Friday, June 26, 2009

Bila Tuhan Beri Sakit . . . Apa Kau Kata?

Pertama-tama sekali dan yang terawal,
sayangkan Tuhan mencapai keabadian,
sayangkan diri pula menahan sakit-sakitan,
sayangkan ibu dan ayah dan makcik tiada bersempadan,
sayang akan kawan, pasti berpanjangan.

-----------------------------------------------------------------

Bilamana ibarat deria kau ditarik satu satu,
Ditarik halus dan perlahan,
Ngilunya menyiat daging-daging bibir,
Apa kau kata?

Bilamana ibarat kepala kau berat seperti dililit bata padu,
Dililit kejap dan kemas simpul mati,
Hilang kawalan kau seperti kau pijak dunia tanpa kaki duamu,
Apa kau kata?

Apa kau kata?

Jangan, Jangan kau kata Tuhan itu kejam,
Jangan, Jangan kau salahkan Dia,
Jangan, Jangan sesekali berkata demikian,
Jangan, Jangan kau salahkan Dia.


Sebutlah namaNya,
Sebutlah namaNya,
Sebutlah namaNya,
Tolonglah,
Sebutlah namaNya.
---------------------------------------------------------



affah
1 sepuluh am.
bibir merekah dibelai lip balm.
ahh.

4 comments:

air effects said...

2:286

:)

Nabilah Farhana Yahya said...

salam.
betul tu..
sakit itu juge rezeki pemberian-Nya..
tyme sakit, kite igt Allah..
tp bukan mase sakit jer kne ingat Allah..
mase senang p0n kne ingat Dia yang Maha Kuasa.

aliaa said...

oh. semoga cepat sembuh.
sementara itu, ye, bertabahlah.
:)

Anonymous said...

nikmat dari Allah,
sakit pun dari Allah,
bila dapat nikmat kita syukur,
dapat musibah kita sabar..
itu tandanya kita beriman padaNYA,
kerana janjiNYA, setiap perkara pun ada hikmahnya..

~muhasabah~