Sunday, October 11, 2009

HAI..

24


Hai kawan,
Pinjam mancis,
Saya nak bakar prasangka,
Biar hangus jadi abu,
Boleh?

Hai awak,
Pinjam jarum peniti,
Saya nak cucuk jari dan pipi,
Biar terbukti ini bukan mimpi,
Boleh?

Hai awak,
Pinjam sedikit syiling,
Saya mahu ke vending machine,
Mahu beli ribena,
Boleh?

Hai lagi awak dan ini terakhir,
Pinjam rm 7.10,
Saya nak makan,
Boleh?

Kalau semua boleh,
Bungkus semua sekali dalam satu sampulan,
Salotep kemas-kemas,
Dan campak ke Tasik Laici,
Saya ingin menyelam mencarinya..

Ops,
Sebelum itu,
Hai awak,
Pinjam internal hard disk,
Dan yang ini,
Jangan campak dalam Tasik Laici ya,
Taku-takut rosak berkarat,
Awak pegang dan simpan,
Nanti saya timbul dari tasik,
Awak hulurkan pada saya,
Boleh?



*tamat*

16 comments:

AISA. said...

kau buat aku rasa ingin minum laici sekarang.
dan semua laptop mau bikin masalah sekarang.

*sigh

Syafiq Afifi said...

hai...
pinjam sedikit kamus
aku xpaham ape ko nk cakap
boleh?

:D

btw, brape ribena byar kau? yeos bayar aku byk gak la

Aizuddin Jaafar said...

Sila beli sendiri. Semua mahu pinjamkah?

kaki said...

kau mintak.
kalau dia beri kau ambil.kenapa kene baling masuk tasik laici??
bagi je la.amek pakai tangan...hard disk tu boleh pulak...
adoii...berkelah dalam tasik laici kah???
-_-
(pusing2)

atikah said...

comel.

Afe Oth said...

selam tasik petroleum la plak, :P

hilman.fikry said...

=D

fatah85 said...

aishah - carilah laici dan minum. sedap uh. laptop masalah? beli baru. senang ;)

tet - kamus tak bawak. kena paham2 sendiri. haha. ribena tak bayar. aku volunteer promote. best lagi ribena dari yeos kau. huh.

aizuddin - ya mahu pinjam. ada masalah? nak pinjam dslr boleh? kah kah kah.

kaki - memang kompleks. fuh. takleh tafsir uh.

atikah - atikah comel atau cerita ini comel?

afeafe - tak try lagi. nanti tolong duduk tepi tasik petroleum bila aku nak selam sana ya. takut2 lemas dan karam. B-)

hilman - ;)

fizafreak said...

this is cute

hai awak..
minta sikit keping otak yang reka ini
nak buat cerita comel macam ni
boleh?

atikah said...

post ni laa comel.

p/s: agak2 kau akan terbitkan buku macam yg aku selalu jumpa kt indie bookfest tu x?
kalau jadi, beritahu.

fatah85 said...

fizafreak - comel sangat ke? haha. mungkin comel kot. minta sekeping otak? sini datang dekat. aku bedah kepalamu.

atikah - oo. heh. layak ke terbit buku. mana nak cari publisher bla bla bla. .. tak reti. hmm. pernah pegi indie bookfest? kat annex gallery hari tu pergi tak?

atikah said...

dua tahun dua kali aku pergi
borong macam-macam.

kau mesti pergi gak kan?

fatah85 said...

atikah - pergi2 sejak kenal sorang pari2, aku pergi. ;) tak punya blog kau?

atikah said...

ada, tapi tidak seindah kau.
ehhh....bukan.
tak seindah susunan kata-kata di blog kau.

seriously aku mmg suka baca post kau, especially yg aku boleh relate.
kudos~

fatah85 said...

haha. tidak seindah aku dan sebetulnya, tidaklah aku indah.

heh. banyak yang tak boleh relate eh? aku pun tak paham kadang2 apa yang aku rapukan. ouh.

atikah said...

kadang-kadang faham
tapi kadang-kadang sukar, tapi akhirnya faham
kadang-kadang langsung xfaham.

xkesahlah, sbb bukan semua orang boleh faham orang lain kan?

ehhh, nah aku bagi link.
kalau-kalau kau nak baca