29
Liang-liang bawah dada pari aku robek-robek. Hari ini, itu kerja aku. Membelakangkan matahari, aku sentap-sentap insang merah darah. Hanyir berlendir.
Dalam banyak-banyak ikan dalam besen, aku cuma berminat untuk bersembang dengan kerapu coklat. Matanya bundar. Kepalanya bujur tapi, berpipi keras dan tajam-tajam. Insangnya, boleh buat darah mengalir tak berhenti dan boleh buat kau edan dalam sakit selama kurang sepuluh minit. Tak percaya? Cuba jolok jari dalam insang kerapu.
Dalam banyak-banyak perbincangan kami, kerapu banyak bercerita tentang kisar hidupnya di laut. Bercerita tentang bagaimana dia pernah tertelan plastik, tergigit umang-umang, tersedut mata kail, tercemar dengan pekatan minyak, terbatuk kerana pasir dan macam-macam.
Aku sibuk. Tahulah, aku kena concentrate dalam menyiang ikan kalau tak mahu jari tersiang sekali dan berdarah. Dan kerapu coklat pula bercerita makin panjang dan berjela. Aku melayan.
Dia bercerita pula bagaimana atuk neneknya boleh menolak pulau yang hanyut, ibu saudaranya boleh menyedut air masin hingga kering, abang angkatnya yang boleh bertukar menjadi squid dan membelasah jaws dan kuda laut sampai mati dan macam-macam. Gila.
Sampai satu tahap, aku suruh dia diam. Dan dia akur,diam. Mencebik muka masam. Pipi coklat berduri tajam jadi turun. Merajuk mungkin. Aku bingung. Apa kerapu ini tidak sedarkah yang dia kerapu?
Tiba-tiba, dia bersuara lagi,
"Apa kalau aku kerapu kau tak suka aku?"
Tangan aku belah kanan yang aku genggam pisau potong daging yang saiznya tidak kurang saiz tapak kaki, aku hentak kepalanya. Sepenuh kudrat. Sumpah. Aku saja suruh dia pengsan kejap, suruh diam kejap. Aku mahu concentrate.
Aku hentak pada kepalanya, tapi, kepala pari yang hancur luluh bagai digelek lori bukan kerapu coklat. Sial. Kerapu coklat hilang. Yang tinggal cuma lendir-lendir pekat badannya. Aku menjejak lendir, sampai ke parit.
Ouh, dia berenang sudah. Dalam air parit. Tawar.
"Woi kerapu, mana kau nak pergi? Sini kembali. Siniii."
"Aku nak pergi zoo. Nak berjumpa penguin. Mahu kirimkan salam cinta kau padanya."
"Mana kau tahu aku mahu kirim salam cinta pada penguin?"
"Tadi kau bercerita panjang tentang penguin, apa kau lupa?"
Aku bercerita? Bila? Bingung.
Dia sambung,
"Apa kalau aku kerapu, kau tak suka aku?"
"Suka."
"Apa kalau aku penguin, kau masih suka aku?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Sebab kalau kau penguin, kau akan ada dalam bilik kaca beku, di zoo, dan aku takkan dapat masa untuk bersembang dengan kau macam tadi. Hey, pulanglah."
Kerapu senyum, terus melentok-lentok ekor dalam parit, menuju ke zoo, mahu mengirim salam cinta pada penguin.
Dan aku, terus ketuk kepala pari separuh hancur sambil berfikir, bilamasa aku bercerita tentang penguin padanya.. Dia pandai baca gerak hati. Ajaib. Magis.
Siapa-siapa jumpa kerapu coklat dalam parit, ambilnya dan beri padaku. Dia masih belum pulang, dan aku rindu. Tentang penguin, abaikan kerana, bukanlah aku seekor beruang kutub untuk bersamanya bermain di ais.
*tamat*
8 comments:
angan2 si paus biru
kerapu yg merapu..
kerapu xde..
patin ada..
mau??
hu~
Hari itu aku kerja di zoo ada nampak kerapu coklat malu-malu nyorok belakang tiang nak jumpa penguin agaknya.
Tapi lepas itu dia dibawa terbang oleh seagull putih
haha.
apa kalau kerapucoklat jadi lipas, kau suka?
jgn berangan..hehe
hahahaha
bro. aku rasa nampak kerapu tu da duduk kat zoo. kawan baik dengan penguin.
aku dengar, diaorang da jadik suami isteri da!
butet - angan2 sebesar badan. ok je.
amie - jangan.jangan sembelih patin dalam akuarium kau. dia tenang di situ. haha.
aizuddin - ya benar? sial seagull. kau tahu ada kamera nama seagull?
afe - soalan perangkap. nanti aku pikirkan. kau sabar. aku nak tunggu dan lihat cicak terbang depan mata, baru aku bagi jawapan. okeh? ;)
bb - salah ke berangan? suruh beruang kutub makan kau, baru kau tahu.
terompah - benar ke? argh. sial. huh. tak kan lah. ;)
cicak terbang kalau depan aku.
aku sorang je.hahaa.
Post a Comment