0009
Semalam, kau duduk di sebelah dan kau tercekik sate arnab. Nasib baik kau tak telan lidi. Kalau tak, aku pasti berkabung sepurnama.
Oh mengapa kau boleh tercekik. Bukankah aku sudah minta segelas besar jus tembikai susu. Kau tahu, sejurus kau tercekik, aku bergegas ke farmasi. Bukan untuk membeli ubat pelali atau antiseptik atau memanggil siapa siapa, aku cuma beli sepasang sarung tangan lateks. Rm dua . tujuh puluh sen. Aku tulis dalam buku 555. Masa depan makin mahal bukan.
Lalu laju laju aku kembali ke kedai sate, aku lihat, kau makin pucat. Lesi. Biru muka kau. Makin putih bibir kau. Peluh di dahi pun sejuk. Ahh, gundah mula menyerang dari bawah atas serong kanan dan kiri.
Tidak sampai sehasta aku berfikir, aku terus buat keputusan. Tekak kau aku korek dalam dalam. Jangan gusar, tanganku bersarung lateks. Tiada kuman busuk atau bakteria jahat. Mulut kau ternganga luas. Rahang kau pasti kejang kerana aku masukkan tangan sampai ke siku.
Ahh haa. Jumpa. Seketul daging arnab liat. Mungkin lemak. Boleh jadi bahagian dada arnab yang tebal dan tak berapa masak. Mungkin juga boleh jadi daging arnab tua yang tersesat dan dijadikan sate.
Aku seka peluh di dahi. Mata bundar kau buka pelan pelan. Kau selamat. Oh Tuhan.
Kau tanya apa yang terjadi. Aku jawab tiada apa apa dan senyum. Sarung tangan lateks, aku sorok simpan dalam poket seluar. Takut takut kau tercekik lain hari. Daging arnab liat tadi, aku ambil, aku kunyah dan telan. Aku tak mahu kau tercekik lagi.
Jom kita sambung makan, kau kata.
Aku senyum dan terus kunyah kunyah. Selamat.
^tamat^
3 comments:
Fuh, nasib baik dia tak perasan.
aizuddin - nasib baik je.
eeh ko telan daging tuh? eehh.
Post a Comment