Friday, September 11, 2009

JUTA, KELIP-KELIP BAWAH POHON BEREMBANG YANG BERPINDAH KE BAWAH POHON CERI MERAH.

12



Adapun seekor kelip-kelip, namanya Juta. Baru dua minggu dia berkenalan dengan elemen tanah, air, daun, api. Dia baru saja membuka sayap dan juga baru belajar cara-cara untuk terbang dan menyalakan punggungnya dengan cahaya. Seronok rupanya hidup ini. Getusnya dalam-dalam hatinya setelah mahir terbang berpusing-pusing dan mengelak di balik daun dan ranting pohon berembang. Angin paya kadang-kadang menolaknya jauh ke tepi, tapi, berbekalkan semangat untuk terus hidup, Juta terus terbang pelan-pelan. Pelan-pelan, dan, pada suatu hari, Juta telah bertemu dengan musuh warisan zaman berzaman, iaitu manusia.

Angin petang itu, membawa Juta ke alam manusia. Dia masih termangu tidak mampu terbang dan tidak mampu menyalakan punggungnya. Dia ditangkap dan disumbat ke dalam botol mentega kacang cap “pilihan gadis” ( lady’s choice ). Terkejut bagai guruh petir yang mengiringi ribut besar dan menjahanamkan bumi bila dia disambar menggunakan tangan manusia.

“Sial punya manusia.”, hati kecil dalam hati besarnya menjerit nada berbisik.

Marah bukan kepalang bila kebebasannya diragut dengan senang. Akibat marah itu, punggungnya yang sebelum ini memancar cahaya kuning, bertukar menjadi cahaya merah. Sikit-sikit merah itu terang dan akhirnya, menjadi panas.

"Wah wah. Kelip-kelip ajaib. Kelip-kelip ajaib. Abang, tengok ni, kelip-kelip ajaib. Mentolnya kaler merah bang. Tengok bang, cepat ”, suara girang budak yang menangkapnya menembusi balang kaca tempat duduknya Juta. Juta yang masih buntu kerana memikirkan jalan keluar menoleh pada budak itu. Juta toleh perlahan-perlahan. Mencari ilham milik Tuhan. Haa. Juta punya idea macam mana mahu keluar. Kalau dalam kartun, akan dilukiskan atas kepalanya satu mentol yang bercahaya menandakan dia sudah dapat satu idea bernas.

Juta bercadang, dia mahu menangis semahunya hingga penuh air mata di dalam balang kaca dan sudah pasti si budak akan melepaskannya keluar kerana kasihankannya. Juta sungguh yakin dengan cadangannya. Mulai petang itu, dia mula menangis. Dia menangis semahunya hingga lemah-lemah badannya. Air mata di dalam balang kaca sudah paras buku lalinya. Dia terus menangis dan menangis.

Pagi hari esoknya, budak itu mahu lihat kelip-kelip yang ditangkapnya semalam (Juta). Dia pergi ke balang dan alangkah terkejutnya melihatkan balang kelip-kelipnya penuh dengan air. Juta (kelip-kelip) terapung di dalam balang. Mati. Matanya merah kerana lemas semerah punggungnya yang menyala malam semalam.
Budak itu memanggil abangnya. Abangnya datang, mengambil balang dan mencampak balang itu ke luar tingkap. Jatuh atas tanah dan pecah. Jasad Juta tergolek-golek atas tanah. 5 minit kemudian, semut-semut merah menghurung jasadnya. 30 minit berlalu, jasadnya bercerai-berai dan hilang dibawa semut ke koloni masing-masing.


***Dari kejauhan, Juta memandang jasadnya. Dia sedih melihatkan dia. Kerana ideanya yang separuh masak, dia mati begitu saja. Baru dia belajar terbang di bawah pohon berembang, sekarang terpaksa dia berpindah bawah pohon ceri merah di bawah lembayung inderaloka. Harapnya agar hidupnya lagi indah di bawah pohon ceri merah.***





*tamat*

10 comments:

AISA. said...

kasihan Juta!

) :

Afe Oth said...

bersambung cepatcepat.

Anonymous said...

Juta sang kelip2..
akhir hidup sungguh sadis..
ini agaknya yang terjadi pada semut yang aku bunuh dalam bilik aku..
kasihan mereka, tapi apakan daya..
kasihan pula pd air yg selalu dibuang akibat semut berenang2..
huhu..

apa agaknya mesej cerita nih?

aliaa said...

laaaa....
sedeyh pulak.

sangkanya happy ending.
owh kesian si juta.

fatah85 said...

aishah - kasihan pada Juta hingga ke akhiran cerita. :(

afe - sudah sambung panjang panjang dah.dah habis dah. tamat pun sudah.. B-)

amie - hahaha. punya cerita tentang juta tapi berkarakterkan semut. mesej. hmm. aku pun konfius tentang mesej. orang baca sendiri, orang faham sendiri, orang cerna sendiri. agak2 kau, apa mesej cerita ni setelah kau baca? aku mahu minta pandangan, ;) ;)

alia - laaa. nak happy ending? tunggu la bila bila Juta terbang bawah pokok ceri pulak. hahaha. kesian Juta. hmm. aku kesian gak. samapai nak tulis ending pun tak sanggup. tapi, apakan daya... Juta cuma kelip2. ;)

Anonymous said...

agak2 aku apa mesej nya?
aku rasa mesejnya,
manusia tu kejam kot, tp bersebab utk kejam.
mcm aku pd semut2(aku mntk maaf taw pd mereka sblm menyapu mereka..hu3)
lg 1, jgn terlalu berani kat tmpt org terutama tmpt manusia-mesej utk sang haiwan-..
dan, hati2 dgn botol 'pilihan gadis'..
huhu..

Afe Oth said...

woyeahh.
aku suka nama juta.
juta.juta.

hebat ape juta, atleast berjuang utk hidup.

fatah85 said...

amie - haha. aku suka pandangan kau. tengok, kau punya pandangan sendiri dan itu yang aku mahu. aku nak tahu setiap pandangan orang lain. heh. kau kejam. kesian semut. ;) tapi, botol pilihan gadis tu sungguh tidak difahami. aku yg tulis pun tak faham. hahaha

Anonymous said...

aku bukan kejam, tp menghargai air dan diri sendiri yang seringkali marah2 kerana semut..
mungkin aku patut panggil semut dgn nama ribu, manja sikit.he.

fatah85 said...

afe - berjuang untuk hidup. hmm. bagus2. pandangan yang bagus. ;)

amie - bagus2. jangan marah semut dah pasnih. ambik dia, letak luar tingkap. baru baik. haha. ribu. manja. agak aaa.