati Tuhan Maha Kuasa. Malam menyelimuti alam. Suara pembesar-pembesar memecah kesunyian berbincang antara satu sama lain. Pelita-pelita terang seperti khusyuk mendengar sekali perbincangan itu. Apinya meliang-lentok. Menggoda.

Permulaan kata dimulakan. Khusyuk. Semua khusyuk. Mata dan telinga pasang. Mulut dan tangan diam. Berkisar tentang pergaulan ceritanya. Katanya, jiwa-jiwa anak muda mudah bergolak, jaga pergaulan, maka terjagalah diri. Jaga diri jangan sampai makan diri dan sampai ke taman api abadi. Katanya senang difahami. Ayatnya mudah. Disangkutnya pula hujahnya dengan ayat dari kitab suci Al-Quran. Pembesar-pembesar memuji-muji. Tenang. Faham. Bercerita beberapa pembesar di tepi-tepi, bagai ada pendapat mahu diberi. Pembesar kedua bercerita tentang ilmu. Ceritanya akan cara mencari ilmu. Ceritanya akan cara mensyukuri ilmu. Ceritanya akan hubungan diri sama Tuhan bila bertapa. Dia bukanlah pertapa, cuma ilmunya seakan ilmu pertapa. Bercerita lagi beberapa pembesar di tepi-tepi, bagai ada pendapat mahu diberi.

Berhenti seketika. Lantai dipandang, mencari buah fikir. Terlintas. Malam maghrib makin larut menuju isyak. Perbincangan diteruskan.

Ingat-mengingat itu penting. Manusia itu pelupa dan kitalah manusia itu. Bicara pembesar seterusnya. Ringkas tapi berisi kepada yang kosong. Bercerita pula pembesar ke berapa entah tentang hidup apabila belayar. Mencari destinasi itu penting, tapi, di mana darat yang terdekat lebih penting. Amat penting semasa belayar akan kelasi-kelasi untuk melihat darat terdekat sekali. Befikir lagi pembesar-pembesar akan kebenaran kata-kata pembesar ke berapa yang selama jarang sekali membuka peti katanya. Serah tugas kepada pembesar berbaju melayu lengkap. Berkopiah. Kemas. Ceritanya tentang fadhilat Al-Fatihah. Pembuka kitab suci. Tinggi ilmunya memberi bekas kepada mereka yang kurang tahu. Ceritanya juga tentang keberkatan. Berkat akarnya.

Berhenti seketika. Jendela dipandang, mencari buah fikir. Terlintas. Isyak pasti menjengah. Perbincangan diteruskan.

Pembesar berkopiah berbadan kurus melidi membuka mulut. Silaturrahim isinya. Ringkas dan menambahkukuhkan semangat sejagat antara pembesar-pembesar sesama Melayu dan Islam. Solat jemaah disentuh pembesar seterusnya. Apa cerita jika surau sendiri jadi kosong dengan sendiri?. Bersoal lagi sesama pembesar. Masing-masing bersalah. Masing-masing terkena. Masing-masing beristighfar. Masing-masing bertekad. Ditambah pula bicara kata dari pembesar daerah timur. Pembesar patut ajak jelata bersolat sekali. Hidayah dan taufik perlukan kita untuk disempurnakan. Agama suku, bangsa suku. Itu isi hujahnya. Pangkalnya kukuh. Melayu tidak semestinya Islam dan Islam tidak semestinya Melayu. Bersongkok itu Melayu, seluar senteng paras lutut bukan Islam. Senang contonhnya. Gabungan pembesar daerah timur sedikit berkisar akan penghormatan sesama agama. Kata-kata dari kita mencerminkan agama dan itu contoh kepada bukan Islam. Senang. Pembesar terakhir membuka peti suara. Pencabulan kebudayaan. Isinya menyeluruh. Tidak padan dengan badannya yang kecil, nampak lemah, tapi, isi hujahnya bagai raksasa. Bernas. Katanya, "Budaya bukanlah sesuatu yang meruntuhkan akhlak". Noktah. Noktah di situ. Semua terpinga berfikir benar dan pegang kejap kata-katanya.

Berhenti seketika. Pintu luar dipandang, mencari masa penutup. Azan melintas. Isyak menjengah. Perbincangan habis dengan senang. Ilmu segenap benua diserap dalam-dalam oleh pembesar-pembesar. Bercerita lagi beberapa pembesar di tepi-tepi, bagai ada pendapat mahu diberi, tapi, sudah tamat. Minggu depan pasti ada lagi.

Azan mendayu, cengkerik tidak berhenti bermunajat. Pokok-pokok tidak berhenti mengibarkan daun-daun kecil di bawah jamung tinggi. Cahaya menembusi daun-daun. Cantik. Solat didirikan. Usai, pembesar-pembesar keluar, bersalaman, mencari makan, menelaah ilmu alam. Akhir, masing-masing keluar ke daerah sendiri, tempat pertapaan sendiri, masing-masing.

--------------------tamat---------------------------

Saturday, May 16, 2009

Zikir Mentari Dan manusia.

Getir siang percik bahang mentari,
Berbisa lagi melecurkan,
Kembara jauh kita seorang diri,
Pedih lagi memilukan.

Mentari punya teras panasnya,
Manusia punya teras sabarnya.

Zikir mentari dan manusia banyak beza,
Mentari zikirnya pada Tuhan,
Itu sebabnya terbakar tidak hangus-hangus.
Zikir manusia dan mentari ada beza,
Manusia zikirnya pada nafsu dan Harta,
Itu sebabnya terbakar masuk neraka.

Berjalan mentari berputar ia,
Memanaskan alam sarwajagat,
Berjalan manusia kembara ia,
Punya beri nikmat pada semua?

Wednesday, May 13, 2009

Kelab Kebudayaan Melayu INTi U.C


Tempat - MPH ( Multi Purpose Hall )
Masa - 13 mei dan 14 mei ( 10 pagi - 4 ptg )
Pendaftaran - RM 2 sahaja.
Aktiviti - Akan diterangkan di MPH oleh penerang.

*Untuk semester ini, pihak kelab berharap semua golongan laki2 dan wanita2 Melayu bersama-sama turut serta untuk menjayakan kelab ini. Terutama sekali pihak dari golongan wanita.

*Laman blog mcsinti.blogspot.com akan di kemaskini sebaik mungkin selepas ini. InsyaALLAH.

*Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Andai keroncong masih bersuara,
Andai bahasa masih dibicara,
Andai genta purba masih berbisa,
Bertahankah Melayu di mata kita?

Monday, May 11, 2009

ELARTI.


terima kasih sekali lagi.

Buka mata,
Selak-selak,
Pasang telinga,
Ini buku,
Punya cerita..


terima kasih Afe.

11 mei 09

Sesaat berfikir .



disuruh ke brickfields,
bergerak ke sana,
mencari erti Ketuhanan,
sesaat berfikir,
lebih utuh pegangan,
dari sehari berangan..


Saturday, May 09, 2009

Sejenak pada -8 Mei-





Arakian maka terciptalah manusia untuk menjadi hamba kepada Tuhan yang Satu lagi Perkasa. Lahirlah antara kita untuk menjadi salah seorang yang bergerak melata dan mencari jaya dan menyebar ilmu-ilmu berguna. Pohon-pohon Tuhan cipta tapi tidak mampu mengolah jiwa dan akal. Begitu juga bukit-bukau, awan-gemawan, air laut mahupun sungai, burung-burung di angkasa, bintang-bintang dan sang kelodan yang bercahaya, juga mentari panas jingga dan udara bersih penyambung nyawa. Semua Tuhan cipta tapi cuma manusia punya hak istimewanya.

Sementelah diajar berjalan selepas merangkak, manusia sudah mula mencari erti Tuhan. Manusia sudah mencari mula makna satu dan dua, makna kiri dan kanan, makna laki dan perempuan, makna siang dan malam, makna tangis dan tawa, makna segala yang berlaku sekelilingnya. Proses pembezaan antara dua ini melatih diri menjadi lebih mengenal siapa yang dinamakan "diri sendiri".

------------------------------------------------------------
Tamat mukaddimah.
------------------------------------------------------------

Berjuta terima kasih -





Kepada yang ingat tarikh.
Kepada yang mendoakan.
Kepada yang bersusah payah membeli kek.
Kepada yang membeli kad hari jadi "high school musical".
Kepada yang memberi hadiah berupa makanan ruji (blok A).
Kepada yang turun.
Kepada yang makan kek.
Kepada yang sama bergelak ketawa.
Kepada yang menghantar mesej melalui sms dan ym.
Kepada yang ikhlas melenyek kek atas kepala.
Kepada yang kena tenyeh kek atas hidung.
Kepada yang bersalaman, berpelukan dan mengucapkan selamat.
Kepada yang menemu ramah bersama lampu, kamera dan telefon.
Kepada yang menelefon.
Kepada yang post dalam blog masing-masing.
Kepada yang sanggup meluangkan masa walaupun sekejap.
Kepada yang mengambil gambar dan edit gambar (afe).
Kepada yang diambil gambar.
Kepada yang merancang untuk membawa budaya
sekolah datang ke INTi.
Kepada yang me*****.


Kepada semua.





Nama-nama penduduk tidak disertakan kerana sudah punya gambar dan populasi penduduk yag ramai, tapi, nama-nama "hadiah" yang diberi akan disertakan.

1 kek.
1 buku "sup ayam untuk jiwa",
"chicken soup for the soul" bersama tandatangan penduduk.
1 kad hari lahir "High School Musical" bersama tandatangan.
1 uncang teh lipton = sayang nak buat air. mahu simpan
1 chocmalt 3 in 1 = fuh. layan.
1 cereal spirulina = hijau nestum nestum hijau.
1 nesvita = sedap-sedap panas-panas.
1 nutra = sedap-sedap.
1 quaker Q vita = sayang kamu juga. siapa ni?
1 twiggies = dah makan dgn alvin.
1 nescafe 3 in 1 regular = nescafe. ohh.
1 nescafe 3 in 1 mild = nescafe lagi. ohh.
1 cadbury hot choc. drink = fuh
1 boh ice tea = sedap diminum sejuk-sejuk.
1 kopiko = sebiji je?
2 in-comix 3 in 1 = kopi. ohh.
2 milo fuze 3 in 1 = kegemaran ni.
1 al-rehab perfume = wangi. nyaman.

Ada tulisan pada sesetengah bungkusan. Ada yang menulis nama sekolah dan AIC ( asis islamic council ). Ada yang suruh "stay up". Ada yang menyatakan sayang. Ada yang menyatakan yang aku sudah besar. Macam-macam. Setiap satu barang-barang itu aku teliti. Sekali lagi aku hargai. Betapa syukur punya kawan seperti kamu. Secalit minyak wangi dari Arab Saudi aku sapukan pada urat hijau di lengan sebelum solat jumaat. Wangi menusuk. Aku terharu punya kawan seperti kamu..

------------------------------------------------------------
Tiada terucap di bibir,
Akan sayang pada kawan,
Tiada terbayang di hati,
Andai hidup tanpa kawan.
------------------------------------------------------------

penghargaan untuk kawan.
.inti.asis. sayang belaka .
8 mei 2009
13 jamadilawal 1430

*Al- Fatihah sempena umur bertambah.

Monday, May 04, 2009

Aksara Diari *khas untuk permulaan hari*

Sangkaku hujan sampai ke petang,
Rupanya panas di tengah hari,
Kusangkakan hidup ada peluang,
Rupanya sudah tercatat dalam diari.

Ikut aksara diari,
Jejak isi hati,
Doa hari-hari,
Tuhan kata pasti.

*diari itu takdir.
*hidup punya peluang. pilihlah yang sepadan.
*aksara = lambang unik dalam sesuatu tulisan.

Sunday, March 22, 2009

Laporan Penuh - Dodge Ball - " Hammer Time " - 2009



Salam.
21 mac 2009.
24 rabiulawal 1430.

Dodge ball. Sedikit sejarah dan cara mainnya.Ia berasal dari States dan Kanada.Bola perlu dibaling, lawan perlu mengelak sebaik mungkin atau menangkap bola. Selesai tentang sedikit sejarah dan sedikit cara. .

Pemain -
Dari Kiri - Hanis, Harith, Salah, Fatah, Wafi .



4.00 petang.
Salahuddin, selaku kapten mengejutkan anak2 buahnya dari tidur pada petang itu. Dia cuba memberikan sedikit kata2 semangat untuk menghilangkan ke'mengantuk'kan anak2 buahnya. Semangat tiada langsung. Mungkin kerna anggapan tiada penyokong untuk turun. Baju "JPA scholar" disarung. Tiada lagi baju kami seseragam baju itu. Wafi tiada saiz. Kapten lengan panjang. Yang seragam cuma saya, harith dan hanis. Tapi, yang penting, petang itu, "Semua Hitam".. Solat Asar dahulu di surau diimamkan Wafi..

4.45 petang.
Petang itu panas. Matahri menebarkan sirnanya garang sekali. Kapten menamakan kumpulan kami sebagai "Hammer Time" (Zeus Dota). Menarik bunyinya. Demonstrasi dimulakan dengan kumpulan kami melawan kumpulan yang sudah lupa namanya. Permulaan yang bagus. Kami menewaskan mereka. Cuma demo saja. Petang makin tinggi, manager kami sampai (Nami). Di tangannya ada kamera. Beliau (manager) beri kata2 semangat sikit2. Kata2 semangatnya berbunyi, " weyh, korang kalah la, team2 lain besar2, tpugh2, korang cam ape je". Kami ambilnya dari sudut positif. Manager memang macam tu. Permainan psikologi. Taklimat bermula.


Manager berbaju belang.

5.++ petang.
Mula. Makin lama makin banyak sampai. Kebanyakannya india, cina sedikit, dan paling sedikit, melayu. Satu cuma kumpulan Melayu dan itulah kami. Rakan2 masih menyusul. Pertandingan mula. Menang. Menang. Menang.



6.++ petang.
Keletihan mula terasa. Kejang otot dimana-mana. Mungkin nampak mudah permainan ini, tapi, pada hakikat dari dasar hati, ia susah. Beberapa perlawanan, kami kecundang. Semangat tidak lemah. Perlawanan diteruskan. Lutut koyak2 kerana terseret. Tangan terseliuh. Lawan punya lawan, kami maju hingga semi-final. Penentuan. Menang.






7.++ malam.
Hari makin gelap. Sorak2 tukang sorak dari kaum adam dan hawa, kelegaan meneguk 100 plus, kata2 'semangat' dari manager dan tips2 dari 'penolong' manager kami telan semuanya. Pahit dan masin bercampur peluh. Hmm. 7.50, solat. Usai solat, perlawanan bersambung. Mereka yang kafir2 di gelanggang tidak endah akan pertukaran masa dari siang ke malam. Mereka terus main. Dalam solat, susah untuk rukuk dan sujud. Kejang . .

8.++ malam.
Masuk gelanggang untuk penentuan. Menang dengan kumpulan cina kalau tak silap, kalah seterusnya dengan kumpulan india. Kapten berguling jatuh dalam gelanggang. Perlawanan berhenti sebentar. Agak serius. Dia diangkat ketepi. Hanis menggantikannaya. Tidak sampai sepuluh saat, Hanis keluar. Kalah. Kejang.
Keseluruhannya, kami tempat ke-4 dari 8 kumpulan.




Puas hati. Kami puas. Paling puas bila menjatuhkan kumpulan cina yang punya seorang atlet, bun jim, dan seorang yang mukanya sungguh berlagak. Kami gembira walaupun kejang.

Manager mengucapkan tahniah. Penolong manager mengucapkan tahniah. Kumpulan 'abg pendek' mengucapkan tahniah. Penyokong2 setia mengucapkan tahniah. Pengadil mengucapkan tahniah. Kami bertukar salam, tidak bertukar baju. Letih, kejang, kenyang air, kering peluh, kepuasan hati..

Keseluruhannya, kami gembira. Seribu terima kasih kepada semua.
Kepada pemain, 'next sem kita baling lagi'.

Bersurai~


Penghargaan kepada,
Manager - nami.
penolong manager - ajim.

Ajk 100 plus [adhwa,ain,afe],
Ajk kamera [nami],
Ajk kata2 semangat [ara,basyir,fadhil,asri],
Ajk kejang kaki [ayoot],
Ajk pom-pom girl and boy [semua],



Dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Kepada nama yang tidak tertera, saya mohon maaf, saya lupa kerana saya dalam gelanggang.

Untuk sem depan, mahu lawan?

IT'S HAMMER TIME . cheers ~

Tuesday, March 17, 2009

Kembara Ke Galaksi Pura.

Kembara Ke Galaksi Pura.

Dalam ramai-ramai angkasawan muda terkemuka, cuma beberapa orang terpilih untuk mengikuti rombongan ke Galaksi Pura. Persiapan selama 5 tahun sebelum ke sana telah menelan belanja berbilion-bilion ringgit Malaysia dan proses untuk menggarap ilmu-ilmu setelah belajar selama masa amat susah untuk dipraktikkan.

Galaksi Pura ialah satu ruang angkasa yang ditemui manusia beberapa tahun lepas. Galaksi ini punya planet hijau biru seperti bumi. Punya lapis-lapis atmosfera, punya gas oksigen segar, punya daun dan pucuk, dan punya segala. Kondisi yang sesuai untuk hidupan. Populasi hidupan masih bercambah dan bertambah. Gunung-gunug tinggi dan cantik ditumbuhi spesis-spesis pohon bercabang banyak. Pada rangkaian biologinya, benih pohon ini mengalami mutasi semasa membeku di dalam bongkah ais. Kekacauan pada proses kimia di dalam nukles dan pigmen-pigmen hijau telah mengubah struktur asal pohon itu. Dari itu, terhasillah pohon dari spesis sama, tetapi, fizikal berbeza. Air lautnya sama masin dan sungainya tampak di dasar. Senang khabar, ia satu “bumi” yang baru di Galaksi Pura.

Angkasawan muda dihantar ke Galaksi Pura untuk mengkaji kebenaran hakiki kehidupan. Mahu lebih tahu akan asalnya hidup. Mahu lebih kenal Tuhan Pencipta. Mahu ambil sampel bermutu. Mahu mendekati alam liar. Mahu melihat sungai yang airnya jernih hingga boleh cermin diri. Dan semua hasil ini akan dibentangkan pada laporan akhir nanti.

Sudah 8 bulan di planet di Galaksi Pura. Oleh kerana planet tidak punya nama, ketua angkasawan muda memberinya nama “Planet Pura Satu”. Nama itu dipersetujui pihak-pihak lain rombongan. Cuma beberapa yang berbisik diam dan sembunyi di belakang kerana tidak berpuas hati.

Sejauh perjalanan dan selama masa telah banyak mengubah tingkah laku angkasawan-angkasawan muda. Ketua sedikit panik. Halusinasi memagar setiap angkasawan yang lemah daya tahan. Cakap mereka sudah tidak serupa bikin. Tidur makan mereka terabai. Marah-marah menjadi elemen untuk bertekak sesama sendiri setiap hari. Setiap idea pihak lain dibantah. Mereka menjadi makin sendiri. Mereka jadi mencari diri sendiri. Mereka keliru. Yang tinggal dan masih gagah cumalah ketua dan beberapa anak buahnya.

Mungkin 4 kesemuanya dicampur dengan ketua. Ketua berpendapat, mereka perlu bersatu, mereka perlu bersama, mereka perlu bertukar kata, mereka perlu menerima idea, mereka perlu sabar, dan yang terakhir itu paling penting.

Planet masih menghijau. Pohon bercabang makin bercabang. Rumpai-rumpai makin galak menjalar. Angkasawan yang bermasalah juga makin serius masalahnya. Ketua sudah tidak terdaya untuk membantu. Mereka yang bermasalah semakin mementingkan diri sendiri.

Genap 10 bulan, enjin roket dihidupkan. Bahang panas dari cecair nitrogen sedikit menyentuh jari walaupun sudah berlapikkan sut yang sudah cukup tebal. Operasi pulang ke bumi mengambil masa beberapa tahun cahaya ini dirahsiakan dari pengetahuan pihak pengawal di bumi dan dirahsiakan juga dari sekolompok angkasawan yang telah terjangkit jangkitan virus “Pura”. Mereka ditinggalkan bukan kerana keputusan ketua, tapi keputusan mereka sendiri.

Kehilangan mereka tidak terjawab. Mereka tidak dapat dijejaki. Gelang ‘GPS’ yang dipakaikan pada pergelangan kaki untuk mengelakkan angkasawan hilang telah dirosakkan dan dibuang ke dalam gaung. Mereka hilang punca. Hilang dan ghaib. Roket berlepas laju dan makin jauh. Planet Pura di tebing Galaksi Pura makin mengecil saiznya sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang dari lensa mata.
Hilang dan ghaib . . .

Galaksi “Pura” masih misteri dengan virusnya. Populasi sudah berkembang dengan adanya angkasawan yang hilang di sana. Harapan untuk mereka. Pengajaran untuk kita.
Bahaya mungkin menanti. Angkasawan perlu berlatih lagi, menempuh virus "pura" di lain hari. . Waspada.

Angkasawan yang terlibat =
Semua sojar rg 1,9,10,17,18 briged rahmanputra.

Angkasawan yang berjaya pulang ke bumi =
Cuma 4 dari semua.

Persoalannya, siapa ?


Brigedier Jeneral Affah,
17 mac 09.
20 rabiulawal 1430.
Petang yang membawa ke titik ruang.

Sunday, March 01, 2009

Nyamannya Sabtu.



"Tiada satu, tiada dua tiga,
Tiada yang genap dan ganjil,
Tiada aku, tiada engkau dia,
Tiada yang besar dan kerdil.
Berani cerah, berani mendung,
Berani perang, berani rempuh,
Berani rebah, berani bangun,
Berani buat, berani tanggung,
Pandai-pandailah curi bernafas,
Menguak air untuk terapung,
Di lautan maya,
Yang serba sulit,
Serba serbi, penuh tipu daya . . "


Rancak suara-suara Kopratasa dari alat pemain
muzikku benar-benar asyik didengar.
Sambil membelek novel tulisan Khaled Hosseini, tengah hari Sabtu benar-benar mengasyikkan. Lebih-lebih lagi, di bawah kipas dan angin yang menderu laju setiap masa. Nyamannya Sabtu ini .
Sejuk yang tadinya dingin bertukar panas sedikit bahang.
Ahh, gementar barangkali ~ . Abaikanlah..
Keputusan Encik William George untuk menjalankan ujikaji pemantapan kapasiti memoriku tentang sejarah Amerika pada hari Isnin nanti benar-benar menggugat kesabaranku. Dari Nilai ke "States", jauh sungguh, nyaris ketiduran.
Sampai ke petang, angin masih menyapa muka yang kelihatan berminyak seperti tidak mandi. Hmm, pedulikanlah. Petang ini hujan lagi. Hujan rajin turun kebelakangan ini.
Mengangkat punggung dari kerusi, menuju ke Rahmanputra bersama Basyir, sambil menekan butang 'play' pada alat pemain muzikku. Kopratasa menyanyi lagi . .



Sabda Rasulullah saw,
"Mahukah kamu, saya beritahukan sesuatu tentang yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Budayakanlah ucapan salam diantara kamu" (Muslim)