(untuk Maryam)
3
Urut-urut betisnya, bagai servis mesin masa sang Nobita. Aku ditarik medium-medium masa yang vakum dan kompak. Sesak tidak bernafas buat beberapa saat. Beberapa saat yang mampu mengalirkan bendalir dari mata. Bendalir asin, jernih.
Celahan mata, celahan bibir, celahan pipi, celahan dahi, semua bercerita tentang masa. Masa lampau yang aku bukan Nobita berkaca mata bulat berambut kemas untuk kembali kepadanya. Masa lampau yang menghidupkannya menjadi satu jasad yang menghidupkan jasad-jasad yang lain.
Cukup serak suaranya, cukup membawa aku sedar kembali. Cukup menyedarkan aku, yang aku bukan Nobita untuk kembali melihat masa lampau yang bermakna. Di balik celahan masa, aku seka air mata.
*tamat*
6 comments:
fatah,
kau bersedih?
nobita pentingkan diri sendiri.
tapi di akhir cerita,
nobita akan peroleh akibat & pengajaran buat dirinya.
haha okay aku dh out of topic ni wuwuwuwu.
:p
tp nobita tak punya maryam mcm kau.
mcm aku.
oh. :D
Salam,
Kau bukan Nobita. Benar. Kerana kau adalah manusia. Yang boleh saja melihat masa dulu,masa kini dan masa depan. Semuanya dengan kekuatan imaginasi (al wahmu) yang TUHAN kurniakan untuk kita semua sebagai manusia. Hanya saja insan enggan menggunakannya atau salah menggunakannya.
Sekarang kau sudah mampu membaca Quran. Sedangkan Nobita masih di alam kartun.
Ingat Nabi. Ingat Fatah. Gabungkan dua ingatan ini dalam imaginasi mu. Bayangkan Fatah berwatak seperti Nabi. Bayangkan. Ciptakan, di alam nyata.
Fatah telahpun melihat masa lalunya melalui ingatannya.
Fatah juga telah melihat masa lalu seorang Nabi yang amat disanjunginya.
Fatah sedang melihat dirinya di masakini.
Fatah sedang melihat masa hadapannya sebagai Fatah yang berwatak dan berakhlak seperti Nabi .
Fatah sedang membayangkan. fatah sedang mencipta masa depannya...dengan bantuan dan hidayah ILAHI.
Fatah bukan Nobita. Dan aku takkan biarkan Fatah yang aku kenal menjadi Nobita.
Fatah adalah ummat Nabiku. Fatah akan membuka pintu syurga buat ayahanda bondanya dan pintu syurga kejayaan bangsanya. Kerana Fatah berasal dari kalimah Al-Fatihah.
Salawat
aishah - tidak sedih. tidak2. haha. takpe2. tak lari tajuk kalau baca post aku. setiap orang ada persepsi sendiri. ;)
afe - ceh. afelena, kau cari gadoh ke?
qisti - takbir. insyaAllah. ;)
terima kasih. aku suka komen kau.
fatah: woeh, aku ckp baekbaek tuh. huh huh la ko. :|
jom cari jom.
huh. straight face untukku. haha. jom cari jom. mana mau cari? takde sebab nak cari. hahahaha.
Post a Comment