jendela kaca kabur berhabuk,
tiada tangan rajin menyibuk,
jadikan hari-harinya tutup berlitup,
gelaplah kehidupan kerana sirna tiada masuk.
jendela kaca masih kabur berhabuk,
masih tiada tangan rajin menyibuk,
harinya jadi legap berhawa hangat,
gelaplah jiwa hilanglah semangat.
jendela kaca dulunya jernih,
burung di awan seakan dapat digapai,
pokok di jalan seakan berhadapan,
bayu di luar dirasakan hingga ke lubang hidung,
cuma sekarang ia berhabuk,
sapu ia supaya terang,
hilang malap datanglah cahaya.
hilang malap datanglah cahaya.
2.4.09
7 comments:
jendela kabur masih lagi berhabuk...
sinar mentari masih lagi tidak dapat menembusi..
kesudahannya orang di dalam jendela lena tidur tanpa diusik sinar mentari...
maka hilangkanlah kabur itu dengan ape juga cara sekalipun..
agar sinar dapat dirasai lagi...
sinar yang mencemburui sang habuk..
terus menyinar alam sekeliling..
sungguh pilu hatinya..
xdapat menyinar jendela kabur itu..
oh,bersihkan lah ia..
agar ku dpat menyinar menyinari ia..
moga ia tersedar dari buaian mimpi yang hanya dusta..
p/s: sambung2.. =P
da tgok vid BN pakai popuan seksi untuk pancing undi?
youtube
malas sifat yanng perlu diubah.
kaf alif waw nun - menghilangkan kabur amatlah susah. kamu ada cara?
sinar abadi - berikan cara untuk membersihkan habuk itu. aku dambakannya..
butet - belum2. nanti cari.
harith - itu betul. susah nak buang malas. ia sudah melekat sejak sekolah rendah lagi. sudah kukuh. apa pun, saya cuba.
suh makcik cleaner bersihkan. bersihlah.
makcik cleaner tak pernah baca blog ni. macam mana dia nak tahu kena bersihkan tingkap yang mana satu.
tolong beritahu makcik cleaner tentang masalah ni boleh?
tolong ya.
Post a Comment