Thursday, July 09, 2009

BANGSA KINI BUKAN BANGSA ANAKRONISME.



Bangsa kini bukan kepalanya masih terlilit tulah sakti,
Bangsa kini jiwanya mahu fikir lebih kepada perkara abadi,
Bangsa kini mahu suara pekik hilainya didengar sampai ke singgahsana tertinggi.

Buka jendela masa wahai bangsa,
Jenguk sekeliling yang makin meronta,
Tegur apa yang lalu,
Sedarkan jiwa-jiwa lesu seteru,
Basuh yang celaru dan berbau,
Biar hilang telingkah yang buat lompong.

Dongak awan masa wahai bangsa,
Lihat hitam-hitam tompok berarak laju,
Tolak ia ketepi,
Ganti dengan mentari,
Biar awan terus lazuardi,
Jangan biar ia pekat dengan ludah sendiri.

Bangsa kini bukan bangsa anakronisme,
Bangsa kini bukan bukan bangsa anakronisme.

---------------------------------------------------------------

*anakronisme - ketinggalan zaman.

--------------------------------------------------------------

merujuk kepada PPSMI, tahniah kerana akan dimansuh. untuk belajar bahasa, bukan pada istilah saintifiknya, tapi pada istilah bahasa sasteranya. untuk membuat satu perkara, lihat pada seluruh isinya, bukan hanya apa yang nampak di mata.

----------------------------------------------------------------


Ini petang ujian kalkulus.
Kepada yang ambil, harap maklum dengan Pertolongan Tuhan.
Moga berjaya belaka.


affah
9julai09.

6 comments:

Syafiq Afifi said...

scroll2 main pac man

mr kay said...

sasterawan..

Anonymous said...

belajar sains & matematik dalam bahasa inggeris bukan untuk belajar bahasa, tapi belajar isinya.

sains & matematik bukan bahasa tapi ilmu. bukan ilmu yg kita sendiri teroka, tapi orang lain dah lama kaji dan jumpa.

kalau kita sayangkan bangsa, kenapa perlu dihalang bangsa nak menuntut ilmu, mentelaah, meneroka dunia?

sedangkan sewaktu islam arab nak maju, mereka belajar bahasa yunani dan greek dahulu. sedangkan sewaktu eropah nak maju, mereka belajar bahasa arab dahulu. sedangkan sewaktu jepun nak maju, mereka belajar bahasa inggeris dahulu.

kita? bukankah sebelum empayar melaka kembang maju, kita belajar bahasa arab dahulu? tak berapa lama kemudian, bukankah bahasa melayu jadi lingua franca nusantara?

banyak persoalan, adakah kita sayangkan bahasa melayu, atau anti bahasa inggeris? kalau bahasa arab jadi bahasa dunia, dan sains dan mat diajar dalam bahasa tersebut, adakah kita akan membantah juga?

adakah kita tak sedar yang kita masih bertatih belum sempat nak berjalan, lagikan berlari? atau adakah kita perasantan?

benar, kasihan pada anak bangsa. kasihan pada pencinta bahasa. tapi bukankah pepatah melayu dah kata, biar kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian?

dunia kita luas, bukan hanya bangsa kita, bukan hanya malaysia. dunia ini dunia.

kita harus sayang pada bangsa. dan kita juga harus sayang pada bahasa kerana bahasa melambangkan bangsa. tapi bolehkan kita sayangkan bahasa melebihi bangsa?

http://abebedorespgondufo.blogs.sapo.pt/ said...

Good

fatah85 said...

untuk belajar bahasa, belajar pada sasteranya, bukan pada istilah saintifiknya. untuk buat sesuatu dasar, keseluruhan perlu dilihat.

masihkah kau tidak nampak ? kalau kau budak yang dilahirkan di bandar dan hidup di bandar dan makan di bandar dan bermain di bandar, kau tidak boleh bercakap tentang "keseluruhan".. salah jika kau kata jepun belajar bahasa inggeris. salah sama sekali. cuba kau lihat jerman, perancis, dan negara2 maju, kau akan lihat, bahasa inggeris cuma diajar bila kau berada di peringkat sekolah tinggi. cuba lah faham, cubalah kau lihat pejuang bahasa, mereka bukan anti inggeris, mereka cuma mendaulatkan bahasa. kau bercakap tentang pepatah, tidak pernah kau dengar bahasa jiwa bangsa? kalau bercakap tentang istilah sains dan matematik di dalam kelas dan diluar kelas seratus peratus berbahasa melayu, bila nak menjadi? untuk mengajar dalam bahasa inggeris, kau perlukan guru yg pakar dalam mengajar, guru yg pakar dalam menyampaikan, guru yg pakar dalam memahamkan. 3 jenis guru ini wajib ada. kalau setakat guru yg sekadar pandai berbahasa inggeris dan tidak pandai menyampaikan ilmu dalam bahasa inggeris, wajarlah PPSMI dibubar kerana ramai yang tersiksa dari yg bahagia. kenapa orang protes? kerana mereka berfikir panjang tentang bahasa. mereka fikir panjang tentang bangsa. mereka tidak hanya fikir pada sesetengah yang beruntung dan mereka tidak meninggalkan setengah lagi yang tidak berapa beruntung. harap kau sedar, harap kau celik betapa rugi nanti jika anak2 kecil tidak tahu berpetah dalam bahasa melayu kerana sedari kecil sudah diajar bahasa inggeris.

Anonymous said...

En Abdul Fatah,

1. siapa kata jepun x belajar bahasa inggeris? sampai kini orang menggelar jepun sebagai negara peniru. tidakkah anda tahu, bagaimana jepun kembangkan teknologi mereka? dari siapa mereka belajar? bagaimana mereka belajar? adakah mereka belajar dalam bahasa jepun? apa yg mereka hebat? mereka hebat mginovasi, itu yg di'jepun'kan.

2. jerman, perancis, dan NEGARA2 MAJU: siapalah kita nak dibandingkan dengan mereka? perkembangan teknologi millenium bermula dengan mereka. teknologi automotif, sivil, binaan dimajukan oleh mereka. mereka memang tidak perlu berbahasa inggeris, krn negara mrk sudah kukuh. ilmu2 sains dkembangkan rakyat sndiri, rakyat mrk matang, gigih berusaha sendiri.

3. bahasa berdaulat terbentuk dari apa? dengan menolak pelajaran2, yg diajar dlm bahasa asing? atau bahasa berdaulat apabila bahasa itu sendiri hebat dari setiap segi? penutur? anda sendiri yang mengaku bahawa produk2 PPSMI kini pun di luar kelas x brbahasa melayu, jd apa perlu dirisaukan? apabila anak2 blajar sains dan mat dlm bi, kita x harapkn mrk brtutur dlm bahasa inggeris, kita hrpkn mereka faham konteks ilmu itu secara mendalam krn belajar dari bahasa asalnya.

4. kita perlukan guru yg pakar dalam mengajar, guru yg pakar dalam menyampaikan, guru yg pakar dalam memahamkan. jd, inilah yg perlu diusahakan. kalau diajar dlm bahasa melayu pun guru2 ini dperlukan.

5. benar, plaksanaan PPSMI skrg, x mmuaskan. ramai anak2 ktinggalan, guru2 kurang cekap dan kurang brpengalaman, dan sbgnya. tp bukankan ini perkara logik sbnrnya? adakah kita inginkn perkara mnjadi sempurna dlm sekelip mata? kalau PPSM dlm bahasa melayu pun, perkara2 ini terjadi juga. nak salahkan siapa? pelaksanaan atau dasar itu sendiri?

6. kalau benar nak bahasa melayu hebat di dunia, perkukuhkan dahulu hukum2 tatabahasa. kalau nak hebatkan bahasa melayu, terjemahkan buku2 sains dan ilmiah dlm bahasa melayu. terjemahkan buku2 sastera asing dlm bahasa melayu. sehingga kini, pelajar dan pensyarah, kalau perlukan rujukan utama, masih lagi perlukan buku luar negara. kalau nak hebatkn lg bahasa melayu, tingkatkn pemahaman dan penghayatan sastera melayu dlm diri anak2. kalau nk hebatkn lg bahasa melayu, wajibkn ujian pertuturan dlm kalangan pelajar, bukan hy dgn tulisan.

jgn hy memprotes, mengenang nasib bahasa dan bangsa pd masa depan. jgn meratap terlalu awal. mulut bergerak, tangan bergerak.