10
Sang pencinta mencari satu titis hujan yang dalam titisannya, punya sebutir mutiara. Dia mencari di tengah padang ragbi. Betul-betul tengah. Luas sungguh higgakan mustahil bagi manusia biasa yang punya satu mata dan satu mulut untuk mencari satu titis hujan yang dalam titisannya, punya sebutir mutiara.
Kilat dan guruh sikitpun tidak burst seperti flash dan sikitpun tidak mengaum. Sikitpun tidak. Magis. Mungkin kerana kilat dan guruh turut sama leka mencari satu titis hujan yang dalam titisannya, punya sebutir mutiara.
Kata orang, titis hujan punya kuasa untuk memberhentikan masa.
Sejauh mana kebenarannya, tidak diketahui lagi kerana tiada siapa lagi yang punya ability untuk mencari titis hujan itu. Sekalipun superman yang punya mata x-ray, beliau tidak mampu mengesan titisan hujan itu.
Dan siapa yang ketemu titis hujan itu, tolong beritahu aku. Tolonglah.
Aku mahu separuh zatnya, aku mahu memberhentikan masa.
Sekejap saja.
*tamat*
2 comments:
haih..
hayyah. .. ;)
Post a Comment