Friday, December 04, 2009

KERANA AKU CEMBURU, KITA PENGSAN DI TEMBUSI PELURU YANG DISALUT MADU..

18


Kau kan. Kalau aku makan nasi, ada saja lauk kau lebih.
Kau kan. Kalau aku minum air, ada saja manis kau lebih.
Kau kan. Kalau aku mandi pagi, ada saja buih kau lebih.

Hari ini aku tanya kau dengan cemburu,

"Kalau aku makan nasi ayam, apa kau nak lebih?"

"Kalau kau makan nasi ayam, aku makan kau."

Dengan pantas, sebelum kau makan aku, aku capai revolver berpeluru lima biji. Yang tersemat di pinggang dan pelurunya disalut madu kuning pekat dan digolek atas serdak gula ising. Tanpa fikir panjang, hati kau, aku tembak dengan tepat.
Tepat kena pangkal vena cava. Darah merah muda bercucuran.

Bangg.

Bangg.

Lagi tiga peluru, aku tembak ke hati sendiri. Ouch..
Dan pengsan dua dua di situ. Kerana cemburu.



*tamat*

12 comments:

Anonymous said...

kalau kau makan nasi ayam.
aku nak sayur dan dua keping tomato kau.

Syazwan said...

kalau kita berada di RG 17,
sudah lama aq tembak kau pkai short gun..
mau lagi ganas, aku letak muncung ak-41 kat lubang hidung kau...

debiru.sha said...

huh.
lepas dendam.

asnawi ariff said...

kalau mkn nasik ayam...aku nk peha..
kalau peluru, aku nk yg paling mahal...baru berbaloi kena tembak

Anonymous said...

ini kes parah!
mcm tetak sbb cemburu..

puding roti said...

peluru bersalut madu kemudian digolek atas serdak gula aising. hihi. comel

Afe Oth said...

hahaa.

asal ko tembak hati sndri lg byk.


lalalaa..

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

eksperesi cemburu yang pelik...

SuE RaY said...

hurm,senanyer, aku kurang paham plot cite nih..

part yg aku paham, ade kaitan ngan cemburu..
n dua2 mati..
yg tengah2 sume tuh, sume aku blur..

aku sorg je ke?
rase mcm org len sume paham jer..

:(

Basuh Baju said...

baca bismillah sblm makan..

fatah85 said...

jaysung - mana boleh. kita tunggu, ambil orang punya. ok tak?

wan - bila balik inti? nak tembak aku konon. piiirah.

debiru - ;)

nawi - sama lah. suka peha. tak suka kepak. hahaha. peluru paling mahal. hmm. tak mampu beli nawi oii.

amie - tetak cemburu? kes pembunuh bersiri tu ke?

pudingroti - comel. ohyeh. ohyeh.

afeeeeee - sebabnya,hati ku kebal sikit dari hati orang yang kena tembak tu. hati orang yg kena tembak awal2 tu sungguh lembut dan pengsan bila das ke dua. lagipun, lagi rela aku sakit 3 das dari orang yang ditembak awal2 kerana cemburu tu sakit 3 das. jadi, itu pasal, aku 3 das, Dia 2 das. B)

handhalah - pelik. semua yg aku tulis pelik. heh.

sue - haha. tafsir ikut pemahaman sendiri lagi cool. orang lain pun tafsir sendiri2 je. aku je faham dari awal hingga akhir. takpun, orang yg kena tembak lagi 2 das tu. ;)

BB - dah tembak dah. tak sempat.

Afe Oth said...

i see...
lalaa.