00049
Dalam KTM semalam, saya berkesempatan bersembang dengan seketul kerikil di bawah tapak sandal saya (sandal pakcik saya sebenarnya).
Enak-enak bersembang, seorang perempuan India di hadapan saya menangis. Dari Serdang hingga ke Seremban, dia berbual di telefon dan menangis. Dia menangis penuh perasaan dan ketika itu, saya telah menyiapkan pen di tangan kanan saya, sambil menconteng tangan kiri saya dengan penuh benda-benda terbang yang saya mampu tangkap.
Kerikil di bawah tapak sandal saya kata,
"Boi, bulan ini bulan cinta.
Apa salahnya curahkan air mata untuk merayakannya."
Saya ambilnya dan letak di atas tapak tangan dan menyambung,
"Tolong diam sekejap. Aku mahu menyelam dalam air matanya bersama masin garamnya sekali."
*siapa mahu menyelam sekali. nantikan.
^bersambung^
2 comments:
lepas tu lepas tu?
Jom. Dah siap equipment skuba dah ni.
Post a Comment