1 [Prolog]
Malam ini, aku tulis sepucuk surat untuk kau. Jujur dari tinta yang tintanya aku dapat setelah lama aku peram dalam balang berbentuk hati. Balang itu tidak pernah dibuka. Tintanya berkualiti. Tip-top.
Semasa aku menulis,
tintanya laju menyusur atas kertas putih garis satu.
Menjadi aksara bulat-bulat dan yang lawa dan comel.
Beratur menjadi frasa-frasa berbunga nan indah
dan kadang-kadang, wangi.
Usai tulis, aku cuba sebut satu-satu.
Aku baca satu-satu isi hatiku atas kertas putih bergaris satu.
.
.
.
Hampa, aku hampa.
.
.
.
Kerana bilamana aku ingin luah,
baca, sebut, dan berkata, aku terjeda (pause).
Aku terjeda (pause).
Pause (terjeda).
Bukan sekejap, malah lama.
Untuk lain kali, sendukkan ais dalam mulutku.
Biarku dingin dan kebas dan sedar kau di depanku.
Jikalau aku masih jeda (pause) macam dulu,
Kau ambil ketul ais sebesar buku lima kau,
Masukkan dalam bajuku.
Dan tika itu, sumpah aku sedar dan,
Selancarnya, aku akan baca satu-satu isi hatiku atas kertas putih bergaris satu. Yang tulisannya dari tinta yang diperam dalam balang berbentuk hati...
*jom tonton bioskop lagi sekali, aku mahu sentuh aurora hijau*
*tamat membeku*
10 comments:
kaU (jeda) kau (jeda) aLIeN
AliEn (jeda) itu (jeda) Kau (jeda)
Aq (jeda) tak.... tak..... FahAm...
kAu (loNg jEDA)....................
BANGLA.
jeda yang lama
bagi masa untuk kau fikir sebenarnya..haha
kau sedang angau kan?
kan?
:D
Jangan makan sambil membaca.
habis kotor-kotor kertas yang dibaca.
Sampai mengganggu kadar kelajuan bacaan anda
sendukkan grenades boleh?
kamu tidak pasti dgn katakata terlakar di ats kertas putih itu sebabnya terjeda sana sini.hmmm
indah bukan rasa itu? tp cuma sekejap.yg abadi itu tetap di hati.fuh lah mak.
like.=)
uish...fatah jiwang wehhsss
fatah3...kamu berhati bunga
wan - kau BANGLA. shial.
pong - hmm. ada benar gak tuh.
anonymous - kau sedang meneka kan?
aizuddin - kau lari tajuk.hahaha.
afe - grenades. tak gentar pun. sikit pun tak gentar. kau bagi nuke pun aku tak gentar. ;)
syazana - bijak bijak. heh. memang indah. fuh la mak. tak terkata. :)
kaki - suka? bagus.
nawi - dari dulu dah berbunga. sekarang berbuah. ouh.
Post a Comment