00040
sesudah itu, yang tinggal cuma beberapa puting beliung kecil tiupan angin silir semilir petang di kaki lima depan blok. yang puting beliung itu mati setelah dibaling beberapa biji butir cempedak goreng yang diberi gadis berbaju merah jambu.
membezakan antara cempedak dan nangka memang rumit, tetapi, membezakan antara indah dan sengsara, lebih merumitkan. dan tidak dapat dipisahkan. rumit bagai membezakan jantan dan betina ikan di dalam laut yang membiru. susah berpisah ibarat besi berani berkuasa tinggi yang punya kutub berlawanan.
sesudah itu, kamu tahu, betapa asyiknya aku membaling butir cempedak goreng, akhir sekali, aku terbaling aku sendiri kerana gila melihat putaran puting beliung. dan aku termasuk dan berputar dalam puting beliung kecil lalu khayal dan terbang. seakan akan esok tiada. seakan akan hari itu sejuta tak terkira berkali kali lebih berharga.
menurut pihak berkuasa dan pakar kaji cuaca, aku tidak akan turun ke bumi kerana tercampak ke andromeda akibat puting beliung kecil. menurut mereka lagi, puting beliung kecil bersakti itu, datang dari hembusan udara peparu seseorang, bukan dari angin angin yang biasanya berkeliaran sekeliling alam.
sesudah itu, percayalah cerita aku.
^tamat^
5 comments:
Kalau kau sampai venus. Tolong kirimkan salam aku pada Gadis.
pergi tak kembali? nak ikutlah.
salam,
cuba test suro Afe panggil dengan "aku" dengan lemah lembut mesti "aku" turun dengan kepantasan cahaya kemudian berbuka puasa sama2 ngan Afe.hua hua hua:D
selawat
mari ke belog saya. main tag-tag
=_=
tgk, ade ade je. haha.
Post a Comment