Thursday, September 24, 2009

Doll dan Woody ( 1 )

15



Dia seorang Doll berambut paras bahu. Hatinya dan badannya dari kain perca yang dikutip dari lebihan kain alas meja, lebihan kain baju raya, lebihan kain satin mahal dan renda-renda langsir tahun baru cina. Maknanya, hatinya dan badannya punya banyak asal dan punya banyak warna.

Walaupun hatinya kain, tapi, hatinya mampu menyerap perasaan. Sudah sifat kain untuk menyerap, begitulah juga hatinya.

Satu hari, Doll berambut paras bahu ketemu sama Woody watak Toy's Story. Doll semacam berminat dengan Woody kerana dari fikirannya, Woody ialah seorang koboi bertopi dan berbaju kotak-kotak yang kool dan berani.

Tentang Woody, dia tidak punya hati walaupun dari luar, jasadnya seperti sherif berpistol. Dalam badannya cuma kekabu kapas lembut. Itu sebab utama Woody cepat terasa dan putus asa. Tidak seperti Doll yang tabah dan waja.

Dan pada akhiran cerita, Woody dan Doll menjadi pasangan bahagia. Kerana, Woody telah membelah dadanya, dan Doll menyumbat sedikit hati dari kain percanya. Kini, mereka seimbang. Doll punya perasaan dan cepat terasa. Woody punya perasaan dan cepat merasa.

Mereka cuba hidup dan satu hari, Doll doa pada Tuhan Pencipta manusia, agar dijadikan mereka berjasad seperti manusia. Dan kini, inilah, mereka cuba menjadi dua manusia yang jujur dan telus. Doa Doll makbul.


*tamat




-----------------------------------------------------------------

12 comments:

Afe Oth said...

alahaaii..

AISA. said...

huuu?
mr. potato hensem!
HAHA.
>___<

eh kenapa woody lah?

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

doll itu siapa?
woody itu siapa?

sila jawab..
kamu atau orang di sekeliling kamu?

fatah85 said...

afe - alalahaii.

aishah - haha. mrpotato mudah tercabut hidung, mata telinga. woody hensem. cool. ada kawan nama buzz lightyear. ;)

handhalah - woody tu semestinya saya yg cool. kah kah akh. dan doll tu member woody dalam citer toys story. yg pakai topi pink ngan blouse kembang. ;)

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

Buzzlight year itu saya lah..

Terbang sambil bw doll bersama...

Woody tengok je la..hahaha..

AISA. said...

eh toy story dua kan,
siapa si gadis koboi tu?
lupa lah.


huuuu. kau dengar lagu dia?
'when somebody loved me'.
sedih T___T

adh said...

mane buzz lightyear?
x toy story ar xde buzz.

fatah85 said...

handhalah - buzz takleh terbang sebab itu palsu dan doll woody punya. masuk campur, woody tembak. jangan campur. hahahahaha.

aishah - haa. dua. gadis koboi tu watak baru. gadis koboi tu macam menjauhkan jarak antara woody ngan buzz. kalau tak silap lah. ;)
hmm. lagu dah lupa. tapi, yg penting, cerita tu best. best. yeah.

adh - nanti keluar la buzz. lain episod. ;)

Anonymous said...

kalau kau woody,
aku rasa aku tahu sapa itu doll
alahaii..

woody dlu kaku tak berperasaan kini sudah mula mengimpikan kurung biru di pagi raya..
:p

Anonymous said...

aiseh.romantik btol.

Anonymous said...

hati dari kain perca Doll itu akan merosakkan Woody kemudian hari..
Woody tidak akan lagi menjadi koboi yang kool dan berani..
Woody akan menjadi seperti Awok, yang badannya dibuat daripada jerami dari Indonesia..
Woody akan memendamkan perasaannya dengan tidur di dalam bilik..
Woody akan membakar sebatang keretek manis di bibir kononnya menghilangkan masalah.

"akhiran cerita, Woody dan Doll menjadi pasangan bahagia"
inilah hanyalah akhiran cerita(1).

*gelak jahat*

fatah85 said...

amie - tu lagu raya la amie oii. haha. alahai amie alahai. ;)

anonimus - aiseh. haha

goh - kurang ajar kau. mengapa kain perca itu merosakkan woody? tiada kena mengena. cesh. akan aku suruh woody keluarkan pistol berpeluru, akan disumbat peluru kedalam dahimu. dan kau akan diam. buat selama lamanya. hahahahaha. huahahahaha..

(gelak lagi jahanam)*