Wednesday, November 11, 2009

LANGSI TUJAHAN

30 (tamat)


Untuk pertama-tama kalinya, aku membuai-buai engkau di buaian, dan kerana langsinya tujahanku, engkau tersangkut di bucu awan. "Ouch". Padan. Esok aku kait.

Sementara kau tersangkut di bucu, untuk malam ini, kau berkenalanlah dengan bintang berlipstik kirmizi yang satu masa dahulu, aku menunggang dandelion dan disumpah mini untuk ditakdirkan berbicara dengannya.

Satu masa dahulu, satu malam sahaja, cukup untuk aku kembali menunggang dandelion sepuluh kali dan kembali ke sana, semata-mata, untuk bertanya,
"Kenapa aku yang kau mahu kenali wahai bintang?".

Sementara kau tersangkut di bucu, bersembanglah.

Sebelum mentari muncul esok pagi, aku akan kait kau kembali dari bucu awan.
Ingat, sebelum pulang, minta bintang solekkan kau dengan lipstik kirmiznya.
Ingat juga, sebelum pulang, minta yogurt asli dan ambil baunya.
Bukan apa, kasi kau sedar, yang baunya masam dan itu fakta.





*TAMAT KOLEKSI BINTANG BERLIPSTIK KIRMIZI*

6 comments:

kaki said...

tamat??knp tamat??
nak buat koleksi baru??

ni entri paling mencabar..
macam tulis pakai bahasa dr planet pluto...

Anonymous said...

ok.
boleh terbit buku.
aku beli. rm5. jual?

kenapa 27 ada dua?

Anonymous said...

ok.
boleh terbit buku.
aku beli. rm5. jual?

kenapa 27 ada dua?

fatah85 said...

kaki - kbbk tu intro. koleksi ais berona putih tu lebih stabil. takde campur2. haha. merapu. maaflah.

goh - oke.rm2 je kalau nak jual pun. sape mahu beli. kalau ada 20 orang macam kau kan best. haha. 27 dah tukar. silap. 26 yg ada dua. dan kalau perhatikan, tak cukup satu. no9 takde. tak post lagi. heh.

Afe Oth said...

tesangkut kt bucu awan, tak berat ke.
haha.

aliaa said...

dah habis??
kenapa dah habis?
ni koleksi feveret aku.

awww...:(