Wednesday, October 07, 2009

GARUDA YANG SESAT ( LOST )

22



Penggawa memanggil orang kampung melalui mikrofon surau yang atapnya masih rumbia walaupun bermikrofon. Kata penggawa, maghrib malam ini, garuda sesat akan singgah di kampung. Orang kampung diminta bersedia.

Tidak kiralah, bersedia dengan senjata atau rumah terbuka. Sedia senjata takut-takut garuda berubah jadi naga, sedia rumah terbuka takut-takut garuda bawa buah tangan dari angkasa. Tidak dijangka. Sumpah tidak dijangka.

Hal demikian diambil serius tidak sikit pun enteng oleh orang kampung. Orang kampung terpinga-pinga bila hampir lewat malam hari mencapai, garuda tidak tiba-tiba. Sejuk dengan angin malam, salah seorang orang kampung cuba buat unggun api dari ranting-ranting bakau. Ahhh.. rupanya,..

Baru orang kampung yang seorang itu nampak yang cuma dia seorang di situ setelah unggun apinya galak melentok. Tiada lain, cuma dia seorang. Yang lain sudah masuk tidur. Pening dia fikir kenapa dia cuma seorang di situ. Akhir-akhir, dia penat fikir, dia duduk di tepi unggun api. Mencari haba-haba yang hilang akibat sejuk bayu.

Duduk saja, dia mengeluarkan telefon tangannya dari poket seluar. Ada satu teks mesej. Bar-bar penunjuk kelancaran talian, penuh. Bar-bar bateri makin, kurang. Betul kata iklan, "tiada bateri tahan selamanya". Dia menekan "peti masuk".

"Maafkan saya penggawa, saya sesat di angkasa. Pernah terjadi sebelum ini, tapi kali ini saya sesat lagi. Kepada yang membaca mesej saya, harap kamu jangan risau akan saya. Saya garuda. Saya mampu terbang., yang ikhlas di atas sana, GARUDA".


Dia terkejut dan reply pada Garuda,

"Sang garuda, kalau awak ada masalah atau sesat lagi, awak telefonlah saya. Saya ada di bawah, sebelah unggun api. Jangan risau, saya tidak menyediakan senjata, saya siapkan rumah terbuka. Lagi satu, macam mana awak dapat nombor saya?"

Selang 2.5 milisaat,

"Sudah lama saya ada nombor awak ;)."


Dia balas,

"Ohh, kalau begitu, singgahlah ke kampung saya ya."

Selang 0.01 milisaat,

"Saya akan turun membawa buah tangan dari angkasa. Tunggu ya."

Dia balas,

"Ya. Saya tunggu. Terima kasih Garuda kerana mahu berkongsi."


Dia menunggu dan berharap. Dan berharap. Dan berharap. ( 3 kali ).
Dalam hati, dia kata,

"garuda, kalau awak lost lagi, jangan lupa nombor saya"



*7 haribulan 10.
*petang menuju maghrib.
*sambil menunggu garuda dan berharap, dia menaip di sebelah unggun api.




*tamat*

4 comments:

Afe Oth said...

garuda yang bertuah punya penggawa.
seluruh angkasa layak dibawa turun sama. :)

Aizuddin Jaafar said...

Jangan pula kau tukar nombor kau.

AISA. said...

garuda tu, hensem ke?
hahah.

fatah85 said...

afe - harap garuda punya masa untuk turun bawa cerita dari angkasa. ohh. ohh. ;)

aizuddin - takkan tukar. biar senang garuda contact lain lain hari.

aishah - cantik. :)