Monday, January 25, 2010

WANITA DAN EKSPLOIT DALAM REALITI.

.

Cukup dengan segala percambahan media dari segenap segi dan arus teknologi perdana yang semakin menekan, hari hari yang kita lalui amat penuh dengan selekoh tajam malah duri duri atau mungkin jerat yang boleh melukakan tanpa kita sedari. Jika diperhatikan di tivi dan radio, kita dapat tahu yang, jiwa jiwa kita sebagai manusia semakin hari semakin kontang sekering tekak pelarian Syatila yang mahukan setitis air.

Untuk yang pertama, biar saya mencambahkan idea kamu dengan sedikit definisi yang ratanya sudah mengetahui tapi ingin saya tekan lagi dan lagi.

"Wanita" sungguh umum dan wajib diketahui maknanya. Dalam erti kata lain, wanita ialah Hawa, bidadari dunia, rusuk Adam, dan ciptaan terindah Rabb. "Eksploit" pula membawa makna, menggunakan sesuatu (orang dan lain lain) untuk kepentingan diri sendiri. Dan selalunya, eksploit itu negatif dan jarang jarang ia positif.

Golongan Hawa hari ini tidak lemah. Kerana mereka dididik untuk menjadi kuat oleh ibu dan bapa. Ibu bapa yang awal dahulu kebanyakannya berasa lemah kerana kemiskinan dan tiada medan untuk membawa masalah telah mendidik anak dengan bijak pada hari ini. Mereka bukan lagi berpesan supaya jangan berjalan seorang, tapi mereka berpesan supaya cubalah melawan seseorang untuk terus hidup.

Maksud melawan di sini bukanlah hanya dengan beradu tenaga atau bertinju, tetapi, dengan melawan dari segenap bidang seperti berdebat (lawan cakap) tentang ilmu, tentang penjelasan hak mereka yang teraniaya dan tentang realiti dunia hari ini. Dari pemerhatian saya, lengan mereka (wanita) rata ratanya tidak lagi hanya berisi sekadar cukup makan, tapi, sudah berotot dan mungkin mampu menumbuk laki laki hingga pengsan.

Eksploit seperti permainan papan monopoli. Idea asalnya, kamu kena beli semua tempat, kamu kena kaya dengan wang kertas dan kamu akan menang. Dalam realiti ekonomi, eksploit selalunya berkaitan dengan bahan mentah seperti minyak, gas, arang batu, getah dan lain lain. Tapi, dalam realiti sosial, eksploit membawa banyak makna. Lihat kedai mamak. Itu eksploit. Lihat papan tanda. Itu eksploit. Lihat piring astro. Itu eksploit. Lihat doktrin yang tersebar. Itu eksploit. Lihat tivi, dan nampak wanita di dalamnya, itu juga eksploit. Dan itulah eksploit terbesar. Eksploitasi terhadap wanita.

Wanita tidak murah. Tidak juga mahal. Mereka bukan seperti barang kaca dari China di kedai rm 2 yang boleh dibeli ketika cantik dan boleh dipecahkan dan dibuang bila hodoh. Mereka bukan seperti tempe yang laku ketika panas dan dikeji busuk bila sejuk. Mereka tidak boleh disamatarafkan dengan apa apa benda sekalipun. Eksploitasi terhadap wanita sudah berlaku kala zaman raja firaun. Dan untuk pengetahuan, cucu cucu firaun masih lagi berkeliaran dan ada juga mereka dalam kalangan kita.

Mereka ini selalunya laki laki yang ambil enteng akan perihal maruah seorang wanita. Laki laki jelik (sampah) seperti sampah ini akan berlagak 'cool' dan 'macho' seperti asap rokok yang berkepul. Mulut mereka lagi manis dari gula melaka. Perlakuan mereka tidak ubah seperti, musang hitam atau dubuk dalam bulu bebiri putih. Dan untuk pengetahuan, cucu cucu firaun ini, mungkin boleh juga jadi kamu, jika kamu seorang laki laki.

Wanita dan eksploit dalam realiti, seperti dunia separa coklat yang awannya dari asap sigar. Gelap dan tidak menjamin masa hadapan yang indah untuk anak anak yang galak berlari di taman permainan. Wanita hari ini perlu gagah melawan tentang apa juga yang bertentangan. Untuk mendapat satu buah kebenaran yang manis, wanita perlu berdiri sama kukuh antara satu sama lain. Dinasihatkan juga kepada wanita untuk selalu bersenam dan mendapatkan otot yang gagah supaya dapat melawan laki laki jelik dan dubuk yang berbulu bebiri.

Akhir sekali, sebagai laki laki, saya mengaku, wanita itu indah dari mata dan tidak salah sekali sekala saya menulis panjang hanya untuk wanita. Ingat, cucu firaun di mana mana. Laki laki, cerminkan dada bidangmu yang ada hati di dalamnya.



*menulis ketika bibir belah kiri masih ber air liur basi hanya kerana berfikir tentang laki laki"



25 januari.
0650 pagi.



*tamat*

.

8 comments:

Farah said...

wahh.
semangat btol.
btw nice post :)

yuhanis said...

saya sangat menyukai post ini.
tahniah dan terima kasih,fatah! (:

Nabilah Farhana Yahya said...

menarik :)

chiiku. said...

pertama, terima kasih.
kedua, terima kasih.
ketiga, terima kasih.



;)

fatah85 said...

ara - :) terima kasih.

aney - :) sangat suka? copy, simpan. mana tahu, blog ni hilang, boleh baca baca kalau ada save.

bell - :) isi masa lepas subuh.

aisa - terima kasih kerana aku menulis tentang perempuan? sampai 3 tu ha.

Anonymous said...

mula2 baca,
dalam hati kata,,
tak kan fatah tulis ni..
mcm ceramah NGO pembela wanita..
hu3..

btw, nice post,,
menunjukkan kematangan,,
haha..

pempuan mmg selalu dieksploit..
cuma masalahnya,
dia je tak sedar dah dieksploit dgn cucu-cucu firaun (aku suka ini)..
masih gak nk berharap pada cucu cucu firaun ni
:)

hnshzk said...

dan harap wanita yang dieksploitasi dan cucu-cucu firaun sedar yang ada benda lebih besar dari permainan hidup..

dan bila ada rasa hormat,maruah itu dipandang dengan sangat tinggi..

sebarkan lah doktrin ini..

air effects said...

terima kasih.