.
Bila ternampak pohon yang mati. Jangan kau berhenti dari berjalan untuk melihatkannya, sepatutnya, bertanya tanya pada diri tentang mengapa dia mati, kering, layu, dan akhirnya gugur daun daun cokulat dan kulit kulit kayu akhirnya merekah digigit anai anai dan kutu. Mengapa tanah sekeliling merah garang. Dan cuma tanah tempat kau berpijak cuma masih bugar hijau basah. Dan teruskan berjalan.
Sesekali, pergilah bercinta. Kau duduk di jeti di tepian, kau bersembanglah dengan ombak. Selesai bersembang, kau bercinta lah. Kau tanyakan kenapa dia dilahirkan sebagai ombak. Mengapa bentuknya bergulung. Siapa yang menjadi permulaan satu ombak. Apa hubungannya dengan angin. Siapa waris terdekatnya. Dan akhir sekali, kau tanyalah, bila lagi tarikh dan jam kita boleh berjumpa.
"Ombak tiada masalah, hari hari ombak ada di sini. kamu?"
"Ohh, aku tidak boleh berjanji kerana aku manusia."
Esok, pergi kembali kepada pohon mati. Kau tanyakan kepadanya, kalau diberi peluang untuk hidup, apa yang dia mahukan. Kalau dia mahukan, sebaldi air segar dari hujan pergunungan dan segenggam baja bervitamin untuk terus sihat, kau tinggalkan sahaja dia tanpa menoleh. Tapi, jika dia berkata,
"Aku mahu bercinta dengan ombak."
maka ketika itu, kau perlu jeda. Jeda sebentar sambil mengorak langkah untuk mengaturkan cara tentang bagaimana mahu membawa pohon yang mati ke arah ombak yang bergulung hari hari.
Kerana dengan itu, pohon yang mati akan segar dan ombak yang kesepian akan berteman walaupun pada awalnya, kau (manusia) seperti berjanji untuk berjumpa lagi pada waktu yang sama di lain hari.
Akhir akhinya, pohon yang mati pada awalnya akan punya nafas muda setelah hari hari mencium bau damai ombak yang bergulung dan ombak yang pada awalnya sepi dan berulang, akan hilang sepinya dan terus bergulung dengan gulungan yang berbeza tiap tiap hari tanpa ulangan.
Bila melihatkan pohon mati dan ombak nan bergulung,
bayangkanlah, tentang cinta.
Dan bayangkanlah tentang Tuhan.
Dan satukanlah dengan perasaan.
Dan nyawakanlah bersama spiritual insan.
.
.
7 comments:
kerana terlalu cinta juga,
akan layu dan akhirnya pupus.
tersentuh. ;(
Jiwa kita hampir sama. Aku nyaris nak mencampak pokok mati kedalam laut hanya kerna mahu menyatukan dia dengan sang ombak
fuhh..
masyuk..mantap mantap..
aku suka..aku suka..
:)
aku mahu cinta sama Tuhan juga..
sprti mana rumi dan juli memerah otak.
itu lah engkau.
;)
Salams...
Like this....teruskan menulis.
:)
sangat cantik.
aishah - itulah. haih.
aizudin - oyeh. kita sama fikir. syabas2.
amie - masyuk masyuk. haha. mahu cinta. sungguh.
kiba - hahaha. kau. banyak songeh sunggguh.
iris - hari hari tulis. dah bertan tan tulis. fuh.
kaki - aku cantik? oh tidak. aku anggun.
Post a Comment