16
Di pinggiran bukit kabus berbalam, saya meneropong hati. Matahari naik pagi itu sungguh laju. Sedang meneropong hati, saya nampak silhouette atau dalam bahasa, lingkaran gelap atau imej malap kerana kurang pencahayaan.
Silhouette itu seakan saya, yang sedang berpayung di bawah sehelai daun keladi besar dan lebar. Tika itu, hujan lebat. Saya melihat saya sedang menggigil. Mungkin kebarangkaliannya, saya kehilangan hati. Kerana itu lah saya menggigil seakan-akan takut mati.
Saya alihkan teropong ke arah lain. Ke sebelah selatan pinggiran bukit pula. Saya meneropong lagi hati. Oh nasib baiklah, kali ini, silhouette yang dilihat bukanlah seperti fizikal saya. Tapi, melihatkan dia juga menggigil di bawah daun keladi besar dan lebar, saya merasakan, situasinya tidak kurang beza dengan silhouette pertama tadi. Mencari hati dan takut mati.
Kali ini, saya teropong hati sendiri. Dan silhouette dalam hati saya itu saya sendiri. Itu sudah pasti. Tapi, yang peliknya, saya juga dalam keadaan sama. Hujan, berpayung daun keladi, mencari hati, dan menggigil seakan-akan takut mati.
Tika itu, hujan di pinggiran bukit mula turun renyai-renyai, menjadi lebat, mengakis tanah dan menjadi selut warna coklat. Tatkala itu juga, teropong saya campak ke bawah nun jauh gelap. Dan hilang..
Saya pandang kepulan awan putih sejuk di hadapan, dan saya lihat pelangi.
Betapa lebat hujan di pinggiran bukit atau pinggiran hati, pelangi masih punya warna spektrum menarik dan ada 'hope' (harapan) di celahan warnanya. Saya duduk bersila, hirup udara segar selepas hujan dalam-dalam dan, hembus perlahan-lahan.
Sementara melihatkan pelangi warna warni, saya lupakan teropong hati.
*tamat*
5 comments:
mati itu pasti.
kawen itu tak tau lagi.
ada kaitan dengan entri?
hahaha.
handhalah - haha. OT. off topic. tapi takpe, aku suka mahu tahu penjelasan orang lain tentang benda yg aku tulis. ;)
kekadang terlalu meneropong sampai tak sedar benda yg padahal jelas depan mata.
yg padahal indah.
ano - aku suka komenmu. terima kasih. ;)
aku kat JB
0137591239
Post a Comment