00049
Achum. Achum.
Aku digigit selesema malam. Walaupun ada ubat, ada pil-pil yang ada butir-butir halus dalamnya yang kata orang, ubat paling mujarab, selesema malam tak reti juga mahu kebah. Dia gigit aku, mula dari ubun-ubun kepala, sampai hujung tumit terasa selesema nya. Menggigil dalam melodi lautan air mata.
Unggun api aku besarkan dan tambahkan hangatnya. Dengan menambah kayu kering coklat. Pagi sebelum aku terdampar di laut air mata perempuan India ini, aku sempat berdoa supaya ada kayu kering di tepian pantainya. Doa aku makbul. Tengok. Ada seberkas kayu kering. Rapi terikat dan tersusun. Semuanya untuk aku.
Aku tidak tahu dari mana ia datang kerana, di persisiran pantai itu, cuma ada, pohon pohon bunga bugambilia. Dari hulu pantai, hingga ke hiliran yang jauh nun, cuma pohon bugambilia. Ungu dan merah. Selang seli putih. Ada juga biru. Aku tidak rasa yang biru itu bunga, mungkin rama-rama.
Aku tadah tangan lagi. Berdoa. Doaku kali ini, untuk rama-rama.
"Ya Tuhan, tumbuhkanlah pohon pohon bunga yang bermadu di sini. Kerana ada makhluk Mu yang biru mungkin rama-rama terbang dan bersendirian."
Amin. Amin.
*
Aku berbaring. Sambung titik bintang. Menjadi satu lirik lagu yang dinyanyikan Linda Ronstadt dan Aaron Neville. Aku ikut menyanyi sekali. Turut serta dalam cerah malam itu, ialah suara suara dari hati perempuan India.
Tapi lagunya Tamil. Aku tidak faham. Aduhai perempuan India.
Garang garang ombak laut air matamu,
Pernah ada bahtera cintamu.
Aku terlena. Ditepuk dan didodoi malam dan lagu.
^bersambung^
4 comments:
ubat sesema five hundred. B)
nk ckit bersin2 tu xD
tamil bukan sembarangan tamil. ada juga yang sedap didengar. :)
hehe.
Satu, aku dah warning awal-awal jangan berendam lama-lama dalam air mata masin. Tak baik untuk kesihatan.
Dua, rama-rama biru tak suka makan madu. Dia suka makan ayam madu.
Tiga, bulan cinta ini memang wajar disertai dengan lagu jiwang.
Post a Comment