4
Bangun pagi ini, aku teringin untuk berkayak. Rasa ingin teroleng-oleng di atas air dengan mata tertancap langit biru muda oren-oren silau mentari. Rasa ingin terbang-terbang dengan burung-burung bagai bangau tapi entah apa nama yang galak mengepak sayap bagai bumi ini, dia yang punya.
Ya, aku rasa, burung-burung itu sangka, bumi ini, dia yang punya.
Dan sesungguhnya, hari ini, hati aku betul-betul teringin untuk berkayak. Tanpa mandi, dengan berpelikat, tanpa baju, dengan tekad, aku ke garaj, mencari objek solid yang boleh digunakan untuk membina sebuah kayak. Serius.
Aku bukanlah Paul Harrison si pantheist yang teliti, tapi, berkat sabar dan rasa teringin untuk berkayak yang tinggi, berjaya juga kayak aku siapkan. Sempat aku warna. Warna pelangi. Aku cat selari kesemuanya. Dan ia tampak kemas. Cuma aku saja yang belum mandi dan peluh dari dahi, telah turun menurun sampai ke perut dan sebelum sampai ke kaki, aku laju-laju pergi. Mandi.
“Pashmina, pashmina, bangun, jom kita berkayak hari ini.”
Selang sepuluh minit,
“Oh. Oke saja. Bila dan dari mana ke mana?”
Dia selalu lambat reply. Mungkin kerana dia pashmina dan tidak berjari dan susah untuk menaip dan itu dan ini dan aku suka dia.
Usai makan roti telur dua keping, teh ais dua teguk, aku bergegas ke laut.
Pashmina sudah di situ. Kayakku juga siap di situ. Aku angkat dia, masuk ke ruang hadapan kayak dan beri dia pendayung. Dengan tertolaknya kayak ke air, mulalah pengembaraan aku dengan pashmina di sisir laut. Kami baca doa naik kenderaan. Pengembaraan bermula..
Sampai di tengah, tika langit biru muda mula sengih-sengih menampakkan jalur mentari bagai perli dan burung-burung sama angin mula menjerit cemburu, aku terlepas dayung sebelah kanan. Tanganku kejang lenguh. Berotot. Ahh. Belah kiri pula terlepas dan aku hilang dua-dua pendayung. Aku berdiri untuk terjun (walaupun tidak tahu berenang) dan pashmina menoleh ke belakang.
“Hey, tak usah lah terjun. Aku tahu kau tak reti berenang dan aku tak mahu kau mati di sini.”
“Tapi pashmina, dayungku hanyut.”
“Tak apa, dayungku kan ada.”
“Tapi pashmina, lengan dan tangan kau tidak berotot seperti aku untuk mendayung laju-laju.”
Mendengar aku kata begitu, pashmina campak dayungnya. Dua-dua dia campak. Jauh dia campak. Seingat aku, seperti jarak kayak dengan jarak kaki mentari di hujung bumi. Sumpah.
Mungkin dia terasa hati bila aku kata yang lengannya tidak berotot seperti aku, tapi, betullah. Tak tipu. Ahh. Abaikan. Yang penting, aku dengan pashmina, sudah hilang punca. Tiada pendayung dan teroleng-oleng di tengah laut.
“Pashmina, kau nak tahu sesuatu tak?”
“Ya, apa? Kalau tentang lengan kau yang berotot tu, aku tak mahu tahu.”
“Bukan. Bukan tentang itu. Tapi, tentang langit biru, awan kelabu, pawana cerah, kayak warna pelangi dan tentang hati warna cerah dan bla bla bla….”
Lama aku merapu, hinggakan aku tidak merasa yang kayak aku rupa-rupanya bergerak. Aku angkat kepala yang dari tadi sibuk memandang ombak dan dolphin. Alamak. Pashmina tiada di tempatnya. Dia sudah di atas. Tersangkut pada tiang besi tulang belakang kayak. Dia jadi layar. Pashmina jadi layar. Badannya bertebar-tebar ditiup angin.
Bunyi ‘drruuurr’ laju-laju dan berulang yang menunjukkan dia betul-betul menjadi layar. Kayakku laju. Bagai motobot enjin Yamaha kuasa kuda.
Dia jadi layar.
Aku tanya,
“Kenapa susahkan diri?”
“Sebab kau disisi dan aku tak mahu kau mati lagi.”
Terdiam.
Dan seribu diam.
Hinggalah sampai ke sebuah pulau. Dan mengikut perkiraan aku, kami sudah tiba di Belitung. Ya, aku tahu itu Belitung. Pashmina mahu ke sana. Dia pernah kata satu masa dahulu yang dia mahu ke sana.
“Pashmina, kita di belitung kan?”
“Macam mana kau tahu?”
“Dari rona wajahmu dan siulan lagu laskar pelangi dari bibirmu.”
Satu mikrosaat berlalu dan aku lihat, pipinya blushing dan Pashmina itu, aku ambil dan lilit di leher.
Aku lilit dia dan bawa dia berjalan ke sisir pantai lantas berbaring. Lelah berkayak.
“Pashmina, hari ini, kau genap 18 tahun. Tapi kita di belitung dan tiada teddy bear atau coklat susu atau ros merah atau apa-apa termasauk tiada kad untuk aku beri padamu sebagai hadiah.”
Pashmina diam.
“Pashmina, selamat hari lahir.”
Pasmina diam.
Kerana, dia sehelai selendang.
Dan dialah, layarku Pashmina.
*tamat dalam masa 1 jam 52 minit*
-----------------------------------------------------------------------
sajakku untuk PASHMINA (klik)
*tamat*
14 comments:
sejuk perut mak yang melahirkan.
:D
haha
pashmina + fatah = cik kiah.
selamat.
pashmina kedengaran indah di telingaku. hurm
wahh.ini betulbetul berJIWA-ng..HAH HA.
pashmina pashmina. slamat ulang tahun kelahiran buat Pashmina kau.
Next time kita kayak sama2!
sUmPAh Aq X pahAm smPAi la PAshMina bEruSia 18 TahUN bArU aq SumPAh bAliK aq PahAM...
JanGaN bILanG sAMa Aq yG SelEndaNg iTu mAsih pAdA kAu?
KalAu Ye, KaU memAng MAhu SimpAn pAsHmiNA iTu smPAi UmUrnyA BRape?
SelAMat Ari lAhir PAshMina pUnya tUAn...
Sweet tu. Pewitt!
Kirim salam pada Pashmina.
..
..
ouch. nak senyum pon segan. :)
*bukan mcd, bukan rumah jiran.
hehe.comel2.
selamat hari lahir Pashmina :)
pashmina dah 18.
:)
selamat hari jadi.
:)
jgn sekali2 delete blog kau. aku nk simpan cerita2 nih utk anak aku.
haha.
:)
heh...
same mcm wan gak..
mula2 tak phm..
pastu baru phm..
selamat besday utk pashmina ko :)
selamat berholiday fatah..
raya haji nak gi raya umah ko.
lasyarku pashmina.
;)
pashmina?ala2 bantal busuk kah?
kalau selalu sangat jadi layar,boleh koyak cik pashmina nanti...
pashmina pashmina lah. haha.
tak.tak.cuma sekali ini dia jadi layar. ;) kalau koyak pun, dia masih pashmina.
Post a Comment