Showing posts with label sedikit ingat-ingat. Show all posts
Showing posts with label sedikit ingat-ingat. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

SALAM RAYA KORBAN..

.
.

Salam aidiladha.
Seseorang bertanya kepada Imam Ja'far as Sadiq.

"Kenapa Ka'bah bersisi empat arah?"

Imam jawab,
"Kerana Baitul Ma'mur. Tempat para Malaikat
berkiblat dan bertawaf, bersisi empat arah."

"Kenapa mesti empat arah?"

Imam jawab,
"Kerana Tauhid berasaskan empat perkara."

"Apa perkara itu?"

Imam jawab,
"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAAILAHAILLAH
WALLAHU AKBAR. Itulah tasbih para malaikat."

"Macam mana asalnya?"

Imam jelaskan hinggalah kepada ALLAHUAKBAR..

..Kisahnya ketika Allah perintahkan Ibrahim AS untuk sembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS redha dengan perintah Tuhannya. Ibrahim AS Melawan perasaannya. Mana yang perlu dikorbankan, rasa kasih kepada anaknya atau rasa kasih pada Tuhannya? Ibrahim AS korbankan kasihnya kepada anak kerana ALLAH MAHA KASIH kepada dirinya dan anaknya. Ibrahim AS sembelih Ismail AS. Pisau yang tajam tak lut di leher Ismail AS.

Lalu Allah berfirman,
"Engkau dan anakmu telah menang dalam ujian."

..Ketika Ibrahim AS melihat kibash sebagai ganti, dia terus bertakbir, ALLAHUAKBAR. Lalu dalam solat raya, kita ucapkan tasbih itu...





*mesej tarbiah dari ustaz/pakcik kamarudin*

Tuesday, November 24, 2009

SEDANGKAN JOHN..

.
.
.

Hari ini dan malam ini, aku rasakan seperti mahu ber"smackdown" dengan john cena. Aku capai fon dan mengajak dia datang ke rumah untuk ber"smackdown" suka-suka.
Kau tahu apa dia balas selepas aku menekan punat "hantar mesej" ?

"Yo, maaflah, aku sibuk mengajar marc predka mengaji. Kau dah solat?"

Sederas air bah di timur, aku bingkas bangun dan menghadap Tuhan.

.
.
.



*tamat*

Thursday, November 05, 2009

ROBOT-ROBOT YANG FASIS KE ALAM JURAGAN PAMEGAT.

Robot-robot berbadan keluli tahan karat dan bermata light emitted diod biru-biru hijau kuning, fasis (berasak) ke alam juragan pamegat. Mereka berasak mahu ke alam juragan pemegat (tuan).

Alam juragan pamegat kata mereka lebih bebas dan merdeka. Tapi, alam juragan pamegat bukan miliknya kerana dia dicipta untuk menjadi kuli, hamba, pencacai, dan semua yang terhina dan ahh. Hina.

Alam juragan pamegat sesungguhnya penuh dengan warna warni. Hanya itu yang mampu robot-robot bayangkan. Penuh dengan lagu aman lagu damai. Penuh dengan harmoni. Penuh dengan dayang-dayang yang robot-robot ini tak terbayangkan betapa syurganya di alam juragan pamegat.

Kisahnya, robot-robot ini berjerawat di dahi. Setiap satu robot, punya satu jerawat. Robot-robot yang terkenal dengan kecanggihannya dan dilengkapi cip "Google" pada setiap otak, terus meng"Google" bagi menyelesaikan masalah jerawat mereka.

Robot dicipta canggih. Mereka tidak endah akan cara-cara tradisional dari keturunan Darwin (mereka dapat dari Google), mereka mencari nama paling canggih dan cara paling berkesan untuk mengubati jerawat.

Kisahnya, satu robot jumpa Solanum Torvum dalam alam Google. Ditulis di situ, pati Solanum Torvum mampu mengubati jerawat. Dan kisahnya, mereka mula menanam Solanum Torvum. Tanah di gembur, baja di tabur, air di sembur dan selang 1 bulan, berbuah lah Solanum Torvum.

-----------------------------------------------------------------------------

Juragan pamegat (tuan) robot-robot masuk stor besar merangkap rumah robot-robot. Dia melawat robot-robot ciptaannya 3 bulan sekali. Disimpannya robot-robot dalam stor untuk dijadikan stok sebelum dijual. Bila dibukanya pintu,

"Allah, gawat kalau macam ni."

Dia tempik. Bingung. Longlai. Pengsan.

Robot-robot sedang bercucuk tanam. Ada yang sedang mengait sawit. Ada yang sedang bermain biola. Ada yang sedang bercakap telefon. Ada yang sedang membasuh baju di kali. Ada yang sedang menyusukan bayi. Ada yang sedang bernyanyi dan berjoget. Ada yang sedang membaca buku. Dan, yang terakhir yang dia ingat, ada robot yang sedang berjudi.

-----------------------------------------------------------------------------

"BB (nama robot), kenapa juragan pamegat kita pengsan?"

"Mungkin dia pelik tengok kita sedang basuh baju kot YY (nama robot)," jawab BB dengan selamba.

"Kau dengar apa dia tempik tadi?". Tanya YY.

"Dengar. Dengar. Dia tempik bunyi macam A-L-L-A-H.
Lebih kurang begitulah kalau tak silap aku."

"Kau tahu itu apa", inkuiri YY makin tebal dan dia rasa makin bebal.

"Entahlah, kejap lagi kita "Google". Oke. Kita habiskan basuh baju ni dulu ya."

"Oke, hmm." YY makin ingin tahu tentang aksara itu.

----------------------------------------------------------------------

Dan dalam 3 bulan lagi, sudah pasti, tiada lagi robot yang berjudi.
Dan YY pasti, aksara sakti itu, ada kaitan dengan juragan pamegat.

----------------------------------------------------------------------


*tamat*

Monday, September 14, 2009

MAJAL.

MAKNAnya = Benak.


--------------------------------------------

Majal itu, kalau dicampur dengan hati, ia akan menjadi dungu atau bodoh yang tepu dan melekat. Warnanya hitam pekat berbaur hanyir di dalam hati dan senang berjangkit tidak ubah selsema babi. Pekat seperti air longkang-longkang yang tersumbat di Pudu pun boleh diibaratkan juga.


Kesimpulannya, aku mahu kau yang simpul.
Iya benar, kau yang membaca,
kau bertanggungjawab menyimpulkannya.
Simpulan haruslah kukuh dan tidak mudah terlerai.
Tiada salah, tiada betul di sini.

Selamat menyimpul.. ;)




*habis*

Wednesday, September 09, 2009

RAPATKAN SAF JEMAAH-JEMAAH SEKALIAN.

Jemaah, rapatkan saf anda. Kelingking pastikan selari. Tumit jangan lebih pada garis pada sejadah. Jangan ada sikit ruang pun untuk syaitan bedebah menyusup lari. Siku-siku itu kalau boleh, biarkan ia berlaga sesama sendiri. Tidak kiralah siku si tua, muda, kecil, atau sebaya. Kosongkan otak dari dunia. Penyakit cinta dunia ubatnya inilah. Maka diamlah mulut, peganglah anak-anak kecil dari berlari dan melompat terkinja, fokuskan mata, otak dan jiwa dan segala.


Tuhan, hamba kerdil ini menghadapmu.


Allahu'Akbar.


Habis 8.
*moreymorey*

Tuesday, July 28, 2009

Sila Ambil Satu.



------------------------------------------------------------

Ambil dan baca dan fahami ya.
Terima kasih Basyir.

Thursday, July 23, 2009

Khayal sebentar.




Khayal sebentar bersama "Nyanyian Para Malaikat".
Album C4-LPPK.
Lagu ke 7.
Artis, Nik Bin Jidan.

===============================================

Khayal lagi .
Mungkin bukan sebentar.

===============================================

Wednesday, June 10, 2009

Semboyan dan sauh.

Semboyan Angkatan Laut Kita,
Di Samudera Raya,

Menjaga Pantai Ibu Pertiwi,
Dari Angkara Murka,

Dari Barat Sampai Ke Timur,
Itulah Pantai Malaysia,

Tiap Saat Berjaga,
Di Tengah Samudera Raya,

Perwira Dan Satria,
Angkatan Laut Diraja.

------------------------------------------------------------

siapa boleh ikut menyanyi?
sila nyanyikan sekali.

aku merindui saat mentari tenggelam di tengah gelombang,
bila masa melepasi senja,
layar dan diri tersangkak sekali,
saat itu mulalah terjaga,
betapa kecil diri di laut tidak bertepi.

-----------------------------------------------------------



-laskar kanan.
-10jun2009

Saturday, April 18, 2009

Lelah di padang pasir.

Berbekalkan seekor ikan masin dan segenggam nasi, maka berjalanlah musafir kelana itu di padang pasir nan panas. Makin laju langkahnya kerana tidak tertahankan bahang bola api yang tergantung di langit itu. Lenggok unta dan keldai dari belakang seakan-akan mengejeknya dengan mengatakan yang dia seorang yang lemah dan tidak berdaya. Lelah sudah dia, seraya mengalih jalan ke arah sebatang pohon kurma. Lebat dedaunnya tidak berbuah sebiji pun. Panas.

Arakian, dibuka bekalnya, lahaplah dia makan kerana lapar. Terlupa akannya untuk membawa air. Dahagalah dia. Fatamorgana menelan susuk unta dan keldai. Makin jauh dan lenyap akhirnya. Tinggalah hanya musafir dengan pohon kurma di atas pasir panas itu. Seraya dengan buntu dan panas, dia membuka peta. Petanya sudah lunyai kerana dimakan usia yang sudah lama. Maka dirasanya bagai hilang tempat bergantung.

Dia merenung lama pasir-pasir yang dihembus pawana panas, terbang dan terkumpul membentuk kumpulan pasir-pasir yang tinggi. Cantiknya pasir hingga lupanya dia akan panas dan dahaga. Matahari makin turun malam tandanya. Dia merenung bulan dan bintang pula. Cantiknya bulan dan bintang hingga lupanya akan sejuk dan dahaga.

Teringat dia akan terbawa mp3 pemberian bondanya, ditekan suis "play" pada "mp3" nya lalu terdengarlah ayat suci kitabnya. Dia tahu dia sudah lama meninggalkan kitabnya. Padahal, kitabnya itulah peta sebenarnya. Sesat sudah jauh memusingkan dia. Dia tahu dia sudah lama tidak endah akan Tuhannya. Padahal, Tuhannya itulah pemberi segalanya. Dia tahu dia sudah lama meninggalkan ikutan ketuanya. Padahal, ikutan ketuanya petunjuk bersama petanya. Si musafir sujud kembali di hening malam itu sambil telinganya masih terdengar sayu suara gemulah mullah membaca kitab sucinya. Dia lelah di padang pasir, mungkin matinya di padang pasir juga. Dia bertaubat di situ juga.

Musafir itu wataknya siapa?

A) Saya
B) Kita
C) Dia
D) Semua di atas.

Saturday, April 04, 2009

Plug in. Switch ON. Pasang.



" ... for without doubt in the remembrance
of G0D do hearts find satisfaction"

" ... ingatlah, hanya dengan mengingati
ALLAH, hati menjadi tenteram"

[13:28]




ingat siapa sekarang?

Mutiara Tok Guru.




saya kutip dari falah.fotopages.com.
saya sukakan gambar2nya dan diskripsinya.

Thursday, March 19, 2009

Bagi saya, ia cantik ..



Bagi saya,
Ia cantik,
Menarik,
Menenangkan..

For me,
Its nice,
Beatiful,
Harmony ..

Ada yang lebih cantik darinya?




"Dan aku tak jadikan jin dan manusia itu melainkan supaya
mereka mengabdikan diri padaku" -
"I've only created jinss and men, that only may serve Me" -
adz dzariat- 56

Wednesday, March 11, 2009

Kawan, tumpang tanya..

Tumpang tanya kawan,
Mana persiaran tenang?

"Di situ."

Tumpang tanya kawan,
Mana persisiran harmoni?

"Di situ."

Tumpang tanya kawan,
Mana taman damai?

"Di situ."

Tumpang tanya kawan,
Kamu kenal tuan tempat itu?

"Kenal.
"Dia Maha Cinta sama kita."

Tumpang tanya kawan,
Kamu kenal saya?

"Kenal, kamu orang baik."
"Hanya orang baik melangkah ke sana."

Tumpang tanya kawan,
Siapa nama empunya tempat itu?

"ALLAH."

Tumpang tanya kawan, ini terakhir,
Apa nama tempat itu?

"Syurga."

--muhasabah ~ introspect--


affah.
petang,7.30.
11 mac 09.
14 rabiulawal 1430.

Tuesday, March 10, 2009

Ah Tong sebut Allah, Sangam sebut Allah . Boleh?

kontroversi politik yang diagamakan oleh
sesetengah juak sampah politik.
saya sokong pengkaji agama, saya tak sokong pembodek harta.

Klik di sini untuk baca keterangan lanjut.



kukuhkan bahasa,
daulatlah bangsa,
lahirlah ramai pujangga.

Friday, February 27, 2009

teori cinta tidak berkesudahan. .

saya, sebagai manusia biasa,
mohon kamu kamu yg tersinggah ini baca.
sebuah artikel berkaitan
C I N T A . .
( klik di C I N T A untuk ke laman sana )

Thursday, February 26, 2009

Selamat satu rabiul'awal.



satu rabiulawal 1430.
26 februari 2009.

berlatihlah mengimbangkan diri dari hari ke hari,
berjalanlah mencari pencipta lebih mendalam lagi,
ingat diri, ingatlah mati,
ingat mati, ingatlah janji . .

mencapai 12 rabiul'awal.
maulidurrasul. baca ini.
satu tujuh belas pagi.

Thursday, January 01, 2009

Tahun milenia dan fatamorgana

ibnu mas'ud berkata ;

"perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru ialah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. ”

(Maksud ayat 128, surah Al-Nahl)

hmm.renung-renugkan dan selamat beramal di tahun baru ini.

may ALLAH guide you,
may ALLAH safe you,
may ALLAH bless you.
Amin.

[di inti tika 1 haribulan 1 dua ribu sembilan]

Monday, December 29, 2008

ohh..malaysia berkabung

Akhir disember 2oo8, Pandir asyik tanya pada Luncai,

"kenapa malam ni orang dalam kaca siaran pakai hijab juga jilbab hitam?"
"mahu kiamat sudahkah?"
"tsunami mahu terjah kita kah?"
"kerabat sesiapa kahwinkah?"
"melawakkah?"
"islam baru difahamkah?"
"mufti baru lantikkah?"

Banyak tanya, Luncai bosan lalu menjawab tanpa berpaling,
"Rakyat Malaysia berkabunglah Pandir. Bodoh sangatkah kau ni sampai itu pun tak tahu"

"Ohh, Malaysia berkabung"
Pandir selalu cuba fikir, tapi bodoh jugalah dia kerna dia cuma dia.

[alfatihah kepada duli yg mangkat]
[manapun pergi, jauhnya lari, tinggi nian diri, pada tuhan juga kembali]

Monday, December 01, 2008

Gelanggang samudera


there is a fisherman,
a person who travel across the sea,
just to catch the sea creatures,
as the food to us,
money to them,
under the shiny sun,
with the yellow cap,
hold the tight rope,
hope to get more and more .

travel to sea,
trying to find the infinity,
just like what I learn in class,
surely, it can't be see .

In The Name Of Allah,
Most Gracious and Most Merciful .
Please,
guide us,
protect us,
. stay us in right path .