Monday, January 11, 2010

AKU SEMAKIN MELUPAI..

38



Terbuai buai tubuh bila berjalan menyongsang arus di atas jambatan tepat jam melewati petang. Aku berjalan pelan pelan semata mata mahu mengintai cuma sebuah hati muda lewat berpuluh puluh orang yang lalu tidak berhenti. Langkah dan derap tapak kaki membuatkan ku bertambah yakin yang aku pasti bertembung.

Di hujung jambatan, aku masih menunggu sebuah hati muda yang berkaki untuk lalu dan melemparkan senyuman. Hampa. Yang ada cuma hati hati yang gelap kerana tar, hati yang berkarat kerana kecewa akan kekasih atau dengan pensyarah, dan paling perlu waspada, hati yang berniat untuk membunuh diri.

Ku seka peluh hamis dan busuk, dan aku tahu, aku semakin melupai. Aku semakin melupai kerana terlalu ingatkan sebuah hati muda yang harapan ku terhadapnya hanya untuk mengintai, menyelam dan bertapa di dalam isi dagingnya...



*

aduhai sang pelupa.

*


*tamat*

8 comments:

aliaa said...

lupa2.
boleh buat quiz td? ;)

Afe Oth said...

ahad depan aku igtkn lagi.
tak ape.

Aizuddin Jaafar said...

Alahai, Aku kata, standadlah kita kan manusia. Sudah-sudahlah dengan imaginasi kau

fatah85 said...

aliaa - fatah yang sering. aduhai. quiz. oke oke je. chapter awal2. boleh la lagi. heh. ;)

afe - takperlu. aku mahu cuba.uh.

AISA. said...

hurm.
bahaya sang pelupa.
boleh merosakkan hati.




(semalam aku mimpi lomo. ceh.)

puding roti said...

selalu lupa jangka pendek

fatah85 said...

aizuddin - aku akan sudah bila aku mati.

aishah - camner boleh rosakkan hati? mimpi lomo? hahaha. beri aku kamera kau, aku beri satu diana. warna pink. ;)

puding - haih. aku ni. pelupa tahap dewa. aduhai.

Pencubit said...

menjadi pelupa lebih adventure mungkin bila mana diisi dengan perkara2 menarik.

entah apa aku bebelkan;)