8
Maka manusia yang kaya-kaya seperti kebanyakan *bos-bos, along-along, taukey-taukey dan bisnesman-bisnesman akan menyewa billion-bilion bidang langit atas langit. Mereka akan tinggal di sana dan jadikan bumi yang bertanah sebagai tempat buang sampah dan najis. Hampir terlupa, mereka tidak akan lupa tanah-tanah najis ini. Mereka akan beli semua dan sewa dengan harga mahal. Kalau boleh, manusia yang kaya-kaya seperti kebanyakan dalam contoh akan buang orang-orang miskin di horizon lain. Mereka mahu orang miskin hilang dari lensa mereka. Mereka mahu hapus makna miskin dan hina. Merekalah kuat. Merekalah Tuhan kerana mereka di langit dan di tingkat teratas.
Akan terbina lagi istana maharaja maha agam, kilang-kilang perusahaan kuli dan bangunan-bangunan batu pencakar atas langit. Mereka kaya dan punya ongkos yang banyak. Mereka berhak. Mereka kata begitulah. Mereka hidup selesa kerana yang tidak mampu tidak akan dapat ke langit. Tiada demonstrasi dan perarakan dari manusia yang tidak tidak berpuas hati. Mereka aman dibuai gumpalan gemawan lembut putih mulus. Mereka aman dengan musik-musik harmoni angin dan musik dari harp bidadari-bidadari jauh nun di atas.
Tapi, jikalaulah pada suatu hari, geran itu terlucut dan jatuh ke tanah bumi yang penuh najis, mereka pasti mahu turun ambil tetapi takut akan zombi-zombi yang padahalnya manusia berkeliaran mencari siapa pemimpin mereka. Mereka takut zombi-zombi alias rakyat akan tahu yang merekalah dalang atas nyawa, mereka takut mereka tidak dapat naik kembali ke langit kerana dibakar zombi-zombi alias rakyat. Apa boleh buat, mereka terpaksa juga turun walaupun takut untuk sekeping geran langit.
Adalah satu cerita akan seorang *menteri yang terjatuh gerannya semasa mahu menyimpannya di dalam laci. Dia cuba kejar dengan penuh kelajuan cahaya. Tapi graviti memihak kepada zombi. Geran itu jatuh betul-betul di dalam kotak cadangan di sebuah surau. Dia tuju ke surau. Masa itu, zombi-zombi sedang khusyuk berzikir pada Tuhan. Mereka tidak perasan yang menteri itu sudah di surau. Diam-diam menteri menyeluk kotak cadangan untuk mencari geran. Mereka masih tidak perasan kerana khusyuk menyembah Tuhan. Ahha. Menteri sikit gembira kerana pada taakulannya, dia sudah menggapai geran dalam kotak cadangan. Dia buka lipatan untuk memastikan itu gerannya, tetapi, itu kotak cadangan yang penuh dengan cadangan dan kertas yang diambil itu tercatit satu cadangan yang terkandung namanya. Kertas itu berbunyi,
“Saya mencadangkan pada Tuhan agar menteri ***** ditarik nyawanya sekarang tanpa tangguh-tangguh lagi.”
Menteri itu terkedu, melutut. Sampai begitu benci zombi padanya hingga mahukan dia mati. Dia melutut, menangis dengan melodi syahdu. TIada bunyi harp dari bidadari lagi. Dia cuba ikut zikir-zikir puji Tuhan. Dia buka kot hitamnya, dia baling keluar surau. Dia berpagoda pitih dan terus merangkak-rangkak mengikut zikir-zikir. Sampailah hingga akhir solat fardhu malam itu, zombi-zombi alias rakyat masih tidak perasan yang dia menteri. Keluar dari surau, dia pandang langit. Langit tampak hitam dari bawah kerana pembangunan di atas membunuh sikitpun ruang atmosfera untuk cahaya menerobos ke tanah. Dia pandang tanah. Lembab dan tidak kering seperti dahulu. Dia pandang zombi alias rakyat dan dalam hatinya terdetik untuk bertanya, “Siapakah pemimpin yang kamu paling dan maha benci.?” Tetapi, kerana tiada kesanggupan untuk menerima jawapan, dia terus berjalan berpagoda seiring dengan zombi-zombi untuk ke kedai kopi. Dia mahu minum kopi tanpa susu. Sudah lama dia tidak merasa pahit.
Kebarangkaliannya, jika geran langit dipindah milik atas nama manusia, maka akan ramailah *bos-bos, along-along, taukey-taukey dan bisnesman-bisnesman mati bunuh diri kerana malu jadi manusia. Kalau jadi manusia pun, mereka lupa rasa pahit dan jadilah mereka cacat deria untuk abadi. Abadi selamanya.
*tamat*
5 comments:
sadis.
tapi benar.
kembali ke pangkal jalan,
sebelum terlambat.
*haih.
apa yg aku merepek ni?
haha :"D
btw, nice one ( ;
aku suke..
benar,aku suka..
kalaulah wujud sbgitu rupa..
alahai..
heeeeee :D
terang dan jelas.
another good one ;)
tak faham.
moga memberi manfaat kpd manusia pembaca.
aishah - betul. kali ni kau tak lari tajuk. ada la sikit sentuh tentang topik. hahaha. nice. thanks. sekadar taip ikut suka2 jari menari. ;)
ye - apa kau suka? geran langit? haha. heeeeeeeeeeeeeeeee. "hantu 'ye' mengilai."
alia - terang dan nyata dan jelas. ;)
anonymous - cuba baca slow2, pelan2. gerenti faham. ni tak susah faham, cuma panjang sikit je. ok. teruskan membaca slow2 dan pelan2. jangan laju2. ;)
Post a Comment