Saturday, April 24, 2010

MR FLASH TAK MAMPU DUKUNG KAMU KE BULAN BULAN YANG LALU.

00036



dia tak mampu. bukannya dia cacat anggota atau pekak mahupun bisu, tapi itulah, dia tak mampu. mahu kejar masa di depan pun dia tak mampu, inikan dukung kamu bawa ke bulan bulan yang lalu. ohh Tuhan.

mr flash pandang lampu. pandang kuku. pandang itu. pandang ini. pandang sana. pandang sini. yang dia mampu, hanya, membebel. bebel tentang cuaca panas. bebel tentang bibir. bebel tentang luka kena sterika. bebel kerana kamera hilang tak jumpa jumpa. itu saja dia mampu. dia nak bebel tentang politik, takut tertidur.

kadang-kadang, mr flash tergelak seorang diri cukup membuatkan budak kecil yang lalu ditepi berbisik sendiri,
"ee seramnya, superhero gila."

tapi, itulah. mr flash buat yang termampu. semalam atau senang kata, beberapa jam lepas. dia bawa kamu bersiar siar. hirup angin segar. menghabiskan jam jam yang mahu kehabisan pasir di bahagian atasnya. suntuk. entahlah, dia rasa, bagaikan, mimpi tentang bintang berlipstik kirmizi dan sumpahan manuk dewata masih ada dalam dirinya.

tapi, itulah. mr flash memang suka benda manis. yang berlekit. yang mampu membuatkan semut semut merayakan harinya kerana, manis. tapi, kalau ada budak kecil lalu ditepi, mesti dia berbisik lagi, "ee gelinya, superhero suka manis. pongge."




^tamat^

2 comments:

Afe Oth said...

eeyu flash. eeyu. :P

Aizuddin Jaafar said...

Budak budak tau apa. Superhero pun ada perasaan. Macam aku.