00010
Berdasarkan peluh masam, suhu mencecah 50 darjah agaknya. Hinggakan rasa bahang dalam mulut. Liur meruap banyak. Dan berbau madu yang dicopet dari sarang lebah lebah kuning. Ah, kejap lagi, air liurnya pasti basi.
Baru baru saja mencapai tidur yang dalam dan bermimpi mengorek sarang lebah lebah kuning, tidurnya diganggu. Mula mula, dia rasa digeletek. Dari kaki, pinggang, pinggul, perut dan kepala akhirnya. Dia cuba buat buat tak tahu bagai tunggul mati, tapi, kerana tak tertahan, matanya terjegil.
Arghhh. Huaahh. Ohh. Kau rupanya gerangan yang geletek.
Nanti kau aku kejar dan makan.
Lalu, budak perempuan yang punya otot otot pada lengan itu terus cabut lari. Laju dan tidak pandang belakang. Mencapai sebelas langkah, dia pandang dan jelir lidah dan mengenyitkan mata sebelah kanan dan menaikkan kening belah kiri. Lengan dia buat gaya ahli bina badan. Menunjukkan otot otot.
Ohh. Kau berlagak ya perempuan berotot.
Dia kejar. Belukar dia rempuh. Apatah lagi ranting ranting mati. Dia mahu tangkap dan makan perempuan itu hidup hidup..
berSambung**
4 comments:
otot dia. wauh.
Kalau aku memang aku dah buat-buat mengigau terajang terus perempuan berotot tersebut.
cepat sambung.
8)
aisa - tuff beb. :P
aizuddin - beruang nak terajang. tapi maklummlah. kaki pendek.
afe - sabar. kalau tak sabar, kena makan dengan beruang. padan. B-)
Post a Comment