19
Asalnya dari tanah. Tanah asalnya dari Tuhan. Tuhan asalnya memang Tuhan ( baca = Tuhan memang tiada asal tiada akhir, tapi, ayat di sini bermakna yang Tuhan itu tiada sebarang penambahan dan tiada sebarang kekurangan ). Dia Maha Segala. Noktah. Samalah dia dengan manusia. Tapi tanahnya liat. Boleh dibentuk. Dan dia berbentuk seorang gadis.
Gadis itu harganya rm10. Bertudung biru dan berkurung biru. Pipinya blushing pink. Dalam ramai-ramai ciptaan, cuma dia bertudung dan berkurung. Cantik. Aku jatuh. Jatuh hati. Aku beli dia.
Sebelum beli, selepas beli, semasa beli, dia tetap senyum. Senyumnya mekar. Tidak surut-surut. Aku seperti mahu memberi separuh jantung yang berdarah panas untuk menghidupkannya. Malangnya, dia saiz mini. Dia handmade. Dia dari tanah liat. Badannya keras membatu. Tidak punya apa-apa. Kalau begini, bagaimana mahu aku menghidupkannya..
Ahhh, buntu.
Haa, dalam beberapa mikrosaat, idea lungsuri kapilari dalam otak. Idea bernas.
Dan sekarang, dia bernyawa, dan aku dapat lihat dia berjalan-jalan dan gelak ketawa. Kadang-kadang, matanya menjeling. Dalam matanya ada lensa. Dan dalam lensanya ada gadis handmade yang bertudung biru dan berkurung biru yang aku beli dulu.
*tamat*
20 comments:
obses terhadap patung ke? huhu
cerita after dolly and woody.. huk huk
patung? tangkap gambar patung? pastu dianimasikan di komputer???? ape-ape aje laa...
apakah idea itu? nak tau!
[kurios ni]
bernyawa,
ketawa,
bahagia.
adakah ianya barbie berkonsepkan islamic?
apa pun ia asalnya datang dari tuhan.
secara lansung mahupun tidak.
baik buruk.
indah cela.
pong - bukanlah obses pada patung. tapi obes. obes pada keindahan. ;)
ayah pong - :) ikutlah apa suka orang tafsir. saya suka baca tafsiran orang. tafsiran sendiri pada pembaca membuatkan cerita lagi luas dan kembang. infiniti. ;)
aizuddin - nak tahu? serius? ?
afe - blushing gadis handmade berkurung dan bertudung biru terbang2 dalam kepala. B-)
mumoka - ohh. tidak2. ia bukan barbie. barbie rm40. ini gadis berkurung biru cuma rm10. murah tapi handmade. ;)
bijen - yeh. lagi satu tafsiran seronok. huahaha. betul2. indah cela. indah di lensa. ;)
obses? obes?
patung?
kurung biru??
haish..
obses si obes..
=)
amie - haish. ini baca komen bukan baca cerita nih. haha. obses si obes. mati sakit jantung nanti. ;)
hahaaa. ami jahat.
aku tunggu cerita obsesi si pengepam angin tayar.
huahuaaua! *tanduk makin pjg.
hehe. asah tanduk kasi tajam. ;) ;). jahat sungguh upin. kasihan kak ros. hahaha.
haish..
menyesal kak ros jaga adik2 mcm upin ipin ni..
tak mengenang budi lgsg..
huhu..
bukan obsesi si pengepam tayar..
tp obesiti si pengepam tayar..
haha..
p/s:hanya kpd siapa yg mengetahui..
;)
nantikan kesudahannya.
watak - kau.
kau,
jatuh longkang ke apa ni?
mana kau beli patung tu?
aku nak satu.
aishah - art4grab. central market. kuala lumpur. ;) bukan longkang aku jatuh, tapi gaung yang dalam. haha.
likes this! .
kebetulan vs takdir..=)
syazana - kebetulan. betul. aku suka ayat tuh. bila kebetulan lawan takdir, siapa menang ya?
sudh geharu cendana lagi.
takdir menang. dan aku suka bagaimana aku ditakdirkan sekarang. ohh.
oh terimakaseh Allah.
Post a Comment