Monday, March 29, 2010

CARDIGAN UNGU DAN PEREMPUAN YANG UNGGUL.

00024



mana cantik?

yang masa itu, rohku bukan di situ lagi. rohku mengeluarkan sayap berbulu pelepah putih kekelabuan dan pergi jauh menjauh. sejauh kalau dikejar mampu mematikan degup jantung. kalau dikira mampu menghabiskan nombor ke akhiran. kalau ditulis mampu menghabiskan semua titik noktah yang ada di alam ini. termasuk sekali titik silau bila langit mula malam.

sejauh itu rohku pergi.

dan rohku terbang, melintasi semua taman yang indah di muka bumi. dan berhenti untuk memetik bunga yang varius dari segi penciptaannya. berlainan kelopak dan warna, malah bau dan debu debu. bukan setakat itu sahaja, sempat rohku mengejar arnab arnab liar yang sibuk menggali turnip. arnab berbulu putih halus, telinganya separa merah jambu dan ditemani ibunya. menggali turnip sambil mata meliar dan tertumpu bila memandang rohku terbang terbang.

melintasi pula majlis temasya gilang gemilang, iaitu majlis kahwin. ada kek dan ada paderi. seorang fahter yang mengikat hubungan antara laki laki dan perempuan muda bergaun putih. putihnya bak susu yang ditapis dan dipasteur berkali kali. hingga tak ternampak alun alun kocakan kerana putih yang pekat. oh rupanya, rohku sudah sampai ke gereja kristus di shah alam. rupanya lagi, rohku sudah merayap terbang sebelum aku jumpa kau lagi. ah.

sejenak rohku ingin pulang, arnab yang memegang turnip seraya keluar dari poket baju. sempat dia menyorok, kataku. mana cantik, suara kau tapi berjasad arnab. aku berkelip dan aku jaga. rupanya aku masih di situ. ya masih di situ. berdiri. memandang pintu.

kau tanya lagi, mana cantik?

dan ketika itu, laju laju rohku pulang dan kembali mengisi mata dan hati. dan kau di hadapan, menayangkan cardigan ungu dan sebetulnya di hadapanku, ada seorang perempuan yang unggul.

dan kerana kau unggul.....





^tamat^

2 comments:

puding roti said...

bc ni rs sedap

Aizuddin Jaafar said...

Mana cantik? Orang tanya jawablah! Berangan lak dia ni! Haish