13
Aku sebiji pau putih bernoktah hijau muda di tengah. Jangka hayat ku cuma satu hari setengah. Komuniti ku dibahagi kepada dua. Bernoktah hijau berintikan pekatan kaya manis bak madu, dan bernoktah merah berintikan kari daging yang pedas dan panas.
Petang ini, aku dihantar tuan ke masid untuk dipersembahkan kepada hamba-hamba Tuhan yang berlapar seharian. Aku bangga dapat ke masjid.
Aku lihat hamba-hamba Tuhan ini, mereka berlainan rupa, jenis, pigmen warna, saiz, tinggi dan dari setiap segi yang berlekuk, mereka berlainan. Sungguh lain. Tiada satu pun sama. Mungkin bagi pendapat ku sebiji pau yang tidak berakal, komposisi kalsium dan deria rasa pada gigi dan lidah hamba-hamba ini pun berbeza. Hati mereka lagilah berbeza. Seratus satu peratus aku jamin berbeza. Sungguh.
Beza sekali dengan komuniti pau aku. Aku telah dititikkan dengan warna-warni yang berbeza dan ditetapkan inti di dalamnya. Apa warna dititikkan di luar, itulah inti aku di dalam. Tidak susah dan tidak payah untuk membezakannya. Hati juga aku tiada. Maka jika tiada hati, aku lebih telus dan tulus. Aku pau, akulah pau.
Tidak seperti hamba. Mereka hamba, mereka boleh jadi alien dari zuhal atau marikh juga dan mungkin pari-pari atau para-para dari kejora atau inderaloka.
Tapi, jikalau aku (pau) diberikan hati, aku menolak. Kerana aku tahu, pau tidak mungkin akan berhati kerana rupa parasku tidak sesuai berhati.
Aku sebiji kuih pau putih bernoktah hijau muda di tengah siap siaga untuk dimakan. Dan tika saat aku menceritakan tentang aku kepada kau si hamba, aku sudah dikunyah habis-habis hancur oleh seorang hamba berbaju hitam yang suka makan. Nasib baiklah inti aku pekatan kaya. Tidak pedas tapi manis bak madu.
Aku hancur dalam mulutnya dan larut dalam liurnya. Tapi aku gembira. Kerana aku pau putih bernoktah hijau muda di tengah dan berintikan kaya.
*tamat. aku pau dalam perut kamu. hancur-hancur tapi masih berbekas rasa kayanya*
11 comments:
kalaulah sstengah manusia bole ditukar jd pau.
bia kunyah kunyah.
pau kaya panas sedap!
>_____<
aku juga suka pau bertitik hijau..
manis dan enak..
=)
rupanya manusia ni hina semata
pau pun lebih mulia
tak kisah bertitik apa pun
mereka pasti lebih mulia dr kita yang punya hati tapi tak mahu merasa
yang punya hati tapi tak mahu mendengar
yang punya hati tapi tak mahu melihat
selamat hari raya
pau titik hijau itu kegemaran aku.
salam ramdhan dan lebaran ye fatah!
afe - betul. aku nak kunyah. ludah balik. biar dia rasa siapa lagi gah. pau atau manusia. (mengarut sudah). hahaha.
aishah - ya betul. pau kaya manis lagi sedap dari pau yang pedas. ;)
amie - disagree. haha. nama band tu. jangan risau. apa kau cakap tu betul. boleh jadi kesimpulan untuk cerita ni. tepat dan padat. ;)
pakcikpyanhabib - salam lebaran. ada openhouse, ajak2 lah ya. haha. ;)
handhalah - kegemaran kita semua.haha. salam lebaran juga.
afe - betul. aku nak kunyah. ludah balik. biar dia rasa siapa lagi gah. pau atau manusia. (mengarut sudah). hahaha.
aishah - ya betul. pau kaya manis lagi sedap dari pau yang pedas. ;)
amie - disagree. haha. nama band tu. jangan risau. apa kau cakap tu betul. boleh jadi kesimpulan untuk cerita ni. tepat dan padat. ;)
pakcikpyanhabib - salam lebaran. ada openhouse, ajak2 lah ya. haha. ;)
handhalah - kegemaran kita semua.haha. salam lebaran juga.
haha..
cuak tak tentu pasal aja..
papepun,
aku memang 'disagree' kalau orang kata pau ayam g sedap dr pau kaya..
huh
amie pencuak. heh. betul betul betul. aku pun disagree. ish ish.
pau inti kelapa pon sedap. sedap. :D
sodap2.sodap2. suruh mak buat. B-)
Post a Comment