1
Aku pandang lalang dari bawah,
Aku lihat liang stomanya berlinang embun,
Aku cuba gapai satu titik,
Rupanya nektar dari kemboja merah jambu,
Bawaan seekor lebah madu..
Baginya, inilah kali pertama dia disumpah menjadi mini oleh pari-pari yang sayapnya berwarna krim yang bertanggungjawab dalam menguruskan soal saiz-saiz manusia. Saiz mini bukan kepalangnya membuatkan dirinya sedikit tidak selesa dan berasa sedikit edan. Apatah lagi dengan alam sarwajagat sekeliling yang besar-besar seperti raksasa dalam cerita-cerita kartun. Khasnya kartun ultraman taro. Semut pada matanya sekarang ibarat sebuah airbus yang berkaki. Lipas lagilah, seperti jet-jet angkasa hitam buatan syarikat Nasa sdn.bhd. Manusia usah dikata. Jika dilihat dari bawah, nampak gah seperti satu jasad pencorak langit maha tingginya. Empat hari pertama sumpahan mininya, dia hanya ternganga. Berjalan ternganga, tidur ternganga, kencing ternganga, makan ternganga, semua ternganga. Tiada yang terkatup. Yang terkatup cuma mata yang selalu terkedip-kedip kebingungan. Bingung. Rasa hilang dalam alam.
Cukup seminggu. Makannya cuma sisa-sisa biskut di dapur. Sisa-sisa sudah cukup memenuhkan perut. Sisa biskut yang paling kerap dimakannya ialah sisa biskut iko. Cukup berserat dan berkhasiat. Sedap usah dikata. Untuk minum, dia terpaksa berjalan ke luar untuk mencari punca air bersih. Selalunya, dia menunggu siraman pohon-pohon bunga dari tuan rumah. Air pada daun-daun yang menitis cukup untuk dijadikan air mandian dan air minuman. Sejuk. Sejuknya lain terasa seperti sejuk-sejuk paip air sebelum ini. Sebelum ini alias semasa dia gergasi. Mandinya juga makin kerap kerana waktu pagi dia bermandikan embun, tengah hari, dia bermandikan siraman pohon, dan petang dia bermandikan kolam-kolam air pada alas-alas pasu bunga. Senang kata, hidupnya sedikit teratur sejak dia menjadi mini.
Satu malam, semasa dia baring-baring bawah pohon dandelion, dia memandang bintang-bintang yang tergantung di gelap angkasa. Sekali-sekala, ada yang berkelip-kelip. Jauh dan cantik. Dalam banyak-banyak bintang yang berkelipan, dia nampak satu bintang yang kelihatan sungguh janggal. Sungguh janggal. Sumpah atas nama Tuhan, bintang yang satu ini sungguh janggal. Kenapa ya? Kerana, bintang itu berlipstik. Lipstiknya warna kirmizi. Usahlah aku terangkan kirmizi itu apa kerana ia cuma satu warna. Serius. Bintang itu berlipstik. Sumpah lagi. Dia yang terbaring kepelikkan menggenyeh matanya kasar-kasar untuk memastikan yang bintang itu berlipstik. Benarlah, dia tidak mimpi tidak mati, bintang itu berlipstik. Tuhan Maha Kaya. Kelihatan lagi, bintang itu seperti berbisik sesuatu..
Dia bangun. Dia cabut satu bunga dandelion. Ringan tapi berdebu. Cukup untuk membuatnya bersin-bersin. Dengan sekuat tenaga, dia mengheret dandelion itu ke tepian jalan. Dia panjat dan duduk di atas dandelion lalu datanglah lori maha besar gergasi saiznya beredar melepasi rumah. Angin dari lori menerbangkan dandelion dan dia. Terbang jauh bersama dia dan dandelion dan kunjunglah tiba dia di hadapan bintang berlipstik kirmizi itu. Jelas nampak lipstiknya itu. Jelas seperti punya butir-butir megapiksel yang paling tinggi jumlahnya. Cantik dan indah. Belum sempat dia membuka mulut melunaskan bicara dan kata tanya, bintang terlebih dahulu memperkenalkan diri..
*
Hai.
Saya bintang. Saya nampak awak dari atas.
Saya tahu awak bukan orang biasa. Boleh berkenalan?
Hai.
Saya biasa saja. Cuma disumpah menjadi mini.
Berkenalan tiada masalah. Tapi awak sangat gergasi bagi saya.
Boleh saya tanya sesuatu?
Ohh.
Tidak mengapa akan saiz.
Saya tidak kisah akan keminian awak dan kegergasian saya.
Boleh. Tanya apa?
Hm.
Mengapa awak berlipstik?
Ohh.
Saja-saja. Saya nak suruh awak nampak saya dari bawah.
Saya nak jadi bintang yang dapat dilihat oleh orang seperti awak.
Seperti saya?
Iyalah.
*
Bicara antara dia yang mini dan bintang gergasi berlipstik kirmizi berlarutan sehingga mentari muncul. Bintang terpaksa pergi. Sebelum pergi, dia sempat bertanyakan bintang satu soalan,
“ Bintang, mengapa saya yang awak mahu kenali ? ”.
Bintang tersipu dan berkata,
“ Kerana awak sajalah yang bersaiz mini “.
Terus bintang berlipstik kirmizi laju-laju pergi takut dimarahi mentari dan dia pun berbekalkan angin pagi, terus terbang kembali ke bawah. Dia tak mahu terlepas mandi embun pagi ini. Selepas mandi, dia ingin petik dandelion banyak-banyak untuk terbang lagi pada malam nanti dan dia berdoa pada Tuhan agar pari-pari mengekalkan saiz mininya ini.
*Tamat*
9 comments:
aku cuba mencerna.
boleh tanya,
apa di sebalik si mini dan bintang berlipstik kirmizi itu?
nak pakai lipstik la.
nnti org nampak saya.
;D
haha
nice bro.
lupa suda dya pd dunianya masa normal.
masa sblm dsumpah.
sedap.
tp nk ty gak, kirmizi tuh kaler ape?
lala.
xfaham relevannya.
atau maksud tersiratnya.
tapi. aku sukalah.
:)
handhalah - ;) lain orang, lain rasa maknanya. cuba cerna ikut rasa dalam hati. mungkin dapat. ;) takpun, cuba jadi mini dan cuba berkawan dengan bintang gergasi. dapat idea?
kiba - bagus.dari sekolah dulu lagi aku nak pakai lipstik, tapi, nanti, apa kata warden. tak gitu. haha.
afe - haha. dia tak lupa. cuma dia nak lanjutkan masa jadi mini. dia suka jadi mini sebab dia boleh kawan dengan bintang lipstik kirmizi gergasi. ;) lalalalok.
aliaadalila - cuba letak diri jadi mini, pandang bintang gergasi. insyaAllah faham. ;) suka? aku terharu. heh. ;)
afe - eh lupa nak bagitau, kirmizi warna merah tua. ;) nama warna tu seronok disebut. tu yang letak 'kirmizi' tu. lala..
oooh...
si mini memandang bintang gergasi.
hrmm..
mungkin faham sedikit.
lagi suka lah.
:D
;)
kalau faham, tahniah.
heh. lagi suka. ohhyeah.
Syukran fatah.ak dah dpt maksud d sblk itu.
Teruskan menulis sbgini.ak akn jd pembc setia.
Post a Comment