
Arakian maka terciptalah manusia untuk menjadi hamba kepada Tuhan yang Satu lagi Perkasa. Lahirlah antara kita untuk menjadi salah seorang yang bergerak melata dan mencari jaya dan menyebar ilmu-ilmu berguna. Pohon-pohon Tuhan cipta tapi tidak mampu mengolah jiwa dan akal. Begitu juga bukit-bukau, awan-gemawan, air laut mahupun sungai, burung-burung di angkasa, bintang-bintang dan sang kelodan yang bercahaya, juga mentari panas jingga dan udara bersih penyambung nyawa. Semua Tuhan cipta tapi cuma manusia punya hak istimewanya.
Sementelah diajar berjalan selepas merangkak, manusia sudah mula mencari erti Tuhan. Manusia sudah mencari mula makna satu dan dua, makna kiri dan kanan, makna laki dan perempuan, makna siang dan malam, makna tangis dan tawa, makna segala yang berlaku sekelilingnya. Proses pembezaan antara dua ini melatih diri menjadi lebih mengenal siapa yang dinamakan "diri sendiri".
------------------------------------------------------------
Tamat mukaddimah.
------------------------------------------------------------
Berjuta terima kasih -
Kepada yang ingat tarikh.
Kepada yang mendoakan.
Kepada yang bersusah payah membeli kek.
Kepada yang membeli kad hari jadi "high school musical".
Kepada yang memberi hadiah berupa makanan ruji (blok A).
Kepada yang turun.
Kepada yang makan kek.
Kepada yang sama bergelak ketawa.
Kepada yang menghantar mesej melalui sms dan ym.
Kepada yang ikhlas melenyek kek atas kepala.
Kepada yang kena tenyeh kek atas hidung.
Kepada yang bersalaman, berpelukan dan mengucapkan selamat.
Kepada yang menemu ramah bersama lampu, kamera dan telefon.
Kepada yang menelefon.
Kepada yang post dalam blog masing-masing.
Kepada yang sanggup meluangkan masa walaupun sekejap.
Kepada yang mengambil gambar dan edit gambar (afe).
Kepada yang diambil gambar.
Kepada yang merancang untuk membawa budaya
sekolah datang ke INTi.
Kepada yang me*****.
Kepada semua.


Nama-nama penduduk tidak disertakan kerana sudah punya gambar dan populasi penduduk yag ramai, tapi, nama-nama "hadiah" yang diberi akan disertakan.
1 kek.
1 buku "sup ayam untuk jiwa",
"chicken soup for the soul" bersama tandatangan penduduk.
1 kad hari lahir "High School Musical" bersama tandatangan.
1 uncang teh lipton = sayang nak buat air. mahu simpan
1 chocmalt 3 in 1 = fuh. layan.
1 cereal spirulina = hijau nestum nestum hijau.
1 nesvita = sedap-sedap panas-panas.
1 nutra = sedap-sedap.
1 quaker Q vita = sayang kamu juga. siapa ni?
1 twiggies = dah makan dgn alvin.
1 nescafe 3 in 1 regular = nescafe. ohh.
1 nescafe 3 in 1 mild = nescafe lagi. ohh.
1 cadbury hot choc. drink = fuh
1 boh ice tea = sedap diminum sejuk-sejuk.
1 kopiko = sebiji je?
2 in-comix 3 in 1 = kopi. ohh.
2 milo fuze 3 in 1 = kegemaran ni.
1 al-rehab perfume = wangi. nyaman.
Ada tulisan pada sesetengah bungkusan. Ada yang menulis nama sekolah dan AIC ( asis islamic council ). Ada yang suruh "stay up". Ada yang menyatakan sayang. Ada yang menyatakan yang aku sudah besar. Macam-macam. Setiap satu barang-barang itu aku teliti. Sekali lagi aku hargai. Betapa syukur punya kawan seperti kamu. Secalit minyak wangi dari Arab Saudi aku sapukan pada urat hijau di lengan sebelum solat jumaat. Wangi menusuk. Aku terharu punya kawan seperti kamu..
------------------------------------------------------------
Tiada terucap di bibir,
Akan sayang pada kawan,
Tiada terbayang di hati,
Andai hidup tanpa kawan.
------------------------------------------------------------
penghargaan untuk kawan.
.inti.asis. sayang belaka .
8 mei 2009
13 jamadilawal 1430
*Al- Fatihah sempena umur bertambah.
10 comments:
sueray 1st x??
yippeee, celebration beshday fatah menarik sekali nampaknyer..
told ya it was a special day..
sume mende stop skejap nak wish fatah eppi beshday..
hee..
glad u had tonnes of fun..
kawanku sudah besar..
selamat hari jadi kawan..
terkilan.
hadiah aku xde dlm list.
:|
sueray - yes. you're the first.haha. tapi takdela sampai semua benda nak berhenti. kalau boleh berhenti, nak birthday hari-hari supaya semua berhenti hari-hari.bolehlah menikmati hari-hari dengan penuh nikmat. ape pun, thanks sueray.
pong-ye pong. 19 tahun bukan sikit. tahun depan mencecah 20. tiada lagi remaja. hmm. thanks pong. sayang kau. ;)
afe - weh, jangan terkilan pulak. ape hadiah aku lupa letak? seingat aku, semua sudah aku listkan kat situ. hmm. sorry afe.
haha.
bngkusan adiah itam puteh.
xde mass n x occupy space.
skdr visual.
nvm, cume aku yg mngada-ngada.
:P
wah, lama sudah berlalu befday kamo.
selamat hari jadi yg ke-19.
semoga panjang umor dan bertambah semuanya.
assalamualaikum rakanku..
-Selamat hari jadi diucapkan
-Moga umur bertambah panjang dan dimurahkan rezeki
-Semoga berjaya dalam kehidupan dan hidup dirahmati Allah SWT selama-lamanya....AMIN
ak org 2nd yg berjaya mnghantr msj(wish bday) kt ko. :P
slmt hari lahir. semoga sentiasa diberkati Allah.
~ mzmd
terima kasih semua.
sayang belaka.
;)
Post a Comment