Robot-robot berbadan keluli tahan karat dan bermata light emitted diod biru-biru hijau kuning, fasis (berasak) ke alam juragan pamegat. Mereka berasak mahu ke alam juragan pemegat (tuan).
Alam juragan pamegat kata mereka lebih bebas dan merdeka. Tapi, alam juragan pamegat bukan miliknya kerana dia dicipta untuk menjadi kuli, hamba, pencacai, dan semua yang terhina dan ahh. Hina.
Alam juragan pamegat sesungguhnya penuh dengan warna warni. Hanya itu yang mampu robot-robot bayangkan. Penuh dengan lagu aman lagu damai. Penuh dengan harmoni. Penuh dengan dayang-dayang yang robot-robot ini tak terbayangkan betapa syurganya di alam juragan pamegat.
Kisahnya, robot-robot ini berjerawat di dahi. Setiap satu robot, punya satu jerawat. Robot-robot yang terkenal dengan kecanggihannya dan dilengkapi cip "Google" pada setiap otak, terus meng"Google" bagi menyelesaikan masalah jerawat mereka.
Robot dicipta canggih. Mereka tidak endah akan cara-cara tradisional dari keturunan Darwin (mereka dapat dari Google), mereka mencari nama paling canggih dan cara paling berkesan untuk mengubati jerawat.
Kisahnya, satu robot jumpa Solanum Torvum dalam alam Google. Ditulis di situ, pati Solanum Torvum mampu mengubati jerawat. Dan kisahnya, mereka mula menanam Solanum Torvum. Tanah di gembur, baja di tabur, air di sembur dan selang 1 bulan, berbuah lah Solanum Torvum.
-----------------------------------------------------------------------------
Juragan pamegat (tuan) robot-robot masuk stor besar merangkap rumah robot-robot. Dia melawat robot-robot ciptaannya 3 bulan sekali. Disimpannya robot-robot dalam stor untuk dijadikan stok sebelum dijual. Bila dibukanya pintu,
"Allah, gawat kalau macam ni."
Dia tempik. Bingung. Longlai. Pengsan.
Robot-robot sedang bercucuk tanam. Ada yang sedang mengait sawit. Ada yang sedang bermain biola. Ada yang sedang bercakap telefon. Ada yang sedang membasuh baju di kali. Ada yang sedang menyusukan bayi. Ada yang sedang bernyanyi dan berjoget. Ada yang sedang membaca buku. Dan, yang terakhir yang dia ingat, ada robot yang sedang berjudi.
-----------------------------------------------------------------------------
"BB (nama robot), kenapa juragan pamegat kita pengsan?"
"Mungkin dia pelik tengok kita sedang basuh baju kot YY (nama robot)," jawab BB dengan selamba.
"Kau dengar apa dia tempik tadi?". Tanya YY.
"Dengar. Dengar. Dia tempik bunyi macam A-L-L-A-H.
Lebih kurang begitulah kalau tak silap aku."
"Kau tahu itu apa", inkuiri YY makin tebal dan dia rasa makin bebal.
"Entahlah, kejap lagi kita "Google". Oke. Kita habiskan basuh baju ni dulu ya."
"Oke, hmm." YY makin ingin tahu tentang aksara itu.
----------------------------------------------------------------------
Dan dalam 3 bulan lagi, sudah pasti, tiada lagi robot yang berjudi.
Dan YY pasti, aksara sakti itu, ada kaitan dengan juragan pamegat.
----------------------------------------------------------------------
*tamat*
7 comments:
*blum baca pun post kau nie....
kerana kompem aq x kan paham...
kAu SAnGAt BahaBun la....
Wahai Robot.
Janganlah mengejar dunia dan freedom semata. Kerna ada maknanya disebalik setiap ciptaan.
robot berjerawat.
robot tak tau ada benda yang lebih penting dari
jerawat mereka untuk di'google'kan..
mungkin aksara2 tu tak akan dapat jawapan yang tepat tentangnya dari encik google..
sebab hari tu aku tanya encik google..
dia suruh tanya kat serigala berekor api...
bahabun?
heh. wan yang tak supportive.
haha.
aku tak tahu kenapa, entri kau kali ni best doe!
kerana robot robotnya berjerawat.
pergh. hahahaha :)))
hahaha robot-robot dah beriman!
wan - kau bahabun, kau roomate bahabun. tak banyak beza pun kan. hehe.
aizuddin - betul2 sungguh. robot sekarang bijak2.
kaki - bukan semua serigala api boleh jawab.
afe - wan ikut mood. tak berapa sehat wan tu. nanti aku nak pukul dia. haha. :)
aishah - hahaha. robot sekarang. macam2 boleh jadi. berjerawat, berjudi. haish.
terompah - robot sekarang. dah ramai plan nak naik haji lepas dengar ALLAH. kita bila lagi?
Post a Comment