Friday, February 12, 2010

KALAU BEGITULAH LAKUNYA........

0007



habis minum jus lobak merah, aku bertukar ke jus tembikai diikuti oren dan laici setelah menghirup jus tomato gelas besar. gergasi. diakhiri dengan air kosong secawan dan susu panas.

rasa rasanya, sudah bergelen air dalam perut. gula pun mendap. kalau diikutkan, ayam dan daging yang dikunyah hancur pun sudah boleh berenang renang.

esok aku pasti, begini lagi lah kitarnya. tak berhenti henti makan. bersembang. dan menyelam. kadang kadang, timbul, kadang kadang tertidur. tiba waktu, aku akan solat, dan tiba waktu, aku akan kembali tenggelam dan kembali minum sambil mengira warna anak mata yang tak pernah tetap.

pakcik pakcik, berikan saya sebungkus nasi lemak berlaukkan sambal kerang merah paling pedas dan kerang saya mahu sekilo. mamak mamak, berikan saya secawan teh ais yang warnanya, saya tidak mahu coklat, tapi kuning. usahakanlah ya.

kalau begitulah lakunya, esok aku cuma ada kau.
ah hot nya kancil merah. ouch.




^tamat^

4 comments:

yuhanis said...

"hot nya kancil merah"
auwwwwwwwww (wolfman)

Aizuddin Jaafar said...

Ramai je orang minat lelaki gemuk

Afe Oth said...

kerang, biar aku blanja. huahua.

AISA. said...

bukan kau suka manis manis saja?
apa jadi pula dengan kerang pedas?




uh.