Sunday, July 05, 2009

Malam Seni Rakyat. [2].



4 Julai 2009
Berkeretakan syazwan.
Bertempat di dewan cempaka, kajang.

Antara sebuah kemahuan dan minat, tiada satu aral yang dapat menghalang kecuali kuasa Tuhan. Maka dengan itu, tergerak hati untuk ketemu sama Pyanhabib, Pak Samad dan lain-lain. Kajang panas dengan puisi sinis. Biar terang itu langit bagi buka mata si pemimpin catakserukin ( cakap tak serupa bikin ). Siapa? Entah.


rahmat haron


bayangnya

Anak-anak kecil, baya darjah satu dan kurang dari itu, terlopong melihat Rahmat Haron. Bukan yang kecil-kecil sahaja, yang tua mencapai umur penghabisan juga terlopong. Gaya rambut, gaya pakai, gaya jalan, memberikan ekspresi awal kepada penonton Malam Seni Rakyat. Selipar jepun bertali biru, berseluar jeans lusuh, berambut 'dreadlock' sekerat badan. Apa kau fikir? Sajaknya panjang. Mengkhayalakan. Jauh dibawa aku dan penonton lain ke tengah jalan selirat dengan kenderaan. Sesak.


Nik, meor, black, pengerusi majlis, rahmat haron menyanyikan lagu "tragedi memali".


Ajim, wafi, meor, mei chern.

Meor petik gitar. Black petik gitar. Nik petik gitar. Mei Chern petik gitar. Lagu-lagu lirik rakyat. Bukan lirik cinta sama arjuna, bukan lirik putus sama kekasih, bukan lirik cintan, bukan lirik jiwang, bukan lirik leleh, bukan lirik hitam, tapi lirik kesedaran. Lirik golongan-golongan pemikir. Lirik golongan-golongan yang jiwanya mahu bebas dari kuku besi. Kagum.


pyanhabib


hishamuddin rais

Pyanhabib, Pak Samad, Hishamuddin Rais ( tukartiub ). Layan sajak sama jenaka Tukartiub depan mata. Kah kah kah. Pyanhabib bertenaga dalam dahaga. Mendengar sajaknya buat kali kedua selepas malam puisi utusan minggu-minggu yang lepas. Masih berbisa, kejap terasa. Dahaga. Aku kagum buat kali kedua melihat pyan. YB cikgu Lee (adun kajang) juga bersajak. Ideanya dari janggut putih dan rambut panjang pak samad. Bunyi kelakar. Maksudnya mendalam. Pak samad dengan "pemimpin catakserukin"nya dan "peludah bahasa". Dalam. Sampai ke teras. Jauh. Pak samad bercerita sedikit tentang PPSMI. Di mana halanya? Dia dengar cerita, PPSMI akan mansuh. Tapi itu cuma cerita yang didengar katanya. Entahkan benar entahkan tidak. Bila ramai menepuk, aku lihat tangannya menyapu matanya. Manakan tidak, harta perjuangannya dari tahun 52 sudah diperkosa sama bangsa sama bangsa.."JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA".




fokus pada budak kecil bertinggung.


pak samad bersama YB cikgu lee.

--------------------------------------------------------------------------


Terang Bulan.
Nik.


terang bulan bersatu dalam hijaunya langit,
harum kesucianmu,
dicemar penyalahgunaan kuasa,
aku bukanlah tuhan mutlak yg paling muktamad,
DIA sesungguhnya tahu,

agama sudah dijual ketangan-tangan jahanam,
agama hanya menjadi pekakas,
jual beli laba niaga,

pembunuhan demi pembunuhan,
memutarbalikkan fakta,
yang selalu mereka dengungkan,
haruskah kita hanya diam,

marilah kita bertindak balas,
bereaksi atas keadaan,
yang mendesak penciptaan,
meninjau-ninjau sekeliling,
dan benarlah pohon yg berzikir....

--------------------------------------------------------------

habis semua,
usai belaka,
dewan masih panas,
sepanas sate kajang,
sepanas enjin-enjin kereta dan motor warga,
sepanas semangat gergasi bukan ilusi,
angin malam meniup semangat-semangat ke ceruk-ceruk pelusuk,
terus ke kepala-kepala dan akal-akal fakir yang memikir,
hakikat sebuah penciptaan untuk mencari kebenaran,
itu yang sebenarnya realiti kehidupan..

affah.
kajang.
4julai09.


---------------------------------------------------------------

8 comments:

Afe Oth said...

puas hati sang peminat.

fatah85 said...

fuh. puas. tambah makan sate kajang. puas. fuh. puas. jumpa tukar tiub. puas. pyanhabib. puas. dengar sajak2 sinis. puas. minat?

lefty said...

ceh. ckp x g. pastu g.

fatah85 said...

maaf la harith. wan tetiba pulak nak pergi. tanpa dirancang.

Afe Oth said...

tukartiub, pyanhabib.
aish, xpernah tahu.
tak tak suka.
tapi tak sebesar minat ko.
tak sebesar minat budak kecik bertinggung tuh.

sate kajang?
MINAT.

fatah85 said...

haha. budak bertinggung tu minat gila tengok pak samad. salam cium tangan. peluk2. fuh. jadi sasterawan besar nanti.

sate minat pulak. ceh. tanker. ;)

Afe Oth said...

berani budak tuh.
kalo aku maseh kecik, aku takut tgk jambang puteh mengurai pak samad.


haha.

:P
*tawla ko da kurus.

fatah85 said...

esh2. jambang pun takut. tak rasional. dah sihat. dah gemuk. ;)