00033
kring kring.
kring kring.
"boleh bercakap dengan awak?"
"ya saya lah awak itu. ada apa?"
"saya nak minta siku sebelah kanan awak. saya mahu simpan dan awet. boleh?"
"oh tiada masalah. tapi, saya (awak) pun ada permintaan."
"apa?"
toot. toot. toot..
*
semalam ali jujur pada diana. kutukannya dari stesen awal, sampai ke stesen akhir. tiada berhenti. diana terlentok lentok pun dia masih mengutuk. diana sudah bermata panda pun ali tidak berhenti mengutuk. diana sudah bermimpi makan roti canai pun, ali masih masih mengutuk. celaka perangai ali.
keretapi laju. merentas sejuk pekan. merentas kampung dan ladang ladang kelapa sawit yang baunya busuk kerana baja. malam itu juga, masa jadi laju. laju hinggakan cahya sikit tercungap cungap mengejarnya. berpeluh. cahya minta sedikit air mineral dan kembali mengejar masa. betapa lajunya masa. ouh.
diana diam. diana pandang lampu jalan, abang jual tiket, rel keretapi, kipas dinding dan peluh di dahi ali. dia kaku bila dengar ali kutuk. bukan apa, ali kutuk dengan begitu jujur. diana terkilan.
sampai di stesen akhir, telefon tangan lusuh ali berdering dengung.
nombor tidak tertera. ali jawab.
*
"assalamualaikum. helo."
"waalaikummussalam.
saya ada satu permintaan dan tolonglah tunaikan."
"apa?"
"ambillah sekali injap jantung saya kalau mahukan siku saya."
toot. toot. toot..
^tamat^
6 comments:
Ali teringin nak minum minyak wangi ke? Bak mai lah.
oi ni bahasa ape ni???
T.T
bayangkan manusia tanpa siku
T___________T
apakah?
yes. naseb baik bukan milah. B)
hati yang tinggal separuh?
biru-kelabu dah.
aizudin - minyakwangi dah habis. uh.
ica - bm. nampak macam urdu ke? haha. manusia tanpa siku. oh indahnya.
afeee - eleh eleh. ali jahat. B)
aisa - boleh mati uh. tapi nasib baik baik sehat2 je.
haha..
pandai bagi salam pula..
*lawok ja 'cintan-cintun' ni..
=)
Post a Comment