Wednesday, June 03, 2009

horlicks ais satu. tosei dua.

Melihat dari sudut pandangan burung,
perjalanan seharian ini begitu berliku.
Bukan perjalananku, tapi perjalanan kita.

-------------------------------------------------

Sedang seronok-seronok kiai berserban hijau bercerita tentang Tuhan yang Agung, datang seorang 'guard' berbaju kuning, bertopi. Melayu Islam latarnya. Pintu surau diketuk, jemaah tidak dengar dan tidak berpaling. Dia meninggikan suara, memberi salam pula kali ini. Semua berpaling. Dia memberi arahan supaya mengurangkan tahap bunyi pembesar suara surau. Katanya buyi itu mengganggu. Kiai berserban hijau menutup suis mikrofon, terus bercakap dan bercakap tentang Tuhan yang Agung. Loghat Australianya membuatkan jemaah khusyuk menumpukan semua pancaindera. Gangguan makhluk bertopi tidak mematahkan semangat. Aku kadang-kadang malu sebagai Melayu. Malu kerana ada orang sebegitu. Parti ronggeng yang memecah sunyi hingga pagi tidak pula disuruh senyap. Mungkin jika cengkerik boleh berkata-kata, pasti akan dicerca juga makhluk sedemikian.

------------------------------------------------

Panas Nilai mencucuk hingga betul-betul dalam kepala. Peluh diseka. Jalan ke kedai makan di luar amat memeritkan kaki. Dalam khusyuk memikirkan tentang apa entah, terpaku melihat mat saleh berambut oren. Bukan kerana cantik, bukan kerana kacak, tapi kerana dia joging di tengah panas pukul 12 tengah hari. Aku kagum sedikit. Mungkin jika mentari boleh berkata-kata, pasti akan dia suka melihatnya.

------------------------------------------------

Minggu Penghayatan Islam ( Islamic awareness week ), berlangsung selama 4 hari. Bertujuan membangkitkan dan menyedarkan peri-pentingnya beragama dan mengetahui agama. Seronok-seronok bersembang sama kawan cina, seorang pemuda india dijerit dari belakang oleh seorang pemuda afghan. Pemuda afghan sedikit mengejar dan menyuruh pemuda india itu tuju padanya. Pemuda afghan sedikit marah, pemuda india minta maaf. Sungguh celaka bila dicabut poster-poster yang penat dipasang. Bodoh.

-----------------------------------------------

Andai burung di angkasa boleh bicara sama kita, mungkin banyak komen yang pasti dicerca kepada manusia. Perjalanan kita berliku. Sunguh tidak tipu.

Bila dipanggil Tuhan nanti, akan ditanya,
"Apakah sumbangan kau kepada agamaku?"


Punya jawapankah tika itu?

----------------------------------------------




-Sejenak bersama Horlicks ais dan tosei-

18 comments:

KIBA kline said...

woah..menarik..
besh la maseh ada peluang ke kelas kelas macam tue doe.
hehe

bdk flat said...

pergh...sampai begitu kat inti eh???

bersabarlah kmu mnjalankan usaha agama....

ALLAH sentiasa bersama org bersabar....

Afe Oth said...

pak guru dlm movie laskar pelangi ade ckp:

"hidup adalah utk memberi sebanyak-banyaknya,bkn utk menerima sebanyak-banyaknya."

Xack Saputra said...

-Wallahualam
-entah,mungkin ada,mungkin tiada sumbangan
-hanya Allah saja yang tahu :-)

Nabilah Farhana Yahya said...

astaghfirullahal 'azim....
nape lah diaorg sanggup buat mcm tu..isyk2...

Anonymous said...

bila manusia mula bertuhankan manusia,
bila manusia mula bertuhankan wang,
tuhan yang agung sanggup diketepikan,
tuhan yang agung sanggup diperlekehkan,
semata2 kerana 'tuhan' duniawi nya..

nastaghfirullah..
muhasabah, muhasabah, muhasabah..

~sentiasa mencari sinar hidayah di bumi Inti..

p/s: o fatah, biarlah aku tone deaf, asalkan aku tak deaf dr peringatanNya..
huhu..

PuteriBonda Anis said...

salam

"apakah sumbangan kau kepada agamaKu?"

ringkas soalan
rumit jawapan
terfikir iman
apa yg telah kulakukan demi agama Tuhan?

hati merintih
air mata menitis
cukupkah sekadar kita merasa
betapa besarnya nikmat Tuhan?

orang lain bagaimana..
terasa juga?

sekecil usaha
walau sebesar kuman cuma
kalaupun baik
sama2 istiqomah
sama2 sebarkan

kalaupun kita enggan
dan tidak mahu mengamalkan islam
dengarilah
islam tetap akan naik satu hari nanti
walau kita tidak mahu sama2 berbakti

akhirul kalam
terserah pada diri
apa cara sumbgn kita pd Ilahi
demi menegakkan agamaNya yang suci

sama2 muhasabah diri

AnaMuslimah~ said...

tu ar..
ptt ko bg tazkirah kt uncle guard tu..hehe~sarcastic skit ngan die :P
dissapointed...:(
nape x ajk muslimat join week ni..
btw,best ar sume boards n pamphlets..*women in silam*bace2~
syukran jazilan tu ajk..byk input..
p/s:ko ajk ke??hehe~xpe la..sbb ko post psal bnda ni..aku pn credit la kt ko!!gratzzz!!!

Tini Gishamsuddin said...

xfhm la ngan mereka2 nih..
kenapa nk dicabut poster2 kami??
mse korg berparty, ad ke kitorg cabut plug sound box korg?!!
hah?!!

kalo ye nk lwn, pasang la poster korg byk2, lwn poster kami..mcm kitorg pasang speaker azan lawan muzik korg!bkn bertindak pengecut mcm tuh!geramnye!

ya Allah! kuatkan lah hati kami..
sabar2...

Anonymous said...

Pegangan yg sama..
Keturunan yang sama....

Lain pada akhlaknya
Lain pada persepsinya...

Kerana tugas....
Agama diketepikan...

Kerana ape...
Kita kena tahu...

fatah85 said...

kiba - laa. bukan kelas lah. tazkirah kat surau je. seronok2.

bdk flat - inti memang macam ni. penuh dengan benda entah apa apa. InsyaALLAH akan sabar. sabar itu yang terbaik.

afe - pakguru lasykar pelangi pulak dah. ada cerita tu? nak try tgk jugak. ada ? mahu. ;)

saputra - sendiri kena tahu juga. hidup atas bumi sendiri punya usaha. kuat usaha, kuatlah hasilnya. tak gitu? ;)

bell - mereka tak tahu dan mereka keliru. tanggungjawab kita utk "sembang2" dgn mereka. ;)

amie - tuhan baru manusia urban = dunia harta nafsu. hmm. betul2. nasib baik kau tone deaf je. nasib baik. ohh.

nisa - betul belaka ayat2 kau. aku sokong 100%. kena muhasabah sokmo kita ni.islam pasti naik, tanggungjawabnya di pundak kita. kita. bukan org lain. kita.

ana muslimah - pak guard tu keliru mungkin. mungkin dia pun fikir macam kafir fikir.mungkin. entah apa2 pak guard tu. pasal islamic awareness week tu, geng2 black yg pegang. aku cuma ajk untuk topik "islam and science". credit tu apa ek? gratzz. hehe. macam2.

tini - haha. mereka keliru+tak faham+cemburu+gelabah. sabar tini sabar. takyah sampai cabut plug sound box. tak jadi joget nanti mereka. kita tunjuk jalan lurus, orang tak mahu terima, itu hal mereka. yg penting, tugas dan tanggungjawab kita settle. ok. ;) sabar2.

anonymous - haa. betul ayat2 kamu. kita kena tahu. kamu tahu?

Afe Oth said...

ada.
anytime.

skrg? :)

air effects said...

ak terketuk seketika.
punya jawapankah ak.
mari buka mata semua dgn apa cara sekali pun.
yg kechil itu kdg2 berharga.

kita sebar saja.ada pulak kita salah beritahu mereka pasal breast cancer?dia mhu terima ambil.dia tak mahu.cuba lagi.=)

jgnpernahputusasa!

Unknown said...

hie fatah.

korang buat ape utk islam awareness week?

korang patut ajak budak perempuan sekali. dulu bende ni diketahui budak laki je.or maybe just not me.huhu

fatah85 said...

afe - terima kasihi. cerita sedih. boleh nangis oo.

syazana - hmm. betul2. buka mata luas2.cari jawapan, cari persoalan. ehh. apa pasal breast cancer pulak? tak paham.

beb ment00t - hai. macam2 ada. sama macam tahun lepas mungkin. hmm. setahu aku, dah ada budak perempuan yg tahu. masa kiteorang meeting ngan black kat surau, time tu perempuan ada usrah. so, ada yg dah tahu. yg tak tahu tu tak tahulah nak beritahu camner. masa kamu dulu camner?

apa2 pun, islamic awareness week sedikit sebanyak berjaya merungkai ketidakfahaman bukan islam terhadap islam. ;)

air effects said...

sebarkn info psl islam nih cm sebarkan info pasal breast cancer lah.

rawat yg sakit.
cegah yg sihat.

x fhm kalau fikir lagi.=)

sofiya said...

dulu diorang tampal poster2, menerangkan islam dan isu2 yg selalu disalahfaham. pastu diorang ade edarkan pamphlet jugak. stuff like that la. dulu mule2 kitorang masuk, me n my friends nak je join tp persatuan tuh x dpt dijumpe.hoho

keep the enthusiasm :D

fatah85 said...

syazana - ohh. mungkin faham sikit. ;)

sofiya/beb mentoot - ohh. sama je. ada jual2 buku dgn cd2 pulak. seronok. thanks ya. ;)